Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Megaupload’

Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama Domain

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang bagaimana anda boleh pastikan DNS (Domain Name Server) yang sedang anda gunakan dalam komputer atau PC anda. Dalam artikel kali ini, saya membawakan anda satu lagi command yang boleh anda gunakan bagi memastikan adakah Domain Name Server yang anda gunakan berkemampuan untuk resolve sesuatu nama domain. Sebelum itu, saya akan cuba menjelaskan sedikit konsep Domain Name System agar anda lebih memahami bagaimana SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mampu menghalang anda daripada mendapat akses sesuatu website menggunakan DNS dan bagaimana penukaran Domain Name Server boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Teruskan Membaca

Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Artikel ini dihasilkan lanjutan daripada Tutorial Bypass Website SKMM Block. Artikel tersebut menjelaskan langkah demi langkah bagaimana anda boleh mengubah DNS (Domain Name Server) yang anda gunakan seterusnya berjaya melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walaubagaimanapun, artikel tersebut hanya menggunakan contoh Windows 7 dan terdapat beberapa komen pembaca yang menghadapi masalah melepasi sekatan SKMM tersebut. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan cara bagi anda memastikan DNS yang sedang anda gunakan bertujuan supaya anda dapat mengetahui samada configuration atau setting yang anda lakukan tersebut benar-benar berjaya.

Teruskan Membaca

Tutorial Bypass Website SKMM Block

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghalang akses atau block 10 laman web termasuk The Pirate Bay, File Sharing seperti Megaupload dan beberapa website lain yang dianggap mengandungi barangan hakcipta. Saya kurang bersetuju dengan tindakan tersebut seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak Wajar. Dengan akses terhadap website yang agak terhad, ia pasti menyukarkan kehidupan kita di alam siber. Maka artikel kali ini akan menunjukkan cara yang paling mudah dan berkesan bagi melepasi atau bypass sekatan SKMM ini disamping menjaga keselamatan dan privasi PC yang kita gunakan. Setiap langkah dalam artikel untuk bypass sekatan SKMM disertakan dengan gambar bagi memudahkan anda mengikuti tutorial ini.

Teruskan Membaca

Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak Wajar

Isu yang sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan ketika ini adalah tentang tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan semua ISP seperti Packet One, TM dan sebagainya yang berada di Malaysia untuk menghalang akses atau block 10 laman web yang diperkatakan menlanggar hakcipta seperti The Pirate Bay, Megaupload, DepositFiles, Duckload, Fileserve, Filestube dan sebagainya pada pendapat saya adalah tidak wajar dan tidak berasas. Artikel ini akan menjelaskan sebab yang logik dan rasional mengapa saya berkata demikian.

Teruskan Membaca