Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Install’

2 User Profile Dalam 1 Firefox

Artikel kali ini berkenaan dengan cara untuk buat profile dalam Mozilla Firefox. Mozilla Firefox merupakan salah satu browser yang tidak asing lagi. Saya juga percaya masih ramai lagi pengguna Mozilla Firefox di Malaysia. Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar tentang satu fungsi yang terdapat dalam Mozilla Firefox iaitu Firefox membolehkan kita membuat banyak user profile dalam 1 installation. Konsepnya sama seperti dua user dalam 1 windows yang mana bertujuan memisahkan setting, document user-user tersebut dan lain-lain perkara. Bagi Mozilla Firefox, user yang belainan akan mempunyai bookmark, add on atau extension, history dan lain-lain perkara yang tidak akan sama dengan user lain. Pendek kata, apabila user baru dicipta dalam Mozilla Firefox, ia seolah-olah memberikan satu Firefox yang baru anda install. Maka ia juga sangat berguna dalam proses troubleshooting jika anda menghadapi masalah dengan add on atau extension tertentu.

Teruskan Membaca

Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone

1Malaysia TV merupakan IPTV (Internet Protocol Television) atau Internet based TV yang sebenarnya disasarkan pada golongan muda. Hal ini bermaksud, anda boleh mengakses 1Malaysia TV dimana jua selagi mana terdapat sambungan internet. 1Malaysia TV dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak beberapa hari yang lepas. 1Malaysia TV dimiliki  oleh 1Media IPTV Sdn. Bhd dan aplikasi 1MalaysiaTV dibangunkan oleh Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. Terdapat banyak rancangan atau saluran yang disediakan dalam 1Malaysia TV. Artikel kali ini akan membantu anda untuk cara pemasangan atau install 1Malaysia TV dalam handphone Android, Blackberry atau iPhone juga bagaimana anda boleh mengakses 1Malaysia TV melalui PC dengan menggunakan web browser. Selain daripada itu, artikel ini turut meletakkan senarai terkini saluran atau rancangan yang terdapat dalam 1Malaysia TV ketika artikel ini ditulis.

Teruskan Membaca

Tweak UI Memudahkan Advanced Setting Windows XP

Walaupun pengguna Windows 7 semakin bertambah, namun masih ada di antara kita yang masih kekal menggunakan Windows XP atas pelbagai sebab seperti performance dan sebagainya. Terdapat banyak setting atau configuration yang boleh dilakukan dengan mudah di atas platform Windows 7 tetapi memerlukan kemahiran yang sedikit tinggi yang mana agak rumit dan sukar untuk dilakukan di Windows XP.  Oleh kerana itu, artikel ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna Windows XP agar dapat mengoptimasikan penggunaan Windows dengan baik dengan cara yang mudah dan senang menggunakan Tweak UI. Tweak UI merupakan software atau perisian daripada Microsoft sendiri. Oleh itu, kemampuan dan keberkesanan perisian ini sememangnya tidak diragui.

Teruskan Membaca

Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86

Android adalah operating system, middleware dan key application yang digunakan untuk menjalankan aplikasi dalam handphone anda. Kebanyakan daripada kita sememangnya telah sedar akan kewujudan Android ini. Selain daripada dalam handphone, Android juga boleh dijalankan di dalam PC. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan membawa kepada anda tentang langkah pemasangan atau tutorial installation Android dalam PC anda menggunakan perisian Android-x86. Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi setting yang digunakan untuk pemasangan Android di atas platform VMware.

Teruskan Membaca

Cara Mudah Install Windows Media Player 11 Tanpa Windows Validation Check

Artikel kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk install atau menggunakan Windows Media Player 11 tanpa melalui Windows Validation Check. Terdapat banyak cara di internet yang menggunakan patch, crack dan sebagainya bertujuan melepasi Windows Validation Check dengan cara membuat Windows yang anda gunakan kelihatan asli atau original. Walaubagaimanapun, saya lebih suka dengan pendekatan yang lebih mudah dengan menggunakan bugs atau hole yang terdapat dalam Windows Media Player 11 agar anda dapat menggunakan Windows Media Player 11 tanpa membuatkan Windows anda kelihatan Original atau asli. Berbeza dengan patch atau crack, kaedah ini hanya memerlukan anda “rename” yang saya rasakan lebih sesuai, mudah dan selamat untuk anda gunakan.

Teruskan Membaca

Page 1 of 3123»