Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘File Sharing’

Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Artikel ini dihasilkan lanjutan daripada Tutorial Bypass Website SKMM Block. Artikel tersebut menjelaskan langkah demi langkah bagaimana anda boleh mengubah DNS (Domain Name Server) yang anda gunakan seterusnya berjaya melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walaubagaimanapun, artikel tersebut hanya menggunakan contoh Windows 7 dan terdapat beberapa komen pembaca yang menghadapi masalah melepasi sekatan SKMM tersebut. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan cara bagi anda memastikan DNS yang sedang anda gunakan bertujuan supaya anda dapat mengetahui samada configuration atau setting yang anda lakukan tersebut benar-benar berjaya.

Teruskan Membaca

Tutorial Bypass Website SKMM Block

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghalang akses atau block 10 laman web termasuk The Pirate Bay, File Sharing seperti Megaupload dan beberapa website lain yang dianggap mengandungi barangan hakcipta. Saya kurang bersetuju dengan tindakan tersebut seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak Wajar. Dengan akses terhadap website yang agak terhad, ia pasti menyukarkan kehidupan kita di alam siber. Maka artikel kali ini akan menunjukkan cara yang paling mudah dan berkesan bagi melepasi atau bypass sekatan SKMM ini disamping menjaga keselamatan dan privasi PC yang kita gunakan. Setiap langkah dalam artikel untuk bypass sekatan SKMM disertakan dengan gambar bagi memudahkan anda mengikuti tutorial ini.

Teruskan Membaca

Pesta Hack Website Anjuran SKMM

Seperti mana yang kita ketahui, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat atau block 10 laman web File Sharing seperti Megaupload, Fileserve dan sebagainya termasuk The Pirate Bay. Perbuatan seperti ini sememangnya menimbulkan kemarahan pengguna komputer dan internet yang kebanyakan terdiri daripada golongan muda dan mereka yang dikategorikan bijak pandai yang mempunyai ilmu dalam bidang masing-masing. Hal ini tidak ubah kepada saya seperti anjuran kepada hackers untuk pesta hack website kerajaan. Anjuran SKMM ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan apabila berjaya menyebabkan lebih ramai manusia melepak depan komputer daripda melihat gerhana bulan yang terjadi pada 16 jun 2011.  Kesan perbuatan SKMM block 10 laman web tersebut telah mengundang padah apabila berpuluh-puluh dan mungkin sebenarnya mencecah ratusan website kerajaan telah digodam atau hacked oleh pelbagai pihak samada tempatan atau pihak luar. Artikel kali ini akan memaparkan screenshot beberapa website yang telah digodam, yang dalam proses membaik pulih,dan website yang sengaja ditutup bagi menghalang website mereka dari digodam.

Teruskan Membaca

Tindakan SKMM Block Website File Sharing Tidak Wajar

Isu yang sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan ketika ini adalah tentang tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan semua ISP seperti Packet One, TM dan sebagainya yang berada di Malaysia untuk menghalang akses atau block 10 laman web yang diperkatakan menlanggar hakcipta seperti The Pirate Bay, Megaupload, DepositFiles, Duckload, Fileserve, Filestube dan sebagainya pada pendapat saya adalah tidak wajar dan tidak berasas. Artikel ini akan menjelaskan sebab yang logik dan rasional mengapa saya berkata demikian.

Teruskan Membaca