Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Email’

Daftar Email 1 Malaysia Myemail.my

Projek email 1 malaysia yang menggunakan domain myemail.my kini diperingkat beta telah dibuka untuk pendaftaran. Projek Email 1 Malaysia dibangunkan oleh Tricubes yang menjadi bahan politik dan isu yang hangat diperdebatkan tidak lama dahulu kini boleh anda daftar dan mendapat akses untuk mencuba sendiri fungsi yang diberikan. Email 1 malaysia yang bertapak di domain myemail.my pada mulanya dijangka dibuka untuk pendaftaran untuk warga Malaysia pada awal bulan Julai 2011 mengalami penangguhan sehingga semalam iaitu pertengahan bulan Ogos 2011. Maka artikel kali ini akan membawakan kepada anda sedikit review pendafataran, masalah yang dihadapi semasa pendaftaran peringkat beta dan sedikit maklumat serta pandangan khidhir dot Com terhadap projek email 1 malaysia yang menelan kos agak tinggi dikatakan sehingga RM50 juta.

Teruskan Membaca

Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Mungkin sebahagian dari kita telah sedar sejak tahun lepas lagi Facebook telah berusaha untuk menghasilkan sistem mesej yang baru dan dilengkapi dengan email @facebook.com. Hal ini bermaksud, setiap pengguna Facebook akan diberikan dengan username[at]facebook.com bagi tujuan email. Email tersebut akan diintegrasikan atau dicantumkan dengan sistem mesej Facebook yang sedia ada juga chat dan text (sms) di dalam satu sistem mesej. Sistem mesej dan email ini saya percaya masih dalam peringkat ujian dan diberikan kepada beberapa pengguna Facebook untuk mencuba sistem baru tersebut. Setelah menunggu lebih daripada daripada sebulan, akhirnya Encik Facebook telah memberikan sistem mesej dan email yang baru tersebut kepada saya untuk menggunakannya. Maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi dengan anda bagaimana wajah atau rupa sistem mesej dan email terbaru dari Facebook dan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui.

Teruskan Membaca

Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

 

Menambah rakan atau memohon menjadi rakan di Facebook adalah sangat mudah. Tetapi adalah sangat penting untuk anda memahami konsep menambah rakan di Facebook terutama jika anda menginginkan penambahan rakan dalam kuantiti yang banyak. Hal ini bagi mengelakkan akaun Facebook anda dihalang daripada menambah rakan, menghantar mesej atau kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Artikel kali ini akan memberi anda kefahaman tentang penambahan rakan di Facebook dan sedikit tips bagaimana anda boleh menambah rakan dalam kuantiti yang banyak dengan mudah tanpa sekatan oleh Facebook.

Teruskan Membaca

Gmail Priority Inbox – Menyusun Email Mengikut Keutamaan Secara Automatik

 

Berapa banyak email yang anda terima setiap hari? Kebanyakan pengguna email menghadapi masalah dengan kuantiti email yang diterima dan kebanyakan daripadanya adalah tidak berguna. Maka, kita terpaksa memerhati satu persatu email tersebut bagi memastikan tidak ada email yang penting yang terselit di antara setiap email yang kita terima. Walaupun ada ruangan spam email, tetapi seperti yang anda ketahui, ruangan ini kurang tepat. Kadang-kadang ada email yang tidak penting masuk ke dalam inbox dan ada juga email yang penting masuk ke dalam ruangan spam. Maka, Gmail tampil dengan kaedah baru bagi menyelesaikan masalah ini yang dinamakan Priority Inbox.

Teruskan Membaca

Kenapa BlackBerry Menjadi Suatu Isu?

 

Baru-baru ini kerajaan Malaysia mengeluarkan suatu kenyataan berkemungkinan untuk melarang penggunaan BlackBerry yang mana saya percaya konsep larangan ini adalah sama seperti United Arab Emirates yang melarang penggunaan beberapa servis yang ditawarkan oleh BlackBerry. Artikel ini akan menerangkan tentang larangan yang dicadangkan oleh beberapa negara dan mengapa isu ini ditimbulkan.

Teruskan Membaca