Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Dual boot’

Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 4

Dalam bahagian 4 Install Fedora Dual Boot Bersama Windows adalah bahagian membina atau membuat user baru dalam Fedora. Bahagian ini merupakan sambungan daripada bahagian 1, 2 dan 3 setelah anda restart PC anda. Artikel kali ini akan membantu anda menyelesaikan proses Install Fedora memandangkan membina user baru ini merupakan bahagian terakhir dalam pemasangan Fedora di PC anda. Dalam bahagian 4, sebenarnya anda tinggal beberapa langkah terakhir yang  sangat mudah bagi membina user dan menyempurnakan install atau pemasangan Fedora dalam PC anda.

Teruskan Membaca

Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

Artikel kali ini akan memberi contoh atau tutorial tentang cara install Fedora dual boot bersama Windows. Dalam erti kata lain, cara atau kaedah ini juga boleh digunakan untuk Install Fedora sahaja atau multiple boot Fedora bersama dengan OS lain. Jika sebelum ini saya pernah tulis tentang 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC, kaedah tersebut menggunakan Wubi yang mana sangat mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, Wubi tidak boleh digunakan untuk install Fedora. Maka kali ini saya akan tunjukkan cara atau langkah Install Fedora menggunakan cara manual yang mana sama konsep atau kaedahnya denga Distro Linux yang lain seperti Ubuntu dan sebagainya. Bermaksud, anda juga boleh gunakan kaedah ini sebagai asas panduan jika anda ingin install Distro Linux yang lain atau Fedora versi lain. Dalam bahagian 1, saya akan memberikan sedikit pengenalan tentang Fedora juga perbezaan Ubuntu dan Fedora, menjelaskan keperluan spesifikasi hardware yang diperlukan bagi proses pemasangan dan langkah permulaan proses pemasangan atau install Fedora.

Teruskan Membaca

5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC

 

Anda ingin mencuba Ubuntu di PC tetapi masih ingin kekalkan OS Windows anda? Anda terasa dual boot Windows dan Ubuntu adalah sukar untuk dilakukan? Artikel ini akan menjelaskan secara terperinci  cara  termudah install dual boot Windows dan Ubuntu di PC anda dalam hanya 5 langkah.

Teruskan Membaca