Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Download’

Angry Birds Space PC, Android, iOS dan Mac

Rovio developer permainan atau game Angry Birds yang tidak asing lagi kini kembali dengan versi terbaru iaitu Angry Birds Space di atas platform PC, Android, iOS dan Mac. Pelbagai versi permainan atau game Angry Birds telah dilancarkan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada mulanya game angry birds ini dihasilkan dikenali juga dengan nama Angry Birds Classic kemudian Angry Birds Seasons, Angry Birds Rio dan kini diikuti dengan Angry Birds Space. Konsep permainan atau games Angry Birds yang mudah difahami tetapi menarik dan mencabar membuatkan permainan Angry Birds digemari ramai. Berbalik kepada tajuk asal artikel ini iaitu Angry Birds Space untuk PC, Android, iOS dan Mac. Bila sebut iOS, maksudnya Angry Birds Space juga dibangunkan atas platform iPhone, iPad dan iPod touch. Sebenarnya artikel ini dihasilkan selain bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang Angry Birds Space yang baru dilancarkan, Khidhir dot Com juga berhasrat untuk memberikan anda peluang untuk mencuba games Angry Birds ini sendiri. Bagi peminat Angry Birds, Angry Birds Space sesuai dengan namanya memberikan sedikit kelainan daripada game Angry Birds sebelum ini dengan memasukkan faktor graviti. Anda perlu mencuba sendiri untuk mengetahui apa yang saya maksudkan dengan faktor graviti tersebut dan bagaimana graviti boleh mempengaruhi sasaran anda. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba permainan atau game Angry Birds sebelum ini, mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba permainan Angry Birds yang terbaru iaitu Angry Birds Space.

Teruskan Membaca

Opick – Tiada Duka Yang Abadi

Artikel kali ini hanya bertujuan untuk berkongsi satu lagu yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama iaitu lagu Tiada Duka Yang Abadi nyanyian Opick. Menarik bagi saya bukan sahaja dari segi muzikya, malah dari segi liriknya juga. Jika anda sedar, Tv3 juga sebenarnya selalu menggunakan lagu-lagu Opick sebagai lagu latar dalam cerita atau drama yang dihasilkan oleh mereka. Lagu Tiada Duka Yang Abadi ini pernah juga digunakan sebagai salah satu lagu latar dalam drama TV3 bertajuk Hani dalam slot Lestary yang dimainkan pada jam 9 malam hari selasa.

Oleh kerana lagu Tiada Duka Yang Abadi ini sangat menarik, maka dalam artikel kali ini bukan sahaja ingin berkongsi Mp3 dan lirik lagu ini, tetapi juga berkongsi dengan anda video lagu untuk lagu ini yang saya hasilkan sendiri.

Teruskan Membaca

Maher Zain – For the Rest of My Life (Video with Lyrics)

Lagu For the Rest of My Life nyanyian Maher Zain ini adalah lagu pertama sekali saya dengar daripada artis tersebut. Apa yang paling menarik tentang lagu ini adalah lirik lagu tersebut. Kekuatan lirik lagu tersebut digabungkan dengan melodi yang tidak kurang hebat telah menyebabkan saya benar-benar tertarik dengan lagu ini. Lirik lagu daripada album Thank You Allah ini secara keseluruhannya bercerita tentang cinta seorang hamba Allah terhadap isterinya dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Artikel ini akan berkongsi dengan anda lirik lagu tersebut, lagu dan video yang telah digabungkan dengan lirik oleh saya sendiri.

Teruskan Membaca