Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Command prompt’

Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama Domain

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang bagaimana anda boleh pastikan DNS (Domain Name Server) yang sedang anda gunakan dalam komputer atau PC anda. Dalam artikel kali ini, saya membawakan anda satu lagi command yang boleh anda gunakan bagi memastikan adakah Domain Name Server yang anda gunakan berkemampuan untuk resolve sesuatu nama domain. Sebelum itu, saya akan cuba menjelaskan sedikit konsep Domain Name System agar anda lebih memahami bagaimana SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mampu menghalang anda daripada mendapat akses sesuatu website menggunakan DNS dan bagaimana penukaran Domain Name Server boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Teruskan Membaca

Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Artikel ini dihasilkan lanjutan daripada Tutorial Bypass Website SKMM Block. Artikel tersebut menjelaskan langkah demi langkah bagaimana anda boleh mengubah DNS (Domain Name Server) yang anda gunakan seterusnya berjaya melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walaubagaimanapun, artikel tersebut hanya menggunakan contoh Windows 7 dan terdapat beberapa komen pembaca yang menghadapi masalah melepasi sekatan SKMM tersebut. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan cara bagi anda memastikan DNS yang sedang anda gunakan bertujuan supaya anda dapat mengetahui samada configuration atau setting yang anda lakukan tersebut benar-benar berjaya.

Teruskan Membaca

Command Prompt: Not Recognized as an Internal or External Command

 

Command prompt merupakan salah satu perkara yg sgt penting dalam windows. Bagaimana jika command prompt tidak mengenali semua arahan yang sememangnya wujud dalam windows seperti gambar di atas? Perkara ini boleh terjadi disebabkan virus atau program yg anda installed telah mengubah suai setting windows anda. Artikel ini akan menerangkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

Teruskan Membaca