Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Autoplay’

Tweak UI Memudahkan Advanced Setting Windows XP

gambar Tweak UI Memudahkan Advanced Setting Windows XP

Walaupun pengguna Windows 7 semakin bertambah, namun masih ada di antara kita yang masih kekal menggunakan Windows XP atas pelbagai sebab seperti performance dan sebagainya. Terdapat banyak setting atau configuration yang boleh dilakukan dengan mudah di atas platform Windows 7 tetapi memerlukan kemahiran yang sedikit tinggi yang mana agak rumit dan sukar untuk dilakukan di Windows XP.  Oleh kerana itu, artikel ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna Windows XP agar dapat mengoptimasikan penggunaan Windows dengan baik dengan cara yang mudah dan senang menggunakan Tweak UI. Tweak UI merupakan software atau perisian daripada Microsoft sendiri. Oleh itu, kemampuan dan keberkesanan perisian ini sememangnya tidak diragui.

Teruskan Membaca


Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 3

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 3

Dalam artikel sebelum ini iaitu bahagian 1 dan bahagian 2, saya banyak bercerita tentang autorun, autoplay, sedikit maklumat mengenai autorun.inf dan juga software atau perisian yang boleh digunakan untuk melindungi autorun.inf bagi mengelakkan anda daripada menjadi pembawa virus. Memahami bahaya dan masalah yang  boleh timbul kesan daripada virus bawaan USB Flash Drive atau Thumbdrive seperti yang pernah diceritakan dalam artikel File Word Hidden Diganti Dengan Virus, maka artikel kali ini akan memberi maklumat bagaimana memberi perlindungan kepada PC atau komputer yang kita gunakan bagi mengelakkan serangan virus tanpa bantuan sebarang software atau perisian. Lebih tepat lagi, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang langkah yang perlu kita ambil dan isu-isu berkaitan penjagaan PC atau komputer dari ancaman virus dan yang selalu diperdebatkan oleh ramai pengguna agar kita tidak tertipu dengan tipu helah pereka virus.

Teruskan Membaca

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

 

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Dalam Bahagian 1, saya banyak menjelaskan tentang mengawal dan melindungi autorun.inf. Bagi yang masih kurang jelas apa itu autorun.inf dan kepentingan melindungi autorun.inf, autorun.inf adalah file (biasanya hidden) yang terdapat dalam removable device termasuk USB Flash Drive berfungsi untuk menjalankan program secara automatik apabila suatu removable device dikesan oleh PC. Fungsi yang mula diperkenalkan dalam Windows 95 ini kadang kala dikenali juga sebagai Autoplay selain daripada Autorun. Fungsi yang bagus tetapi sering disalahgunakan oleh pereka virus untuk memanfaatkan kaedah ini bagi menjalankan program virus mereka secara automatik. Dalam artikel sebelum ini juga, saya menjelaskan dengan teliti tentang penggunaan satu software yang boleh membantu melindungi PC dan USB Flash Drive daripada dijangkiti dan menjadi penyebar virus. Bahagian kedua akan memaparkan beberapa lagi software atau perisian lain yang percuma yang boleh anda gunakan bagi mencapai matlamat yang sama. Anda boleh membandingkan kebaikan dan kelemahan antara software-software atau perisian tersebut dan memilih software atau perisian yang anda rasakan bersesuaian dengan anda.


Teruskan Membaca