Khidhir dot Com

Posts Tagged ‘Account’

Menghubungkan Debit Kad RHB dengan Paypal

Artikel kali ini berkenaan dengan cara verify debit kad dengan Paypal. Sebenarnya sebelum ini, saya pernah bercerita tentang perkara ini dalam artikel Verify Account Paypal Menggunakan Maybank2u. Tapi itu untuk Maybank debit kad. Mungkin ada yang telah berubah, ada yang berbeza dan ada persamaannya. Saya percaya pada ketika ini, kebanyakan kad ATM bank-bank tekemuka telah menyediakan fungsi untuk kad ATM bertindak sebagai debit kad dengan kerjasama VISA. Sayang jika satu fungsi yang begitu hebat ini tidak dimanfaatkan oleh pengguna sepenuhnya.  Artikel kali ini mengambil contoh debit kad RHB untuk memberi pemahaman yang lebih baik bagaimana konsep yang digunakan untuk menghubungkan atau mengesahkan debit kad dengan Paypal. Apabila pengesahan ini berjaya dilaksanakan, maka anda seolah-olah boleh berurusniaga atau membuat transaksi di seluruh dunia tanpa perlu menghiraukan faktor matawang.

Teruskan Membaca

Elakkan Account Facebook Anda Daripada Diceroboh

Account diceroboh, hacked atau digodam adalah isu yang biasa ketika ini. Tidak kira siapa jua anda walaupun anda orang biasa seperti saya, kemungkinan account anda diceroboh tetap ada. Sesetangah hackers atau penggodam menggodam account orang lain hanya untuk tujuan mencuba keupayaan atau kehebatan mereka, tetapi kebanyakan daripada hackers menggodam untuk mendapatkan data-data peribadi yang mungkin boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Ketika ini hampir setiap pengguna komputer mempunyai account Facebook telah menarik perhatian penggodam-penggodam atau hackers menyebabkan ia menjadi lubuk kepada hackers untuk mencuba keupayaan mereka. Maka artikel kali ini ingin memberi peringatan dan sedikit tips bagi menjaga account anda daripada digodam dan secara tak langsung dapat menjaga privasi diri anda sendiri.

Teruskan Membaca

Verified Account PayPal Anda Dengan Menggunakan Maybank2u

PayPal merupakan e-commerce business yang membenarkan pemindahan wang dilakukan melalui internet dan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan internet berbayar. Kebanyakan website yang menerima bayaran atau memberi bayaran kepada anda menggunakan perkhidmatan PayPal bagi memudahkan urusan mereka dengan anda sebagai alternatif kepada kad kredit. Membuat account PayPal adalah mudah tetapi untuk Confirm account PayPal anda atau Verified account PayPal memerlukan nombor kad kredit. Perkara ini menyulitkan keadaan bagi orang yang kurang berkemampuan atau tidak berminat dengan penggunaan kad kredit. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang tidak sedar bahawa anda boleh Confirm atau Verified account PayPal anda hanya dengan menggunakan Maybank2u.

Teruskan Membaca