Syokhost Hosting Provider Termurah di Malaysia

Syokhost.com dilancarkan pada April 2010 dan merupakan anak syarikat Syok Computer Centre membekalkan perkhidmatan web hosting di seluruh Malaysia dan syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Sebagai salah satu syarikat hosting provider di Malaysia,  Syokhost menyediakan hosting pada suatu harga yang sangat murah tetapi kualiti hosting mereka masih terjaga.

Antara ciri-ciri menarik hosting yang disediakan oleh Syokhost :

1. Murah

Salah satu contoh pakej Syokhost yang paling murah adalah Pakej-01 mereka iaitu dengan harga RM30, anda mendapat 500Mb diskspace dan 20Gb bandwith. Tiada had Email, FTP, MySQL dan Sub Domain. Domain dari Syokhost berharga RM34. Setakat pencarian saya ketika menulis artikel ini, saya tidak menemui lagi mana-mana hosting provider lain yang boleh memberikan spesifikasi sebegini pada harga RM30.

2. Menggunakan Installatron sebagai installation script.

Untuk mendapat gambaran bagaimana Installatron berfungsi dan mengetahui kebaikan Installatron ini, anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini bertajuk Install WordPress Menggunakan Installatron dan Installatron VS Fantastico. Yang Mana Terbaik?

3. Pendaftaran yang mudah dan pantas

Berdasarkan pengalaman saya bersama Syokhost, masa yang diambil oleh Syokhost adalah lebih kurang 2 jam untuk menyediakan domain yang dipohon oleh saya. Saya berdaftar dengan Syokhost lebih kurang jaml 11.15 pagi dan domain saya telah disiapkan oleh Syokhost lebih kurang jam 1.15 petang. Walaupun tempoh bagi menyediakan domain dan hosting oleh Syokhost bukan yang terpantas yang pernah saya lihat, tetapi tempoh 2 jam untuk menyediakan hosting dan domain bagi saya dianggap berada pada tahap yang baik. Syokhost juga menerima “bank transfer” sebagai kaedah pembayaran. Maka anda tidak perlu risau jika tiada kad kredit atau akaun PayPal bagi tujuan pembayaran.

4. Memory limit yang tinggi.

Bukan hanya diskspace dan bandwith sahaja yang penting dalam pemilihan hosting, memory limit juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan hosting. Memory limit yang terlalu rendah mungkin akan menyukarkan keadaan apabila anda berhadapan dengan situasi tertentu. Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini berkaitan memory limit bertajuk  Automatic Update WordPress Gagal Berfungsi?

Kebanyakan hosting provider yang saya ketahui meletakkan memory limit sebanyak 32M. Malah ada juga hosting provider yang meletakkan memory limit hanya 16M. Syokhost meletakkan memory limit antara yang tertinggi yang pernah saya jumpa iaitu sebanyak 40M yang pada saya agak sesuai dengan keperluan masa kini. Saya kurang pasti jika Syokhost membenarkan kenaikan memory limit yang lebih tinggi. Anda boleh rujuk artikel saya Cara Tambah Memory Limit Hosting (WordPress).

5. Admin Syokhost yang sentiasa membantu.

Walaupun pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan Syokhost oleh kerana mereka masih belum menyediakan sebarang knowledgebase atau tutorial, tetapi anda boleh membuat sebarang pertanyaan kepada admin Syokhost dengan membuka support ticket. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap pertanyaan yang saya berikan akan mendapat respons yang baik daripada admin Syokhost. Maka anda tidak perlu risau jika berhadapan dengan sebarang masalah. Saya percaya admin Syokhost akan sentiasa cuba membantu menyelesaikan masalah anda.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan melihat sendiri pakej-pakej yang mereka tawarkan, anda boleh melawat sendiri website mereka di Syokhost

Sekian..

7 Replies to “Syokhost Hosting Provider Termurah di Malaysia”

  1. saya macam berminat nak berhosting dengan mereka..
    adakah servis yang disediakan mereka terbaik..
    selalu down tak??

    1. @Pejuang Kesenian Extreme,
      Saya baru berhosting dengan mereka dalam 2 bulan. Setakat ni tak pernah down lagi.
      Servis mereka ok. Lebih lanjut tentang servis mereka berdasarkan pengalaman saya, boleh baca nombor 3 dan 5.

      1. @Khidhir, Ok..Terima kasih kerana membuat entri tentang syarikat hosting ni..Sedikit sebanyak ia membantu sy dalam membuat keputusan..hee

  2. terima kasih banyak2 atas review yang diberi pada syokhost.com.
    saya amat2 menghargai.. kepada pelanggan2 baru nak berjinak2 menggunakan hosting sendiri.. boleh cuba.. hanya rm30 anda boleh dapat hosting yg tiada had limit email , ftp dan lelain.. dan jangan risau kalau x puas hati.. sebab kami beri jaminan 30days money back.. 😉 again. thank you khidhir for the precious review, i really appreciated it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *