Software untuk Ayat Al-Quran Serta Terjemahan dalam Microsoft Word

 

 

 

Software atau plugin ayat Al-Quran dalam Microsoft Word ini adalah percuma dan sangat mudah digunakan. Software ini mungkin akan membantu serta menjimatkan masa anda jika anda mencari Ayat Al-Quran serta terjemahan dalam bahasa melayu. Software ini bertindak sebagai plugin di dalam Microsoft Word. Apa yang menarik adalah ayat-ayat tersebut boleh di edit dengan mudah.

 

 

 

 

Cara menggunakan:

 

1. Install software tersebut seperti biasa

 

2. Buka Microsoft Word, pilih tab add-ins dan tekan pada “al-quran”

 

3. Paparan seperti screenshot di bawah akan terpapar di screen anda. Pilih surah serta ayat dan klik ok.

 

 

 

Download link:

 

Quran in Word 1.3 – Malay

Quran in Word 3.0 – Indonesia / English – support Microsoft Word 2016

 

 

 

Update:

 

Disebabkan terdapat permintaan untuk saya tunjukkan cara install software Quran in Microsoft Word ini dengan lebih jelas, maka update ini saya tulis bagi menjadi contoh cara yang saya lakukan agar proses installation berjaya sepenuhnya.

 

 

 

Cara Terperinci Install Software Quran in Microsoft Word

 

1. Double click aplikasi Quran in Word.

 

2. Sepatutnya, anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

 

 

 

 

3. Klik Next pada bahagian information, dan anda akan dipaparkan dengan tempat untuk anda install software Quran in Ms Word ini. Seperti biasa, pilih lokasi yang anda inginkan atau biar sahaja mengikut default lokasi yang ditetapkan.

 

 

4. Klik button Install pada bahagian Ready to Install dan proses installation akan dijalankan. Sekali lagi klik Next pada bahagian Information.

 

 

 

 

 

 

5. Akhir sekali, klik Finish.

 

 

 

 

Apabila anda buka aplikasi Microsoft Word, anda sepatutnya dipaparkan dengan satu menu atau tab baru iaitu Add-Ins. Klik pada tab Add-Ins tersebut dan pilih Al-Quran.

 

 

 

Nota: Disebabkan software Quran in Word ini menggunakan fungsi add-ins yang terdapat dalam Microsoft Word, beberapa langkah berjaga-jaga boleh anda lakukan.

 

1. Pastikan anda install Microsoft Word dahulu sebelum anda install Quran in Word.

 

2. Matikan atau tutup aplikasi Microsoft Word semasa proses install Quran in Word dijalankan

 

3. Restart PC anda sekiranya perlu selepas proses installation dijalankan.

 

 

 

Software atau plugin Quran in Word 1.3 ini telah diuji menggunakan Microsoft Word 2007 dan Microsoft Word 2010 serta ia berfungsi sepenuhnya. Dalam contoh ini saya menggunakan Microsoft Office Professional Plus 2010. Sila maklum bahawa versi Microsoft Word Starter 2010 tiada fungsi add-ins. Maka Quran in Ms Words tidak akan boleh digunakan dalam Microsoft Word Starter 2010.

 

 

 

 

 

 

Diharapkan software ini akan membantu anda menyelesaikan tugasan anda dengan lebih mudah dan pantas. Software ini bukan milik saya dan kredit diberikan sepenuhnya kepada penciptanya.

 

Selamat Mencuba..

63 Replies to “Software untuk Ayat Al-Quran Serta Terjemahan dalam Microsoft Word”

    1. @x-po,
      yup. Actually sy pun tak sangka wujud software or plugin camni. My lecturer yg tunjukkan dan bagi kpd sy. So sy kongsi dengan blogger2, rakan2 dan manusia yg lain. Semoga penciptanya mendapat manfaat especially di bulan Ramadhan camni

  1. Saya nak tanya saya kene wat assignment Ilmu Dabth dalam dunia ICT…Mksd disini ialah cth mcm al-quran digital..apakah software yang mereka gunakan untuk buat al-quran versi digital..dah 10 minggu saya mencari..masih tiada jawapan

    1. @Muhamad Arif Zaripin,
      apa yg sy faham masalah arif ni sebab arif mencari software utk buat software. Sy percaya software yg mereka gunakan adalah sama sperti utk buat lain2 software spt compiler (program), VB n etc. Bezanya, mungkin mereka tukarkan sahaja keyboard dlm versi tulisan Arabic apabila nak masukkan input. Paling simple yg pernah sy jumpa ialah versi Flash. Tapi simple sikit. Arif boleh try cari, kalau x jumpa, sy ada 1, boleh mintak dgn sy.

    1. @syazwan,
      Waalaikumussalam.. Link download telah diperbaiki..
      Khidhir dot Com mengucapkan terima kasih atas perhatian dan ingatan yang anda berikan..

  2. Assalammualaikum… Alhamdulillah… anda telah berkhidmat utk Allah.. Mudah-mudahan Allah berikan anda pertolongan dalam segala lapangan dunia dan akhirat… Amin Ya Robbal Alamin…

  3. Salam…ana gn microsoft word starter 2010..ana dh download software al-qur’an nie tp mshlnyer microsft ana ni xde add- ins..xreti nk explore…

    1. @iday,
      sy percaya microsoft word starter 2010 didatangkan percuma semasa iday beli laptop. Iday kena faham terdapat limitation dalam office starter seperti x support macros dalam word dan excel, .accde, .dsn, .mde, .odc, .udl, .wll dan terdapat iklan dalam word tersebut
      Iday tak boleh create smartart, footnotes, endnotes, cross reference, captions, equation dan beberapa fungsi lain termasuk add-ins.
      So, sy minta maaf, office starter 2010 mmg tiada fungsi add-ins.

    1. Download dulu. Double click installer tu. Lepas tu install je macam biasa. Next, next, next dan finish. Sepatutnya tiada apa – apa masalah. boleh refer arahan dalam artikel kat atas tu.

  4. Jazakallahu khairan…

    Semoga saudara mendapat manfaat berlipat ganda diakhirat di atas usaha ini.

    Saya nak bertanya, adakah terdapat software terjemahan hadis untuk MSWord seperti sahih bukhari dan muslim?

    1. wa iyyaaka..
      untuk terjemahan hadis dalam bentuk plugin microsoft word, saya tidak pernah jumpa lagi. Yang saya ada hanya terjemahan hadis dalam bentuk program. itupun dalam bahasa inggeris.
      Kalau encik Mahmood ada terlintas dimana-mana terjemahan hadis dalam bahasa melayu atau dalam bentuk plugin microsoft word, harap dapat dikongsi bersama.

  5. assalamualaikum.. naik yanya ye.. saya dah lama guna program ni.. tapi sekarang ni bila nak guna screenshot tak keluar.. tau tak kenapa dan macam mana nak selesaikan. tkKomen di sini. TQ

    1. Waalaikumsalam. Maaf, saya kurang jelas dengan pertanyaan Akrama. Apa kaitan program Ayat Alquran ini dengan screenshot? Kalau istilah screenshot yang saya boleh faham ialah macam print screen tu. Tapi rasanya print screen adalah program Windows dan tiada kaitan apa-apa dengan software ayat alquran ni.

  6. Asskm. Dah cuba beberapa kali install ttp tak boleh. Saya guna microsoft office home and student 2010. Tak boleh install juga. Microsoft ini tak ada Add in. Mula-mula saya guna MS Starter lps tu tukar pada MS Home & Student. Masih tak boleh lagi. Minta tolong ajarkn. Terima kasih

    1. Waalaikumsalam. Sepatutnya Microsoft Home & Student tiada masalah dengan add ins. Mungkin disebabkan Sharifahm telah uninstall starter dan install Microsoft Home and Student, ada kemungkinan Quran in Word tidak dapat mengesan Microsoft Word 2010 Sharifah. Apa yang boleh Sharifah cuba adalah uninstall semula Quran in Word dan Install kembali (Reinstall Quran in Word).
      Saya dah buat update untuk artikel ini. Sharifah boleh rujuk semula terutama bahagian “nota”

  7. assalam tuan,,

    sebelum ni saya ada add-ons dan ada aplikasi quran ni, tapi bila saya format semula laptop,, dah xde aplikasi ni. bila saya klik tmpt download tu,, xde tmpt nk next2 utk install tu. mcm mana nk adakan semula add-ons tu. tolong saya, saya x arif sgt bab2 komputer ni. saya guna microsoft 2007. tq

  8. assalam tuan, just nk update komen kat atas,, bila saya double klik software tu, dia x keluar setuo wazard mcm dekat atas, yg keluar adalah

    opening setupquraninwordmalay1.3.zip.
    open with
    save file

    apa masalahnya. tolong saya. tq

    1. waalaikumsalam.
      Yg saya faham Lina dah format laptop dan software itu hilang. Itu memang normal dan sepatutnya terjadi. Tapi saya kurang jelas dekat bahagian mana Lina tersangkut.
      Macam mana pun, saya jelaskan cara untuk sampai ke setup wizard tu dengan jelas.
      1. Klik link kat atas tu untuk download.
      2. Jika download berjaya,Lina akan dapat 1 file nama SetupQuranInWordMalay1.3.zip.
      3. Klik kanan pada file tu, dan cari perkataan “Extract” atau “Extract Here”.
      4. Akan terhasil satu folder, dalam folder tu baru Lina akan jumpa satu file .exe.
      5. Double klik file tu, baru Lina akan jumpa setup wizard.

  9. assalamualaikum..alhamdulillah..terima kasih kerana share software ni..dah lame saya cari sebenarnye..boleh tak kalau saya nak share software ni di blog saya ?

  10. Komen di sini. TQ

    Tiada koment tetapi mga Allah cucuri rahmat dan hidayah pada kau kerana ini dimana amal jariah dan dengan baiknya kita gunakan nya.
    Allahamdullilah
    Wassallam.

    Maidin

  11. Assalamualaikum syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada en. Khidir…sekian lama sy mencari akhirnya berjumpa dengan software ni.. TQ sekali lgi atas perkongsian yang sungguh bermakna ini.. sy akn sharing kpd org laen..

  12. saya cuba download, tetapi tak dapat register. bila tekan install tertera unable to register
    harap dapat bantu saya

  13. Assalamualaikum terima kasih yang telah menciptakan software ini. Ia amat berguna. Mohon tambah audio bacaan kalau boleh.

  14. assalamualaikum
    tumpang bertanya..
    saya guna wps office 365, tak boleh install yang ni ka? dah try install. tp tak masuk pun

  15. assalamualaikum,. saya tidak bisa menginsatal sofwer ini, boleh kah saya minta bantuan tentang sofwear yang bisa di instal untuk offs 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *