Khidhir dot Com

Software Kamus Terbaik e-Kamus 5.02





4,083 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

Software Kamus e-Kamus 5.02 oleh Alaf Teras ini merupakan software kamus yang paling terbaik yang pernah saya jumpa. Saya telah menggunakan software kamus ini lebih daripada setahun dan saya masih berpuas hati dengan kemampuan software kamus ini. Kamus e-Kamus 5.02 daripada Alaf Teras ini dilengkapi dengan lebih 17 jenis kamus tambahan (Melayu, Inggeris, Cina dan Arab), fungsi suara, “auto capture” dan berbagai kelebihan lagi menjadikan kamus ini begitu efektif, pantas dan mudah serta menjanjikan yang terbaik untuk anda. Artikel kali ini akan menerangkan fungsi dan kelebihan kamus e-Kamus 5.02 ini daripada software kamus-kamus lain yang anda jumpa.

Antara fungsi dan kelebihan kamus e-Kamus 5.02:

1. Fungsi search atau carian

Fungsi yang ini memang biasa dan wajib ada bagi setiap kamus. Kalau tak boleh cari maksud perkataan takkan nama kamus kan. Walaubagaimanapun e-Kamus 5.02 menggunakan kaedah “high speed search” agar jawapan dapat diberikan dalam kadar yang sangat pantas.

gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

2. Fungsi Auto Capture.

Fungsi ini antara yang paling menarik yang anda dalam kamus e-kamus 5.02. Anda selalu membaca di internet, website, file word, notepad dan sebagainya. Apabila anda bertemu dengan suatu perkataan yang anda tidak ketahui, anda tidak perlu tulis semula atau copy perkataan tersebut di software ini. Apa yang anda perlu lakukan hanya “double click” perkataan tersebut atau tekan “ALT” dan gerakkan cursor atau mouse anda kepada perkataan tersebut (mengikut setting yang anda tetapkan).

gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

3. Fungsi Suara

Ya, Software ini dilengkapi dengan suara untuk membantu anda menyebut perkataan dengan betul. Terdapat 3 suara yang boleh anda pilih.


  • Microsoft Anna – English (United States)
  • Adult Female #1 British English (L&H)
  • Adult Male #1 British English (L&H)
gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

4. Fungsi untuk update dan menambah kamus

Alaf Teras menyediakan kepada anda kamus tambahan untuk anda download. Kemudian anda boleh menambah mana-mana jenis kamus yang anda suka  atau membuang kamus tersebut daripada software e-kamus 5.02 ini.

gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

5. Lebih daripada 17 jenis kamus tambahan.

e-Kamus 5.02 menyediakan lebih daripada 17 jenis kamus untuk rujukan. Ini bermakna anda tidak hanya bergantung kepada satu kamus untuk mendapatkan maksud perkataan, anda boleh gunakan kamus lain untuk mendapat jawapan yang lebih tepat dan jelas.

Antara kamus yang terdapat dalam software e-kamus 5.02 ini:

  • Kamus English-Malay (AT)
  • Kamus Malay-English (AT)
  • Kamus English-Malay (Times)
  • Kamus Istilah Matematik (DBP)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP)
  • Kamus English-Melayu (DBP)
  • Kamus Istilah Kejuruteraan (DBP)
  • Kamus Istilah Komputer (DBP)
  • Kamus Melayu-English (KM)
  • Kamus Istilah Sains (DBP)
  • Kamus English Oxford
  • Dictionary of Medicine
  • Dictionary of Computer
  • Kamus English Peter Collin
  • Kamus Kamus Melayu Arab (asas)
  • Kamus Melayu-Cina (asas)

gambar Software Kamus Terbaik e Kamus 5.02

6. Servis daripada Alaf Teras yang memuaskan

Ini berdasarkan pengalaman dari saya sendiri. Saya menggunakan software e-kamus 5.02 ini ketika saya menggunakan Windows XP lagi (saya tidak gunakan Windows Vista). Ketika kemunculan Windows 7 dan saya berubah kepada Windows 7, software ini tidak dapat digunakan di atas Windows 7. Saya menghantar email kepada Alaf Teras berkenaan dengan isu ini dan mereka menghantar CD baru yang lain melalui pos terus ke rumah saya tanpa sebarang caj atau bayaran. Malah saya difahamkan kemaskini atau update daripada Alaf Teras diberikan percuma kepada pengguna berdaftar apabila edisi baru dikeluarkan.

Cuma, Software sebaik ini dengan pelbagai fungsi tidak diberikan percuma. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pengiktirafan daripada badan-badan dan institusi pendidikan di Malaysia, membuat pesanan dan harga (RM 90), anda boleh lawati Alaf Teras Kamus e-Kamus 5.02

Sekian, semoga software kamus e-Kamus 5.02 ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan membantu anda di saat anda memerlukan


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

4 Responses to “Software Kamus Terbaik e-Kamus 5.02”

  1. aming says:

    waw….ini gratisan???
    boleh di sedot gan???

    thanks

  2. Suryani says:

    saya telah cuba produk carikata yang saya dapati terbaik dari segi content dan function

    • Khidhir says:

      @Suryani,
      Sy da tgk produk carikata yg awk jual tu. Tapi bilangan kamus adalah lebih sedikit dari e-kamus dan harga yg jauh lebih mahal.Terutama yang paling banyak fungsi, produk carikata boleh mencecah rm250. Paling murah RM150 dengan fungsi yg terhad.

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 10 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

software kamus terbaik, software kamus, e kamus, e-kamus 5 02, software kamus dewan, software kamus english malay, kamus dewan android, kamus software, download kamus dewan edisi keempat, e kamus malay english download, kamus perdana android, kamus bahasa inggeris -bahasa melayu, how to install ekamus android, ekamus untuk android, e-kamus dewan free download
Software Kamus Terbaik e-Kamus 5.02 10 out of 10 based on 78 ratings. 18 user reviews.