Review Ubuntu 10.04 LTS

 

Ubuntu 10.04 LTS (Long Term Support) dikenali juga sebagai “Lucid Lynx” telah diedarkan pada 29 April 2010. Saja nak kecoh-kecoh bagi sesiapa yang masih belum menyedari kewujudan Ubuntu versi 10.04 seperti saya. Macamana saya boleh tak perasan pun saya sendiri tak pasti. Mungkin disebabkan masih kurang blogger-blogger buat  kecoh + saya sendiri tak sangka ubuntu telah release version terbaru dalam masa terdekat. Kalau tak silap saya, Ubuntu 9.10,Karmic Koala (nama cam beruang kutub pun ada) baru release  October 2009 iaitu tahun lepas.

Support untuk Ubuntu 10.04 untuk desktop version akan diberikan oleh Canonical sehingga April 2013, manakala untuk  server version sehingga April 2015. Antara yang terbaru yang terkandung dalam version 10.04 adalah peningkatan support untuk Nvidia graphics driver dan Plymouth diperkenalkan untuk boot animation.

Antara software2 yang terkandung dalam Ubuntu 10.04:

Browser – Firefox ; Support Flash

Kerja – Open Office (Software seperti Microsoft Office)

Email & Chat – Empathy, Evolution Mail dan Gwibber Microblogging; Support Skype

Social – “Me Menu” (Menggabungkan Facebook dan Twitter dalam satu window)

Music – Rhythmbox Music Player dan Ubuntu One Music Store

Photo – F-Spot (GIMP telah dikeluarkan kerana dikatakan terlalu kompleks untuk user biasa, tetapi jika anda mahukan, anda boleh install sendiri melalui software centre)

Video – Movie Player, Pitivi Video Editor

Ubuntu Software Centre – Antaranya: GIMP, Jokosher, Stellarium, bermacam-macam jenis game dan banyak lagi

Kelainan:

Kedudukan “windows control button” (yang tanda pangkah, minimize, dan restore) berada sebelah kiri window yang pada kebiasaanya berada di sebelah kanan. Banyak kali gak la saya tersilap arah.

Tema Version 10.04 ini juga dikatakan menghampiri Apple’s MAC OS X.

Yang lain tu macam biasa. Tapi bila sebut je Linux,  paling best adalah kepantasan OS tersebut. Terbaik!!

P/S: Bagi sesiapa yang tidak pernah menggunakan LInux, guna OS Linux ni memang seronok. Suatu kelainan. Tetapi yang paling tak best dan memerlukan sedikit ketabahan adalah menyelesaikan masalah limitation linux seperti codecs dan sebagainya.

Screenshot:

9 Replies to “Review Ubuntu 10.04 LTS”

  1. hohoho… sorang lagi pengguna Lucid Lynx…. best2… mmg aku pon dh dipukau dengan Lucid nih.. kecantikan dye menggugat diri ku daripada menggunakan Win7… hik3…

    LONG LIVE LUCID…. I LOVE UBUNTU… hik3… 😀

    1. @myFirdaus,
      yup..memang skrang ramai org da mula tertarik kpd Linux. Develpment Ubuntu mmg pantas..
      😀

    1. @SyahDila,
      betul2.. Kenapa nak guna yang b’bayar kalau ada yg percuma kan..haha..Hopefully p’kembangan Linux akan b’tambah pesat sesuai dgn penambahan pengguna Linux

  2. hi. saya pengguna baru ubuntu 10.04. memang banyak kemudahannya namun masih banyak file yang tak disupport.Dan boleh saya tanya tak? macam mana nak set up streamyx on ubuntu?

    1. Masih guna ubuntu 10.04 lagi? sekarang ubuntu dah release sampai 11.10 kalau tak salah. Nanti ada masa boleh updatea.

      Setting streamyx dalam ubuntu? dulu selalu dengar la masalah ni. Bukan sekarang TM dah bagi modem + router yang warna putih tu kan. Siap wireless. So configure streamyx atas modem + router tu, lepas tu boleh connect guna cable atau wireless macam tu je. Tiada masalah.

      Tapi takpe, saya anggap Adnin cuba connect dari modem terus ke PC macam zaman dulu-dulu. Kalau macam tu, Adnin setting dan pasang cable macam biasa terus ke PC. Dah siap physical connection, taip kat terminal ubuntu “sudo pppoeconf” dan ikut je arahan seterusnya. Sepatutnya ok.

      Just info tambahan, kalau rasa ada problem dengan setting configuration, ubuntu punya network configuration kat system -> administration -> network.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *