Khidhir dot Com

Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook





1,304 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Mungkin sebahagian dari kita telah sedar sejak tahun lepas lagi Facebook telah berusaha untuk menghasilkan sistem mesej yang baru dan dilengkapi dengan email @facebook.com. Hal ini bermaksud, setiap pengguna Facebook akan diberikan dengan username[at]facebook.com bagi tujuan email. Email tersebut akan diintegrasikan atau dicantumkan dengan sistem mesej Facebook yang sedia ada juga chat dan text (sms) di dalam satu sistem mesej. Sistem mesej dan email ini saya percaya masih dalam peringkat ujian dan diberikan kepada beberapa pengguna Facebook untuk mencuba sistem baru tersebut. Setelah menunggu lebih daripada daripada sebulan, akhirnya Encik Facebook telah memberikan sistem mesej dan email yang baru tersebut kepada saya untuk menggunakannya. Maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi dengan anda bagaimana wajah atau rupa sistem mesej dan email terbaru dari Facebook dan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui.

Sebaik sahaja anda dapat menggunakan sistem mesej dan email terbaru dari Facebook ini, anda akan diminta untuk menuntut Facebook email anda atau mengaktifkan email baru anda tersebut.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Setelah anda klik “activate email”, anda akan dipaparkan dengan pengesahan bahawa email anda, username[at]facebook.com telah boleh digunakan seperti gambar di bawah.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Sekarang kita lihat bagaimana wajah sistem mesej dan email Facebook yang terbaru. Bagi tujuan itu satu email cubaan telah saya hantar daripada akaun Gmail saya kepada usernamesaya[at]facebook.com. Saya tidak nampak sebarang masalah dengan kelajuan capaian email tersebut. Email tersebut diterima dalam beberapa saat sahaja. Gambar di bawah menunjukkan mesej yang diterima dalam inbox Facebook.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Perhatikan gambar di atas. Dalam sistem mesej yang baru ini, anda sebenarnya diberikan tiga ruangan mesej iaitu Messages, Other messages dan Archieved messages.

Ruangan “Archieved Messages” adalah email yang anda telah klik tanda pangkah. Ia berfungsi seperti “Recycle bin” dalam komputer atau “Trash” dalam sistem email biasa. Mesej yang anda terima daripada email lain yang tidak diketahui atau daripada pengguna Facebook yang bukan rakan anda akan dimasukkan kedalam ruangan “Other messages”. Manakala mesej yang anda terima daripada rakan Facebook anda atau daripada email rakan Facebook anda (email yang didaftarkan dengan Facebook untuk login) akan dimasukkan kedalam ruangan “Messages”.

Gambar di bawah menunjukkan “Actions” atau fungsi yang disediakan dalam sistem mesej dan email Facebook yang baru. Seperti dalam sistem email biasa yang lain, anda diberikan fungsi untuk “Mark as unread”, “Forward”, “Archieved”, “Report as spam”, “Report/Block user” dan juga “Moved to messages” atau “Moved to Other”.


gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

 

Antara perkara menarik yang diketengahkan oleh Facebook email.

1. Satu situasi dimana anda menghantar email daripada email provider yang lain seperti Yahoo, Google dan sebagainya kepada kawananda[at]facebook.com. Jika akaun email tersebut anda daftar dan gunakan untuk login akaun Facebook anda, ia akan bertindak seolah-olah anda menghantar mesej atau email tersebut daripada akaun Facebook anda sendiri. Hal ini bermaksud dalam inbox rakan anda akan terpapar wajah profile Facebook anda sendiri, bukan gambar surat putih seperti dalam gambar di atas.

2. Selain daripada anda dibenarkan untuk attach file, anda juga dibenarkan untuk capture gambar atau video secara terus melalui camera komputer anda untuk dimasukkan ke dalam email. Lihat gambar dibawah.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

3. Semua mesej daripada rakan yang sama akan digabungkan menjadi satu mesej. Facebook meletakkan tarikh dan garisan sebagai pemisah antara mesej baru dan lama. Dalam erti kata lain anda tidak perlu bersusah payah mencari mesej lama daripada rakan anda dan inbox anda akan kurang bersepah.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Perkara penting yang perlu anda ketahui:

1. Antara isu dalam email baru adalah perebutan nama untuk email tersebut. Jika anda perhatikan penulisan saya daripada awal, saya menggunakan username[at]facebook.com. Ini bermaksud, anda tidak dibenarkan untuk memilih nama bagi email baru tersebut. Anda akan diberikan mengikut username yang telah anda pilih suatu ketika dulu. Jangan salah faham, username bukanlah nama facebook anda. Jika anda tidak pasti samada anda telah mendafarkan username untuk akaun Facebbok anda, anda boleh meamstikan perkara ini dengan lawati Facebook Username

2. Disebabkan ketika ini Facebook email telah diumumkan tetapi bukan semua akaun Facebook dapat mencubanya lagi, terdapat beberapa aplikasi scam di Facebook kononnya anda akan dapat email baru tersebut jika klik link yang mereka berikan. Anda dinasihatkan berwaspada dan tidak “approved” atau “allow” mana-mana aplikasi yang menyatakan sedemikian.

gambar Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook

Sekian.. Selamat berseronok dengan email baru dari Facebook.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

20 Responses to “Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook”

  1. zik says:

    owh dah boleh guna ek..aku tak cuba lagi..menarik2…
    zik recently posted..Lindan Juara terbuka korea 2011!!My Profile

  2. deCrewz says:

    Lama x onn FB.. Dah beranai2 agaknya..hu3
    deCrewz recently posted..7 Perkara Jangan Diamalkan Selepas MakanMy Profile

  3. papabear says:

    ni by invitation je ke at this moment? sebab saya belum dapat option untuk email ni…
    papabear recently posted..Tune Talk from NuffnangMy Profile

  4. Blur says:

    wah FB semakin menarik cam ner drbook nak lawan nie…
    Jom baca dan komen post terbaru Blur Fakta Menarik Part 3
    Blur recently posted..Fakta Menarik Part 3My Profile

  5. Pejuang Kesenian Extreme says:

    Tak pasti la nak guna ke tak pasal dah ada akaun e-mel sendiri..banyak lak tu..
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Belut Elektrik Vs Buaya -Info Tentang Belut ElektrikMy Profile

  6. syahrilhafiz says:

    wah menarik..erm satu je nak tanya
    aku dah disable terima mesej dari FB, tapi terima lagi apa cer?
    berlambak dalam email, sakit je..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Aku tak seperti dahuluMy Profile

    • Khidhir says:

      @syahrilhafiz,
      yeke. Sebab aku pun dah disable semua, nampak alrite je sampai sekarang. Anyway, try g kat “my account” (atas belah kanan, klik pada tab “notification” dan pastikan dah “uncheck” semua bahagian email tu.

  7. sufian says:

    mula2 ingatkan kawan dah disable mesej, rupa2nya menu mesej dah ubah ke kanan..

  8. Azuan says:

    Nampak macam menarik.. Byk kemudahan disediakan..
    Azuan recently posted..Setelah Sekian Lama MenyepiMy Profile

  9. amin says:

    tahun lepas request..
    baru jer dapat bulan lepas..
    terbaik punya email..
    lebih baik dari yang dulu..
    amin recently posted..Retro Ulangtahun Facebook Ke-7My Profile

  10. Affan says:

    sekadar berkongsi, ada vuln pada sistem email tersebut. ada terbaca dari seorang hacker pakistan atau india (tak pasti mana satu)

    selain itu, email facebook tersebut juga boleh digunakan untuk login akaun anda. jadi kalau boleh sorok2 kan :)
    Affan recently posted..Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda TersenyumMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 4 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

cara nak padam mesej di facebook
Review Sistem Mesej dan Email Terbaru di Facebook 10 out of 10 based on 50 ratings. 19 user reviews.