RemoveWAT, Chew-WGA dan Windows 7 Genuine

RemoveWAT dan Chew-WGA adalah antara aplikasi yang paling kerap digunakan dalam usaha mendapatkan Windows 7 versi lanun. Mungkin ramai di antara kita yang rajin install Windows versi lanun selalu menggunakan aplikasi atau program ini. Sebelum ini, kebanyakan hackers menggunakan kaedah BIOS loader dan OEM BIOS mod bagi mengaktifkan windows 7 dan seterusnya mendapatkan status genuine. Dengan matlamat yang sama, hackers telah berjaya dengan kaedah lain mendapatkan Windows 7 genuine melalui cubaan menghalang akses atau membuang terus Windows Activation Technologies (WAT) melibatkan SPP (Software Protection Platform) dan SLC (Software Licensing Client) yang merupakan teras kepada activation dan licensing dalam Windows. Apabila ini terjadi, activation akan dipintas dan seterusnya Windows tidak perlu disahkan dan kekal buat selama-lamanya.

Berikutan perkara ini, KB971033  yang baru juga dihasilkan oleh Microsoft adalah secara khusus bertujuan bagi menangani aplikasi Windows 7 Activation Crack seperti RemoveWAT dan Chew-WGA. Maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan berkongsi dengan anda maklumat tentang RemoveWAT, Chew-WGA dan kesan atau hasilnya dengan Windows 7.

Mengikut penilaian saya, RemoveWAT ciptaan Hazar adalah salah satu aplikasi yang paling terkenal dan sering digunakan oleh kerana aplikasi tersebut begitu mudah untuk digunakan dan dikatakan salah satu cara paling efektif dalam menangani masalah keaslian Windows.  RemoveWAT sesuai dengan namanya, menggunakan pendekatan sama seperti yang saya nyatakan di atas dan versi RemoveWAT 2.2.5 telah cukup mampu menangani update KB971033 oleh Microsoft.

Kebijaksanaan Hazar benar-benar mencabar Microsoft oleh kerana Hazar dan rakan-rakannya berjaya mengatasi KB971033 dalam masa beberapa hari sahaja selepas KB971033 dilancarkan. Versi ini juga dikatakan mampu menyahaktifkan sistem shutdown selepas 90 hari ‘trial builds Windows 7’. Ketika artikel ini ditulis, versi paling terbaru RemoveWAT adalah versi 2.2.6. yang telah diperbaiki fungsi  uninstall yang tersedia dalam RemoveWAT. Walaubagaimanapun, Hazar menyatakan yang beliau agak sibuk (ketika artikel ini ditulis) dan tidak dapat memberikan update kepada aplikasi RemoveWAT. Tidak dapat dipastikan tempoh Hazar berehat ataupun development RemoveWAT terhenti setakat ini.

Chew-WGA agak kurang terkenal berbanding RemoveWAT. Aplikasi ini hanya terkenal pada awal kemunculan Windows 7 dan perkembangan aplikasi ini agak perlahan jika dibandingkan dengan RemoveWAT. Chew-WGA juga menggunakan pendekatan agak sama seperti RemoveWAT dengan cuba menghalang beberapa komponen yang terdapat dalam Software Protection Platform seperti sppcomapi.dll dan banyak file SPP yang lain. Sistem crack seperti ini sebenarnya sangat mudah untuk dikesan oleh Microsoft. Sebarang bentuk perubahan dalam file SPP boleh menyebabkan banyak mesej ralat atau error message apabila pengguna ingin menjalankan beberapa arahan tertentu. Hal ini sebenarnya merupakan langkah yang diambil oleh Microsoft bagi mengelakkan file-file SPP diubah oleh hackers sesuka hati mereka. Oleh sebab itu, versi crack seperti ini adalah tidak digalakkan untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Sekian..

21 Replies to “RemoveWAT, Chew-WGA dan Windows 7 Genuine”

  1. Bro, kalau pakai pirate punya boleh dapat update dari microsoft tak? Kawe satu aje tak gemar pakai pirate version ialah kdg2 hackers ni suka insert spyware di dalam software tu. Bahaya ehhh… 😀

    1. @Ismail N,
      Update boleh. Tapi kena pilih update tu. Update mcam KB971033 adalah update utk detect genuine. So, jgn update bnde tu. Tapi Microsoft dah include update tu dalam Windows 7 SP1. So, kalau guna crack cam chew-wga, bila update kpd SP1 nant dia detect x genuine semula.

    1. @suri,
      Hehe. Biasa la tu student. Nak beli mana mampu. Nak guna Linux masih byk software2 utk belajar xsupport dlm Linux lg

    1. @dayun,
      ini elektronik ni. LED lebih mahal dari LCD. Tapi Gambar and sudut penglihatan (tgk TV dari sudut yg tidak betul2 berdepan dgn TV)LED lebih baik. Dari sudut penggunaan Power pun LED lebih baik(sedikit power digunakan). Cuma dari sudut ketahanan jangka masa panjang, LCD TV lagi tahan. Tapi kalau duit tak cukup, plasma pun alrite gak. ada beberapa faktor plasma lagi bagus dari LED pun. cuma plasma tak tahan lama sgt. Masih cuba diperbaiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *