Pesta Hack Website Anjuran SKMM

Seperti mana yang kita ketahui, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat atau block 10 laman web File Sharing seperti Megaupload, Fileserve dan sebagainya termasuk The Pirate Bay. Perbuatan seperti ini sememangnya menimbulkan kemarahan pengguna komputer dan internet yang kebanyakan terdiri daripada golongan muda dan mereka yang dikategorikan bijak pandai yang mempunyai ilmu dalam bidang masing-masing. Hal ini tidak ubah kepada saya seperti anjuran kepada hackers untuk pesta hack website kerajaan. Anjuran SKMM ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan apabila berjaya menyebabkan lebih ramai manusia melepak depan komputer daripda melihat gerhana bulan yang terjadi pada 16 jun 2011.  Kesan perbuatan SKMM block 10 laman web tersebut telah mengundang padah apabila berpuluh-puluh dan mungkin sebenarnya mencecah ratusan website kerajaan telah digodam atau hacked oleh pelbagai pihak samada tempatan atau pihak luar. Artikel kali ini akan memaparkan screenshot beberapa website yang telah digodam, yang dalam proses membaik pulih,dan website yang sengaja ditutup bagi menghalang website mereka dari digodam.

Screenshot Gambar Website Yang Telah Berjaya Digodam

J-BioTech Johor ( jbiotech.gov.my ) Web Defacement

 

 

Sistem Pengendalian Kursus Asas Asuhan Kanak – Kanak ( ezi2care.jkm.gov.my ) Web Defacement

 

 

 

Universisti Teknologi Mara Pulau Pinang ( penang.uitm.edu.my ) Web Defacement

Disebalik Tabir SKMM Yang Kelihatan Indah di Halaman Depannya.

SKMM ePayment Portal ( epayment.skmm.gov.my )

 

 

SKMM Mobile Number Check ( mnpcheck.skmm.gov.my )

Portal Kerajaan Malaysia – myGovernment ( malaysia.gov.my )

Majlis Daerah Kinta Barat (Batu Gajah) ( mdkb.gov.my ) Semasa Proses Membaik Pulih

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi ( bppk.gov.my ) Semasa Proses Membaik Pulih

Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan ( jukn.gov.my ) Semasa Proses Membaik Pulih

Walaupun pihak keselamatan Malaysia menyatakan yang mereka berjaya mematahkan serangan, namun pada saya mematahkan serangan berbeza dengan membaik pulih. Apabila sesebuah website terpaksa dibaikpulih, itu bererti serangan tidak berjaya dipatahkan dan terpaksa menanggung kesan walaupun buat sementara.

Selain itu, penyataan bahawa mereka tidak “down” atau menutup sementara website mereka adalah tidak benar sama sekali. Hal ini dapat dilihat kebanyakan website kerajaan temasuk malaysia.gov.my yang telah menutup website mereka lebih kurang pukul 1 pagi beberapa jam sebelum masa untuk Operation Malaysia yang dijanjikan oleh Anonymous untuk hack website tersebut.

 

Walaupun  pesta ini kelihatan semakin berkurangan pengunjungnya, namun Malaysia tidak sepatutnya memandang ringan kekuatan dan kemampuan Anonymous dan hackers tempatan lain. Perbuatan Anonymous sengaja mendedahkan waktu atau masa mereka akan hack website malaysia.gov.my seolah-olah hanya ingin menguji atau menganalisis dan melihat kemampuan sebenar pertahanan siber Malaysia. Terdapat kemungkinan serangan mengejut akan dilakukan disaat kajian mereka sempurna dan pertahanan siber Malaysia telah mula leka dibuai mimpi indah.

 

Siapa Anonymous ?

Berbekalkan motto “ We are Anonymous. We are Legion. We do not Forgive. We do not Forget. Expect us.”. Mereka mempunyai rekod hacking yang agak banyak dan sangat percaya kepada kebebasan di internet.

 

Anonymous mempunyai rekod yang hebat apabila berjaya melakukan web defacement terhadap Support Online Hip Hop (SOHH) website, Operation Payback melibatkan serangan terhadap Sony (opsony) dan berjaya menjatuhkan PlayStation Network dan beberapa website PlayStation. Dalam usaha menyokong WikiLeaks, Anonymous juga melancarkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) terhadap Amazon, PayPal, MasterCard, Visa dan Swiss bank PostFinance. Serangan tersebut menyebabkan website MasterCard dan Visa down dan tidak berfungsi.

 

Syarikat HBGary Federal menyaksikan web defacement dilakukan oleh Anonymous terhadap website syarikat tersebut selain daripada Anonymous mengambil alih email syarikat mereka, dump 68000 email daripada sistem, memadam atau delete files, dan menjatuhkan sistem telekomunikasi mereka menggunakan teknik social engineering, SQL injection dan berbagai lagi.

 

Anonymous juga terlibat dalam Operation Didgeridie, Operation Titstorm terhadap kerajaan Australia, Operation Leakspin, Zimbabwe, Operation India dan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) terhadap  website “Spanish Police”.

 

Sekian..

17 Replies to “Pesta Hack Website Anjuran SKMM”

    1. @xaturen,
      cracker dan hacker lebih kurang sebenarnya. Namun disebabkan perbuatan dorang hanya web defacement dan tidak merosakkan sebarang data, sy panggil dorang hacker.

      err. menambah baik? hacker yang bekerja sebagai penetration tester, security admin atau etc je yg menambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *