Pastikan RSS Feed Anda Tidak Mengandungi Junk

Kebanyakan daripada anda mungkin selalu mendengar perkataan junk. Salah satu yang paling biasa sekali dikaitkan dengan istilah junk ini ialah junk email. Junk ialah perkataan bahasa inggeris yang membawa maksud tidak berguna, tidak elok, tidak dikhendaki dan seumpamanya. Atau lebih mudah kita tafsirkan sebagai sampah memandangkan biasanya ia tidak diperlukan. Selain daripada email, RSS feed juga tidak terkecuali daripada junk oleh kerana terlalu ramai manusia yang ingin mengambil kesempatan di atas kecuaian dan usaha orang lain demi kepentingan mereka sendiri. Maka dalam artikel kali ini, saya akan bincangkan tentang bagaimana anda ingin pastikan kesihatan dan kebersihan RSS feed anda, kesan daripada RSS feed yang mengandungi junk dan juga cara membersihkan serta mengekalkan kesucian RSS feed anda.

Pertama kita akan mulakan bagaimana anda ingin pastikan RSS feed anda sihat, suci, valid dan tidak mengandungi junk.

1. Anda hanya perlu gunakan pak cik Google untuk mencari RSS feed validator. Anda boleh menggunkan perkataan atau keyword seperti “feed validator” atau “feed validation service”. Salah satu feed validation service yang terkenal ialah W3C.

2. Masukkan url feed anda dan klik check. Anda akan dipaparkan dengan result kesihatan RSS feed anda. Jika feed anda mengandungi junk, anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

3. Mari kita lihat masalah yang terdapat dalam source feed RSS tersebut sehingga feed tersebut menjadi tidak valid

Perhatikan dibawah </rss>, terdapat link yang tidak dikhendaki.

4. Mengapa boleh terdapat link tersebut dalam RSS feed? Mari kita lihat, page source daripada webpage.

Perhatikan dibawah </html>, terdapat link yang tidak dikhendaki telah menyelinap masuk kedalam website. Maka cara bagi menyelesaikan isu ini adalah dengan membuang code script tersebut daripada website kita.

Kesan Invalid Feed

Sebelum itu, kita lihat kesan daripada RSS feed yang tidak valid atau tidak sihat disebabkan junk.

Kebanyakan aplikasi, plugin atau webiste yang menggunakan khidmat RSS untuk membaca maklumat daripada webiste tidak akan dapat “fetch” maklumat yang mereka inginkan.

Gambar di bawah adalah contoh daripada commentluv plugin

Gambar di bawah adalah cubaan fetch RSS feed oleh innit nuffnang.

Langkah Mengatasi

Jika RSS feed anda mengalami masalah tidak valid disebabkan junk,  saya akan terangkan cara untuk mencari dan memusnahkan code script tersebut dalam langkah seterusnya.

1. Jika anda ada menggunakan theme atau plugin baru, sila pastikan masalah tersebut bukan berpunca daripada theme atau plugin anda. Hal ini adalah kerana, sesetengah plugin atau theme mengandungi unsur-unsur code script yang tidak sihat. Anda boleh cuba deactivate plugin atau theme yang baru anda gunakan jika anda tidak pasti dengan kesucian mereka.

2. Tidak mustahil juga code script tersebut dimasukkan melalui comment. Sila pastikan semua comment dalam blog anda tidak mempunyai code script yang tidak anda ingini.

3. Walaubagaimanapun, kebanyakan masalah seperti ini disebabkan code script ini diselitkan di dalam file WordPress anda tanpa anda sedari. Tiga tempat yang paling kerap diselitkan code script seperti ini adalah di dalam:

/index.php

/wp-blog-header.php

/wp-includes/template-loader.php

Pastikan semua file ini tidak mengandungi code script yang tidak anda ingini. Jika anda kurang pasti, anda boleh bandingkan dengan file WordPress yang asli atau tukarkan terus file tersebut dengan file WordPress yang asli.

4. Jika anda masih tidak jumpa code script ini di dalam 3 file tersebut, maka anda boleh menggunakan kelebihan dalam linux untuk membuat pencarian menyeluruh dalam setiap file WordPress anda menggunakan command grep. Grep adalah suatu fungsi yang sangat powerful dalam linux yang membolehkan pencarian perkataan dalam setiap file yang anda inginkan dengan mudah dan pantas. Dengan 1 command, anda boleh melakukan pencarian dalam setiap file dalam folder yang terlibat.

Contoh penggunaan command grep: grep –r funvideos public_html

Jika anda ingin belajar cara installation linux, anda boleh rujuk artikel 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot Bersama Windows Di PC dan Install Fedora Dual Boot Bersama Windows Bahagian 1

5. Selepas anda melakukan pencarian, buang semua code script yang tidak anda ingini dalam file yang berkaitan (hasil pencarian menggunakan grep).

Contoh RSS feed yang bersih dan valid seperti di bawah.

 

Artikel ini lebih fokus kepada WordPress memandangkan contoh atau “case study” menggunakan WordPress.

Sekian..

27 Replies to “Pastikan RSS Feed Anda Tidak Mengandungi Junk”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *