Domain co.cc yang sangat terkenal sehingga mencecah lebih 10 juta co.cc site suatu ketika dulu mungkin kerana ia diberikan percuma kini menghadapi maslah besar apabila pak cik Google yang merupakan orang penting dalam dunia internet membuat keputusan untuk banned atau deindexed semua domain co.cc daripada search engine milik beliau. Perkara ini sebenarnya telah lama terjadi namun ia dilaksanakan tanpa sebarang notis atau amaran terhadap semua pemilik domain tersebut. Hal ini ternyata merunsingkan semua pemilik website yang mempunyai domain co.cc kerana sedar bahawa tiada gunanya sebuah website tanpa mendapat restu daripada Pak Cik Goolge. Penggunaan domain co.cc adalah sangat tidak digalakkan kini bukan sahaja kerana ia tidak akan dimasukkan atau indexed dalam carian Google Search Engine, malah ia dianggap berbahaya oleh sesetengah pihak Antivirus dan Firewall secara membuta tuli .
Projek email 1 malaysia yang menggunakan domain myemail.my kini diperingkat beta telah dibuka untuk pendaftaran. Projek Email 1 Malaysia dibangunkan oleh Tricubes yang menjadi bahan politik dan isu yang hangat diperdebatkan tidak lama dahulu kini boleh anda daftar dan mendapat akses untuk mencuba sendiri fungsi yang diberikan. Email 1 malaysia yang bertapak di domain myemail.my pada mulanya dijangka dibuka untuk pendaftaran untuk warga Malaysia pada awal bulan Julai 2011 mengalami penangguhan sehingga semalam iaitu pertengahan bulan Ogos 2011. Maka artikel kali ini akan membawakan kepada anda sedikit review pendafataran, masalah yang dihadapi semasa pendaftaran peringkat beta dan sedikit maklumat serta pandangan khidhir dot Com terhadap projek email 1 malaysia yang menelan kos agak tinggi dikatakan sehingga RM50 juta.
Artikel bahagian 3 telah menjelaskan kepada anda beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa mengendalikan USB flash drive atau Thumbdrive bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus bawaan Thumbdrive ini. Dalam artikel kali ini, saya akan sambung sedikit lagi tentang isu yang sering diperdebatkan seterusnya memberi kefahaman tentang konsep Antivirus dan juga sedikit maklumat mengenai isu recycler atau recycled folder. Selain daripada itu, artikel ini dihasilkan untuk memberi suatu gambaran atau kefahaman kepada anda mengapa anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti dinyatakan dalam artikel sebelum ini walaupun PC anda dilengkapi dengan Antivirus dan sejauh mana Antivirus anda mampu melindungi PC anda.
Dalam artikel sebelum ini iaitu bahagian 1 dan bahagian 2, saya banyak bercerita tentang autorun, autoplay, sedikit maklumat mengenai autorun.inf dan juga software atau perisian yang boleh digunakan untuk melindungi autorun.inf bagi mengelakkan anda daripada menjadi pembawa virus. Memahami bahaya dan masalah yang boleh timbul kesan daripada virus bawaan USB Flash Drive atau Thumbdrive seperti yang pernah diceritakan dalam artikel File Word Hidden Diganti Dengan Virus, maka artikel kali ini akan memberi maklumat bagaimana memberi perlindungan kepada PC atau komputer yang kita gunakan bagi mengelakkan serangan virus tanpa bantuan sebarang software atau perisian. Lebih tepat lagi, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang langkah yang perlu kita ambil dan isu-isu berkaitan penjagaan PC atau komputer dari ancaman virus dan yang selalu diperdebatkan oleh ramai pengguna agar kita tidak tertipu dengan tipu helah pereka virus.
Dalam Bahagian 1, saya banyak menjelaskan tentang mengawal dan melindungi autorun.inf. Bagi yang masih kurang jelas apa itu autorun.inf dan kepentingan melindungi autorun.inf, autorun.inf adalah file (biasanya hidden) yang terdapat dalam removable device termasuk USB Flash Drive berfungsi untuk menjalankan program secara automatik apabila suatu removable device dikesan oleh PC. Fungsi yang mula diperkenalkan dalam Windows 95 ini kadang kala dikenali juga sebagai Autoplay selain daripada Autorun. Fungsi yang bagus tetapi sering disalahgunakan oleh pereka virus untuk memanfaatkan kaedah ini bagi menjalankan program virus mereka secara automatik. Dalam artikel sebelum ini juga, saya menjelaskan dengan teliti tentang penggunaan satu software yang boleh membantu melindungi PC dan USB Flash Drive daripada dijangkiti dan menjadi penyebar virus. Bahagian kedua akan memaparkan beberapa lagi software atau perisian lain yang percuma yang boleh anda gunakan bagi mencapai matlamat yang sama. Anda boleh membandingkan kebaikan dan kelemahan antara software-software atau perisian tersebut dan memilih software atau perisian yang anda rasakan bersesuaian dengan anda.