Khidhir dot Com

Port Forward TM Riger DB108wl

port forward

Artikel kali ini adalah berkenaan cara untuk port forward router TM Riger DB108wl. Port forward atau port mapping adalah perkara yang tidak asing lagi. Mungkin anda selalu dengar istilah port forward router bagi tujuan torrent atau game. Walauapapun tujuan anda untuk port forward, artikel ini diharapkan dapat membantu anda dalam memberikan idea untuk port forward. Sebenarnya banyak artikel di internet yang boleh anda jumpa berkenaan dengan port forward router. Riger DB108wl juga bukannya router baru, tetapi ia router lama yang diberikan kepada pengguna Streamyx oleh Telekom Malaysia beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun tujuan artikel ini dihasilkan adalah untuk memberi satu contoh bagaimana cara untuk anda port forward router disamping TM Riger DB108wl dipilih kerana terdapat sedikit perbezaan pada router ini yang boleh menimbulkan kekeliruan. Selain daripada itu, artikel ini akan menjelaskan daripada perspektif yang berbeza kenapa anda gagal untuk port forward router walaupun anda telah melaksanakan mengikut aturan yang betul. Selain daripada itu, artikel ini akan membantu anda untuk menyelesaikan isu port conflict serta port forward dalam VMware atau virtual machine.

Teruskan Membaca

Bayaran Daripada Churp Churp

2110120wtmk

Churp Churp nama yang tidak asing lagi dalam social advertisement. Artikel kali ini agak ringkas berkenaan dengan bukti pembayaran daripada Churp Churp. Artikel ini bukan bertujuan untuk berbangga diri atau pun riak dengan hasil kutipan daripada Churp Churp. Sebab apa yang saya peroleh dan paparkan ini tidaklah seberapa dan boleh kata cukup makan sahaja. Artikel ini tidak lain hanya bagi membuktikan yang krediabiliti syarikat pengiklanan ini dalam membuat pembayaran kepada publisher mereka. Mungkin terdapat sesetengah pihak berasa ragu atau kurang yakin dengan satu satu syarikat pengiklanan apabila pertama kali mendengar atau baru melibatkan diri dengan syarikat tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, memang wujud beberapa syarikat pengiklanan yang sentiasa melengah atau melambatkan pembayaran. Malah mereka sedaya upaya mengelak daripada membuat pembayaran walaupun menerima aduan dan kritikan daripada publisher mereka. Maka artikel ini dihasilkan hanya untuk membuktikan pembayaran daripada Churp Churp.

Teruskan Membaca

Tutorial Pindah Domain

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda cara untuk melaksanakan pemindahan domain atau transfer domain. Ada banyak kemungkinan kenapa seseorang perlu pindah atau transfer domain. Biasanya ia berkaitan dengan mendapatkan harga yang lebih murah, servis yang ditawarkan dan dijamin oleh domain provider atau registrar dan pelbagai sebab lagi. Bagi pengguna biasa yang melakukan urusniaga dengan domain provider, pemindahan domain sebenarnya tidak begitu sukar. Ia hanya memerlukan anda untuk mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang tertentu bagi menjamin kelancaran urusan pemindahan domain dan keselamatan domain anda. Maka artikel ini ditulis agar dapat memberi gambaran tentang cara untuk melaksanakan pemindahan domain yang melibatkan domain provider dan registrar yang berlainan.

Teruskan Membaca

Menghubungkan Debit Kad RHB dengan Paypal

Artikel kali ini berkenaan dengan cara verify debit kad dengan Paypal. Sebenarnya sebelum ini, saya pernah bercerita tentang perkara ini dalam artikel Verify Account Paypal Menggunakan Maybank2u. Tapi itu untuk Maybank debit kad. Mungkin ada yang telah berubah, ada yang berbeza dan ada persamaannya. Saya percaya pada ketika ini, kebanyakan kad ATM bank-bank tekemuka telah menyediakan fungsi untuk kad ATM bertindak sebagai debit kad dengan kerjasama VISA. Sayang jika satu fungsi yang begitu hebat ini tidak dimanfaatkan oleh pengguna sepenuhnya.  Artikel kali ini mengambil contoh debit kad RHB untuk memberi pemahaman yang lebih baik bagaimana konsep yang digunakan untuk menghubungkan atau mengesahkan debit kad dengan Paypal. Apabila pengesahan ini berjaya dilaksanakan, maka anda seolah-olah boleh berurusniaga atau membuat transaksi di seluruh dunia tanpa perlu menghiraukan faktor matawang.

Teruskan Membaca

2 User Profile Dalam 1 Firefox

Artikel kali ini berkenaan dengan cara untuk buat profile dalam Mozilla Firefox. Mozilla Firefox merupakan salah satu browser yang tidak asing lagi. Saya juga percaya masih ramai lagi pengguna Mozilla Firefox di Malaysia. Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar tentang satu fungsi yang terdapat dalam Mozilla Firefox iaitu Firefox membolehkan kita membuat banyak user profile dalam 1 installation. Konsepnya sama seperti dua user dalam 1 windows yang mana bertujuan memisahkan setting, document user-user tersebut dan lain-lain perkara. Bagi Mozilla Firefox, user yang belainan akan mempunyai bookmark, add on atau extension, history dan lain-lain perkara yang tidak akan sama dengan user lain. Pendek kata, apabila user baru dicipta dalam Mozilla Firefox, ia seolah-olah memberikan satu Firefox yang baru anda install. Maka ia juga sangat berguna dalam proses troubleshooting jika anda menghadapi masalah dengan add on atau extension tertentu.

Teruskan Membaca

Page 2 of 20«12345»1020...Last »