Artikel kali ini akan memberi contoh atau tutorial tentang cara install Fedora dual boot bersama Windows. Dalam erti kata lain, cara atau kaedah ini juga boleh digunakan untuk Install Fedora sahaja atau multiple boot Fedora bersama dengan OS lain. Jika sebelum ini saya pernah tulis tentang 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC, kaedah tersebut menggunakan Wubi yang mana sangat mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, Wubi tidak boleh digunakan untuk install Fedora. Maka kali ini saya akan tunjukkan cara atau langkah Install Fedora menggunakan cara manual yang mana sama konsep atau kaedahnya denga Distro Linux yang lain seperti Ubuntu dan sebagainya. Bermaksud, anda juga boleh gunakan kaedah ini sebagai asas panduan jika anda ingin install Distro Linux yang lain atau Fedora versi lain. Dalam bahagian 1, saya akan memberikan sedikit pengenalan tentang Fedora juga perbezaan Ubuntu dan Fedora, menjelaskan keperluan spesifikasi hardware yang diperlukan bagi proses pemasangan dan langkah permulaan proses pemasangan atau install Fedora.
Unlocker merupakan sebuah software atau aplikasi percuma yang begitu kecil dan ringan dan sememangnya telah lama berada di internet dari zaman Windows XP lagi sehingga kini. Walaupun software ini kecil dan ringan juga diberikan percuma kepada anda, namun anda jangan memandang rendah kepada kemampuan software ini. Kata orang kecil-kecil cili padi, walaupun kecil masih mampu berbudi. Maka artikel kali ini akan membawa kepada anda serba sedikit kegunaannya, sekecil manakah software atau aplikasi unlocker ini, sejauh mana kemampuannya dan juga persoalan-persoalan yang mungkin timbul daripada sudut hati anda apabila anda download dan install software ini.
Mungkin sebahagian dari kita telah sedar sejak tahun lepas lagi Facebook telah berusaha untuk menghasilkan sistem mesej yang baru dan dilengkapi dengan email @facebook.com. Hal ini bermaksud, setiap pengguna Facebook akan diberikan dengan username[at]facebook.com bagi tujuan email. Email tersebut akan diintegrasikan atau dicantumkan dengan sistem mesej Facebook yang sedia ada juga chat dan text (sms) di dalam satu sistem mesej. Sistem mesej dan email ini saya percaya masih dalam peringkat ujian dan diberikan kepada beberapa pengguna Facebook untuk mencuba sistem baru tersebut. Setelah menunggu lebih daripada daripada sebulan, akhirnya Encik Facebook telah memberikan sistem mesej dan email yang baru tersebut kepada saya untuk menggunakannya. Maka artikel kali ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi dengan anda bagaimana wajah atau rupa sistem mesej dan email terbaru dari Facebook dan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui.
PayPal merupakan e-commerce business yang membenarkan pemindahan wang dilakukan melalui internet dan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan internet berbayar. Kebanyakan website yang menerima bayaran atau memberi bayaran kepada anda menggunakan perkhidmatan PayPal bagi memudahkan urusan mereka dengan anda sebagai alternatif kepada kad kredit. Membuat account PayPal adalah mudah tetapi untuk Confirm account PayPal anda atau Verified account PayPal memerlukan nombor kad kredit. Perkara ini menyulitkan keadaan bagi orang yang kurang berkemampuan atau tidak berminat dengan penggunaan kad kredit. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang tidak sedar bahawa anda boleh Confirm atau Verified account PayPal anda hanya dengan menggunakan Maybank2u.
Artikel kali ini adalah berkenaan dengan Nuffnang ketika mereka mengalami downtime disebabkan kerosakan teknikal pada database mereka. Tidak banyak yang nak diperkatakan dalam artikel kali ini, cuma saya hanya nak berkongsi dengan anda di suatu malam ketika saya terserempak dengan website Nuffnang yang gagal berfungsi. Mungkin selama ini anda tidak pernah lihat bagaimana agaknya wajah Nuffnang ketika downtime terjadi. Maka artikel kali ini nak berkongsi dengan anda beberapa screenshot ketika Nuffnang mereka mengalami downtime.