Mozilla Firefox 4 Telah Dilancarkan

Mozilla Firefox merupakan salah satu browser yang terkenal dan diminati oleh kebanyakan pengguna selain daripada browser lain seperti Internet Explorer, Google Chrome, Safari dan lain-lain lagi. Pada 22 March 2011, Mozilla telah melancarkan Firefox 4 setelah hampir 2 minggu melancarkan Firefox 4 RC (Release Candidate). Firefox 4 (stable) ini sememangnya dinantikan kemunculannya oleh pengguna tegar Firefox termasuk saya sendiri yang sebelum ini hanya menggunakan versi beta untuk suatu tempoh yang agak lama. Firefox 4 membawa banyak kelainan berbanding versi sebelumnya dan perubahan-perubahan baru yang agak menarik untuk diketengahkan. Malah Firefox 4 dikatakan 6 kali lebih pantas atau laju daripada versi sebelum ini. Maka artikel kali ini ingin berkongsi dengan anda beberapa screenshot Mozilla Firefox 4 dan beberapa perkara menarik yang boleh anda teroka dan cuba.

 

Gambar di atas merupakan gambar interface atau antaramuka Firefox 4 yang terbaru. Firefox 4 tampil lebih kemas dengan hanya satu button file menu. Walaubagaimanapun, jika anda lebih gemar dengan File Menu seperti versi sebelum ini, anda boleh klik pada “Options” dan tandakan “Menu Bar”.

.

Satu perkara yang paling menarik dalam Firefox 4 yang saya nanti-nantikan ialah “Tab Groups”.  Saya percaya kebanyakan daripada pengguna Firefox memang menantikan fungsi ini. Secara ringkasnya, fungsi ini membantu memperkemaskan “tab” yang anda buka untuk dikumpulkan mengikut kumpulan yang anda tetapkan. Hal ini memudahkan pengguna browser kerana kadang-kala apabila kita sedang melakukan research atau sebagainya, kita selalu berhadapan dengan masalah “tab” yang terlalu banyak sehingga menyesakkan mata untuk memandang malah menyusahkan kepala untuk memilih atau mencari kembali “tab” yang telah dibuka. Gambar di bawah boleh membantu menjelaskan fungsi “Tab Groups” ini.

Icon yang saya bulatkan dalam gambar di atas ialah icon “Tab Groups” bertujuan mengaktifkan fungsi “Tab Groups” tersebut atau anda boleh gunakan shortcut key Ctrl+Shift+E.

Gambar seterusnya ialah gambar apabila fungsi “Tab Groups” tersebut diaktifkan. Semua tab yang anda buka akan terpapar di skrin.

Tambah menarik lagi, fungsi ini diumpamakan seperti sebuah meja yang diletakkan beberapa buka diatasnya. Hal ini bermaksud, anda bebas untuk memindahkan (drag and drop) mana-mana gambar “tab” tersebut, menyatukan atau membuang mana-mana tab yang anda ingini, membesarkan atau mengecilkan ruangan kotak yang diberikan, malah menamakan ruangan kotak yang diapaparkan. Tidak lupa fungsi carian atau “search” yang disediakan. Perhatikan gambar dibawah. Anda boleh cuba setiap fungsi yang saya nyatakan dan sebahagiaanya telah saya bulatkan dalam gambar dbawah.

Selain daripada fungsi “Tab Groups” tersebut, anda boleh menguji beberapa fungsi lain seperti App Tabs dan Firefox Sync yang juga kelihatan menarik.

Firefox 4 juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan. Firefox versi 4 menggunakan Content Security Policy (CSP) untuk mengelakkan “cross-scripting”. Selain daripada itu, Firefox 4 dilengkapi dengan kemudahan HTTP Strict Transport Security (HSTS) yang mana mewujudkan suatu jaringan atau perhubungan yang selamat dengan kadar yang pantas bagi mengelakkan serangan “man in the middle”.

Menurut Mozilla, Firefox 4 mampu menampung HTML5 iaitu salah satu teknologi terkini dalam membantu  membina website atau web aplikasi yang cantik dan menarik.

Akhir kata, sebagai peringatan, memandangkan Firefox 4 baru dilancarkan, kebanyakan add-ons yang anda gunakan mungkin masih  menunggu update daripada developer dan belum compatible dengan Firefox 4 ini. Jika anda dapati add-ons yang anda kerap guanakan masih belum compatible dan tidak boleh hidup tanpa add-ons tersebut, anda dinasihatkan untuk menunggu update daripada developer plugin atau add-ons tersebut.

Sekian.. Selamat Mencuba..

18 Replies to “Mozilla Firefox 4 Telah Dilancarkan”

  1. ada perasan.. diarang pun kata masih ada yang tak berapa function lagi… apepun memang pengguna mozilla diantara yang teramai…

  2. aku xberapa pasti kat umah pakai version berapa. tapi aritu baru hapdet. stress la. asyik ‘hang’ je.. mozilla yg ‘hang’ bukan laptop.

  3. Upgraded mine but found out that it is leaking memory on my Win 7. When I open a website and leave it open, the CPU allocated to FF reamined at 35% and memory usage kept on going up until I had to kill the process. Tried a few time with the same results.. Sticking to Chrome for the time being..

    1. @papabear,
      maybe there are some incompatible add-ons. Some well known “not really” compatible add-on which cause memory leak are FalshGot, ForecastFox, IE Tab and Filterset. Try to use Firefox (safe mode). It may help to analyze the cause.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *