619 makhluk telah membaca artikel ini
Artikel kali ini berkenaan dengan cara verify debit kad dengan Paypal. Sebenarnya sebelum ini, saya pernah bercerita tentang perkara ini dalam artikel Verify Account Paypal Menggunakan Maybank2u. Tapi itu untuk Maybank debit kad. Mungkin ada yang telah berubah, ada yang berbeza dan ada persamaannya. Saya percaya pada ketika ini, kebanyakan kad ATM bank-bank tekemuka telah menyediakan fungsi untuk kad ATM bertindak sebagai debit kad dengan kerjasama VISA. Sayang jika satu fungsi yang begitu hebat ini tidak dimanfaatkan oleh pengguna sepenuhnya. Artikel kali ini mengambil contoh debit kad RHB untuk memberi pemahaman yang lebih baik bagaimana konsep yang digunakan untuk menghubungkan atau mengesahkan debit kad dengan Paypal. Apabila pengesahan ini berjaya dilaksanakan, maka anda seolah-olah boleh berurusniaga atau membuat transaksi di seluruh dunia tanpa perlu menghiraukan faktor matawang.
Tutorial ini ditulis dengan anggapan anda telah register account Paypal.
Cara untuk mengesahkan debit kad anda dengan Paypal:
1. Akses ke Profile > Add/Edit Credit Card
2. Sekarang Paypal memaparkan kredit kad atau debit kad yang telah anda tambah atau hubungkan dengan account Paypal anda samada telah disahkan atau belum disahkan. Anda boleh teruskan dengan klik pada ”Add Card” atau “Add Another Card”
3. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad, verification number, alamat dan sebagainya. Nombor kad biasanya ada di bahagian hadapan kad manakala verification number di bahagian belakang kad.
4. Selesai proses tersebut, anda akan dipaparkan ke bahagian add/edit credit card seperti dalam langkah 2. Cuma perbezaannya, kad yang baru anda tambah tadi telah dimasukkan dalam senarai. Klik pada ”Confirm My Card”.
5. Anda akan dipaparkan dengan confirmation page. Pastikan kad yang anda ingin sahkan adalah betul berserta alamat yang anda masukkan. Klik “Continue”.
6. Jika semuanya berjalan lancar, 4 digit unik kod akan dihantar kepada account bank anda dalam masa dua hingga tiga hari. Dalam hal ini, RM10 akan dicaj kepada account bank anda yang akan dipulangkan kembali oleh PayPal setelah pengesahan dilakukan.
7. Login account bank anda dan lihat kepada “Transaction History”. Bagi account RHB, Transaction History terletak di bawah tab “Account". Lihat transaction yang dilakukan oleh Paypal. Pada bahagian description, perhatikan nombor selepas huruf PP*. 4 nombor selepas PP* adalah “Paypal Code” yang perlu anda catat atau copy.
8. Login account Paypal anda pula. Di bahagian Add/Edit Credit Card, pilih kad yang anda ingin sahkan dan klik pada “Enter PayPal Code”.
9. Masukkan 4 nombor PayPal Code tersebut, dan klik “Confirm Card”
10. Jika semuanya dilaksanakan dengan betul, successful notification akan dipaparkan.
11. RM10 anda juga akan dikembalikan kepada anda dalam masa 24 jam. Tetapi perlu anda ingat, RM10 akan dikembalikan ke dalam account PayPal bukannya Account Bank anda.
Proses selesai. Buat masa ini, di antara semua bank di Malaysia, hanya RHB menyediakan perkhidmatan topup secara terus kedalam account PayPal anda.
Walaubagaimanapun, jika baki dalam account PayPal anda tidak mencukupi apabila anda melakukan pembelian, PayPal akan mengambil terus jumlah caj pembelian daripada account bank anda secara automatik. Transaksi tersebut akan dianggap sebagai berjaya, tetapi paparan pembeilan yang dilaksanakan dalam rekod transaksi account bank anda mungkin akan mengambil masa untuk dikemaskini.
Gambar di atas adalah contoh transaksi yang dilaksanakan PayPal secara terus dengan account bank yang telah didaftarkan. Maka anda tidak perlu risau jika baki dalam account PayPal anda tidak mencukupi untuk melaksanakan transaksi atau sebarang pembelian. Sebagai peringatan, anda diminta berhati-hati dengan sebarang jenis scam atau penipuan yang dilaksanakan pelbagai pihak untuk mendapatkan akses kepada account PayPal anda. Saya dapati scam untuk PayPal memang terlalu banyak terutama melalui email. Hal ini disebabkan dengan menggunakan PayPal, mereka boleh membuat pelbagai transaksi melibatkan account bank anda yang telah disahkan tadi.
Sekian.
wah….rhb dah boleh verifiedkan paypal…dahla boleh topup terus guna rhb..terbaiklah rhb…rasa nak buat akaun hari ni juga dgn rhb ni…
fayeh recently posted..man u agree to tie up van persie
yup. Bayaran buka account RHB RM20. Tapi caj tahunan rm12.
Saya ada akaun PayPal tetapi kurang aktif. Dengan cara link kad RHB permudahkan proses top up di PayPal. Terima kasih untuk info ini.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Salam Aidilfitri
sama-sama
RHB debit card pun dah boleh verified rupanya. bagus jugak, lagi banyak kemudahannya nanti. lagipun bank RHB paling dekat dengan rumah saya

Amirez recently posted..Susahnya Tulis Jawi
yup. RM20 je buka account RHB. Tapi kena bayar rm12 tahunan.
lama dah teringin nak membeli guna paypal ni…
masalahnya…takde kad kredit lah,,, guna kad bank bleh..
cara ni untuk kad bank la. kad atm sekarang ni kan banyaknya dah support fungsi debit kad. sebab tu ada logo visa tu semua pada kad atm yang baru
aku belum ada akaun paypal ni
rasanya belum ada keperluan lagi buat masa sekarang
tehr recently posted..Pantun Pagi Raya
Jikalau kad debit dari bank lain boleh tak guna untuk verified atau hubungkan dengan paypal?
Malaysia Coin recently posted..Duit Syiling lama Malaysia
biasanya debit kad tu ada logo visa. rasanya kebanyakan bank dah boleh. Setakat ni yang saya pernah cuba Maybank dan RHB
dua akaun kita lom ada lagilah huu..
sekarang ini dunia tanpa sempadan..tak mau gerak byk2.nk jimat satu2 kos cukup memadaia da satu kad debit dh blh link mana2 permis heeee
kan. lebih mudah begitu.
seingat sayalah… RHB banklah yang menawarkan perkhidmatan paling mudah untuk membuat Paypal. Sebab dulu pun guna RHB selepas permohonan membuatnya ditolak oleh Maybank.
Mama Murai recently posted..sikap orang Malaysia yang tidak boleh kita sangkal
Maybank dulu susah sikit. Dia kena register maybank secure online shopping. Tapi sekarang dah sama lebih kurang RHB. Saya pernah tulis artikel untuk link debit kad maybank dengan paypal.
Paypal memang terbaik setakat ni. Cuma cajnya je agak mahal untuk penjual. RHB ambik setapak ke depan dalam menjalin usahasama dgn paypal.
Mirul recently posted..Tingkatkan Like dan Aktiviti Fanpage
belum ada akaun lagi di RHB ini, mungkin masa akan dtg akan buka satu
lewis recently posted..Google Nexus 7 Di Malaysia
kalau xyah guna kad kredit boleh ke?
leceh la..aku takde debit2 kredit ni..
Memang post ni ajar secara debit kad. bukan kad kredit. Tapi caranya masih lebih kurang sama. Ada perbezaan antara kad debit dan kad kredit.
Debit kad tu sekarang ni kebanyakan kad atm dah support. contohnya Maybank, RHB, Bank Islam dan sebagainya. Maksudnya kad ATM tu adalah kad debit. Rasanya kad Atm memang ada kan. Kalau nak gunakan kad ATM tu sebagai kad debit secara direct macam kat pasaraya tu je maybe kena upgrade. Kalau kad ATM tu bertahun lamanya la. Yang baru ni semua dah memang ada logo visa kan.
Salam,
1. Security feature Debit Card RHB ni meyakinkan tak? Sebab kalau involve debit card, maknanya directly linked to savings account. Saya still was-was nak guna debit card sebab isu saving account ni.
2. Berapa minimum usage of debit card yang PayPal allow yer?
By the way, thank you for sharing. Jemput melawat blog saya bila anda senang ya. Thanks again.
1. isu security dari segi bank RHB atau bank-bank lain memang biasanya cukup bagus dan meyakinkan. Cuma bila cerita isu security dalam network, bahagian security network yang paling lemah adalah end user atau kita sendiri. bukan pada sistem. Sebab itu apabila kita ingin akses internet banking dan sebagainya, kita perlu pastikan kita bukan pada public wifi takut ada orang sniff. Komputer yang kita gunakan adalah milik kita atau diyakini pemiliknya serta bebas daripada spyware, malware, keylogger dan sebagainya.
Kalau masih tak yakin, paling simple khaskan bank tersebut contohnya RHB untuk internet transaction. Jadi tak perlu letakkan wang berlebihan dalam account bank tersebut melainkan jika perlu. Andaikata berlaku sesuatu yang tidak kita ingini, jumlah kerugian tidak terlalu besar.
2. Saya pernah buat untuk USD 1 sebab urusniaga saya dengan paypal biasanya saya lakukan dalam USD. RM1 mungkin boleh. Tapi saya tak pernah cuba. Paypal ada percentage tersendiri untuk jenis transaction seperti menerima bayaran (account business) atau transaction antara orang biasa (kawan). Tapi tak perlu risau jika anda bayar beli barang menggunakan paypal. Paypal caj percentage pada syarikat yang anda bayar.
welcome.