Khidhir dot Com

Memperkemas Windows Context Menu





200 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Memperkemas Windows Context Menu

Artikel kali ini akan memperkenalkan beberapa software atau aplikasi yang dapat membantu anda memperkemaskan atau membersihkan context menu anda. Context menu adalah istilah yang biasanya digunakan untuk menggambarkan menu atau pilihan yang terpapar apabila anda menggunakan fungsi right click pada mouse atau touchpad anda. Kadangkala ianya juga disebut sebagai centextual menu, shortcut menu atau pop-up menu. Sebahagian aplikasi atau software yang anda install akan menyebabkan penambahan menu dalam windows context menu anda sendiri. Semasa proses installation suatu software dijalankan, terdapat aplikasi atau software yang memberi pilihan samada anda ingin memasukkan option atau pilihan menu software tersebut dalam context menu anda ataupun tidak. Sebahagian software atau aplikasi lain mungkin tidak akan memberi pilihan ini kepada anda semasa proses installation dijalankan. Dalam hal ini, biasanya kita boleh membuang semula menu sesuatu software daripada windows context menu menggunkan fungsi setting software tersebut. Cuma ia akan memakan masa yang panjang untuk anda membuka setiap software dan mencari setting tersebut. Maka artikel kali ini akan memberikan anda penyelesaian yang lebih mudah.

Sebenarnya anda boleh mengubahsuai context menu tanpa menggunakan sebarang aplikasi atau software dengan menggunakan registry editor (regedit) yang mana semuanya terdapat di bawah :

HKEY_CLASSES_ROOT >

HKEY_CLASSES_ROOT > * >


HKEY_CLASSES_ROOT > Directory

HKEY_CLASSES_ROOT > AllFileSystemObjects

gambar Memperkemas Windows Context Menu

Walaubagaimanapun, jika anda ingin cara yang lebih mudah tanpa perasaan takut merosakkan registry windows anda, anda boleh gunakan dua software atau aplikasi yang saya tunjukkan di bawah ini. Dua software percuma tersebut adalah ShellMenuView dan ShellExView.

 

Langkah-langkah

1. Download software ShellMenuView

Windows x32 : ShellMenuView-x32

Windows x64 : ShellMenuView-x64

 

2. Buka Software tersebut

gambar Memperkemas Windows Context Menu

3. Cari nama option yang terpapar pada context menu anda yang ingin anda buang.

gambar Memperkemas Windows Context Menu

Jika anda tidak jumpa nama option software tersebut:

(a) Download Software ShellExView

Windows x32 : ShellExView-x32

Windows x64 : ShellExView-x64

(b) Buka software tersebut dan cari nama option yang anda ingin buang

 

4. Klik butang merah untuk disable. (Hijau untuk anda enable)

gambar Memperkemas Windows Context Menu

5. Selesai. Sila restart komputer atau hanya restart explorer anda untuk melihat kesannya.

 

Anda terpaksa menggunakan kedua-dua software tersebut disebabkan pilihan context menu sesuatu sotware sebenarnya boleh dimasukkan ke dalam registry ‘shell’ atau ‘shellex’ bergantung kepada cara yang digunakan oleh software yang anda install itu sendiri.

 

Sebagai tambahan, anda sentiasa boleh menggunakan fungsi “Find” dan ‘Properties’ yang terdapat dalam aplikasi atau software tersebut bagi membantu anda mencari pilihan menu tersebut dan mengenalpasti software berkaitan.

gambar Memperkemas Windows Context Menu

Sekian. Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

15 Responses to “Memperkemas Windows Context Menu”

  1. hatiputera says:

    Jarang menggodeh kat registry nie,,aku pakai default jer,,but nice tips….
    hatiputera recently posted..Abang Ensem Di Mata AkuMy Profile

  2. gamep01nt says:

    peh. sampai font pun kau tukar? aku xtaw lak boleh
    gamep01nt recently posted..Keluar MalamMy Profile

  3. tehr says:

    memang mudah dengan kedua2 software ni
    tapi aku jarang sangat main godek2 dengan registry
    kecuali ada kawan yang tunjuk ajar kat belakang
    hehe
    tehr recently posted..EURO 2012 | Apa Kata PlatiniMy Profile

    • Khidhir says:

      tu yang bagi cara guna software. kalau registry je, mungkin agak susah kot. apa-apa pun backup dulu registry sebelum tukar apa-apa.

  4. suri says:

    salam..
    teman nak buat tapi takut jadi lain..ada keterangan begni mudah sungguh utk d fahami

  5. Din says:

    elok lah..
    boleh la kemaskan context menu sy yang bersepah tu..

  6. akubiomed says:

    Jarang bermain registry ini.
    akubiomed recently posted..Applikasi Instagram for Chrome untuk peminat tegar kini di ChromeMy Profile

  7. anjangman says:

    Panduan yang lengkap..tapi aku lama dah tak guna OS windows ni. Apapun aku selalu ikut perkembangannya. Sbb selalu kwn2 tanya pasal masalah windows OS.
    anjangman recently posted..Contest SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  8. zul says:

    Saya nak tanya sket ni, kalau kita tukar ip address untuk domain name kita. berapa lama kita kena tunggu supaya website kita boleh diakses oleh semua orang?
    Saya juga dah ubah ns rekod kat mynic(.my domain registry) tapi masih tak dapat akses ke website tersebut..harap dapat bantu…

    • Khidhir says:

      Kalau baru register domain name memang 24 jam hingga 48 jam.

      Kalau domain tu dah lama register, tukar name server atau ip address, biasanya 4 jam hingga 48 jam bergantung kepada provider dan banyak faktor lain.

      Kalau masih tak boleh selepas 48 jam, contact je domain provider.

      Kalau perlukan akses, guna ip address hosting je dulu.

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 10 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

google, permainan angry bird, gambar handphone dan harga, gambar partition, angry birds level failed, gambar menguji mata, cara sambungan kabel streamyx, gambar angry birds kartun, gambar pembanggunan kelantan, syurgamu ramadan, gambar2handphone samsung champ, gambar handphone samsung champ, samsung galaxy mini price in malaysia, telefon murah samsung phones, al quran android 2 3
Memperkemas Windows Context Menu 10 out of 10 based on 70 ratings. 12 user reviews.