Membuka Dan Convert PostScript File Menggunakan GhostScript

PostScript file menggunakan extension .ps dikategorikan sebagai text file atau sebahagian berpendapat ianya dikategorikan imej vektor (vector image) walaupun ia boleh mengandungi raster graphic selain daripada vector graphic dan text itu sendiri. PostScript dibangunkan oleh Adobe Systems dan agak terkenal suatu ketika dulu sebelum digantikan dengan PDF. Walaupun pada masa kini PostScript jarang digunakan, namun masih ada lagi bahan-bahan atau sumber rujukan di internet yang masih menggunakan PostScript (.ps). GhostScript pula adalah software atau aplikasi yang mampu membuka dan membaca PostScript (.ps) file ditambah dengan beberapa kelebihan lain. Oleh kerana setiap bahan atau rujukan di internet itu mempunyai nilainya yang tersendiri, maka dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda cara pemasangan atau installation software GhostScript, beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian dan sedikit screenshot interface GSview.

Sebenarnya dalam operating system Mac dan Windows anda boleh membuka file PostScript (.ps) menggunakan Adobe Acrobat X Pro. Adobe Distiller dan PDF Creator (Windows) pula boleh convert daripada PostScript (.ps) kepada PDF. Tetapi memandangkan saya bukan peminat Mac OS, dan lebih tertumpu kepada operating system Windows dan Linux, maka software atau aplikasi GhostScript ini menjadi pilihan saya.

Fungsi dan Kelebihan Utama GhostScript

  • Membuka dan membaca file PostScipt (.ps)
  • Membuka dan membaca file PDF
  • Menukar format file PostScript (.ps) kepada PDF
  • Percuma

Perbezaan GhostScript dan GSview?

Ini adalah perkara pertama yang perlu anda ketahui bagi mengelakkan kekeliruan. GhostScript ialah aplikasi yang menjalankan operasi sebenar aplikasi ini. GSview adalah aplikasi yang menyediakan graphical interface bagi program ini. Selain daripada pengguna Linux, pengguna Windows adalah sangat digalakkan untuk menggunakan GSview memandangkan pengguna WIndows jarang terdedah dengan penggunaan command.

Cara pemasangan atau installation GhostScript dan GSview yang akan dipaparkan adalah diatas platform Windows.

1. Install GhostScript

Ikuti arahan seterusnya sehingga tamat.

2. Install GSview. Klik Setup

Klik Next

Ikut arahan sehingga tamat.

Screenshot interface utama GSview

Convert file PostScript (.ps) kepada PDF

1. Buka file PostScript (.ps) tersebut menggunakan GSview

2. Klik File > Convert. Anda akan dipaparkan dengan paparan berikut. Anda boleh pilih pilihan yang diberi mengikut keinginan anda. Gambar dibawah adalah contoh pilihan bagi proses penukaran atau convert daripada PostScript (.ps) kepada PDF.

3. File PostScript tersebut akan ditukarkan menjadi file PDF. Dalam contoh ini, saya menggunakan Foxit Reader untuk membuka file PDF baru tersebut bagi membuktikan kejayaan proses conversion ini.

Kelemahan GhostScript.

Semasa anda membuka GSview, anda akan dipaparkan dengan “nag screen”. Pop up ini menggalakkan anda untuk register yang mana memerlukan sedikit bayaran bagi membantu usaha mereka. Namun jika anda tidak berkeinginan berbuat demikian, anda hanya perlu klik “OK”. Selain daripada itu, anda bebas menggunakan fungsi aplikasi ini sepenuhnya dan tanpa sebarang had masa. 

Bagaimana untuk mendapatkan software atau aplikasi GhostScript?

Anda boleh download daripada website mereka samada sini atau sini

Memandangkan website mereka boleh mengelirukan anda jika anda tidak biasa download daripada website software atau aplikasi GPL, maka saya juga berbesar hati menyediakan anda dengan link donwload Mediafire bagi software atau aplikasi GhostScript 9.02 dan GSview 4.9 (versi terkini ketika artikel ini ditulis).

Link Download Mediafire:  GhostScript 9.02 dan GSview 4.9

Walaupun interface software atau aplikasi GSview ini agak kurang bermaya dan kurang serinya, tetapi kemampuan aplikasi GhostScript ini berfungsi dengan baik sememangnya tidak diragui.

Hanya sebagai pengatahuan, PostScript sebenarnya boleh print out secara terus jika anda mempunyai PostScript printer yang mengandungi raster image processor tanpa dibuka oleh sebarang software atau aplikasi.

 

Sekian.. Selamat Mencuba..

19 Replies to “Membuka Dan Convert PostScript File Menggunakan GhostScript”

  1. eerrr walaupun kawe tak pakai sgt fail2 yg cam tu, kawe anggapperkongsian yg baik dan berguna utk rujukan masa depan.. Ehh malam2 ni hang sebut ghost lak.. seram lak aku tiba2 😀

    1. @Ismail N,
      yup. mungkin di masa akan dtang kalau kita terjumpa dengan postscript da senang. da tau camne nak wat.
      haha. xde kene mengena dgn hantu pun.. 🙂

  2. Terima kasih banyak bro, berkongsi ilmu ini. Setakat ni aku belum bertemu dengan file .ps lagi. Masa akan datang, mungkin aku akan terjumpa, dan aku akan ingat panduan yang ko ajarkan ni.

    1. @zik,
      yup. sebahagian org lebih pentingkan fungsi dan performance cam saya. Ada org lak suka grafik sume mesti cantik2.. Apa2 pun, hopefully software ni berguna di masa akan datang..

    1. @Ali ridha,
      Tukar word or etc kepada PDF ada banyak. TAPI tukar daripada PostScript kepada pdf xde la banyak sgt.
      Anyway, Kalau Ali baca perenggan ke-2 artikel ini, saya telah nyatakan beberapa persisian lain yang boleh digunakan utk fungsi yang sama.
      Walaubagaimanapun, saya juga telah nyatakan sebab utama saya cadangkan ghostscript adalah sebab percuma, support windows dan linux

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *