Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama Domain

Dalam artikel sebelum ini, saya ada cerita tentang bagaimana anda boleh pastikan DNS (Domain Name Server) yang sedang anda gunakan dalam komputer atau PC anda. Dalam artikel kali ini, saya membawakan anda satu lagi command yang boleh anda gunakan bagi memastikan adakah Domain Name Server yang anda gunakan berkemampuan untuk resolve sesuatu nama domain. Sebelum itu, saya akan cuba menjelaskan sedikit konsep Domain Name System agar anda lebih memahami bagaimana SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mampu menghalang anda daripada mendapat akses sesuatu website menggunakan DNS dan bagaimana penukaran Domain Name Server boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Mungkin sebahagian daripada kita masih tertanya-tanya apa itu dns, kenapa perlu tukar dns, bagaimana dns berfungsi, kenapa tukar dns untuk bypass website yang SKMM block dan berbagai-bagai soalan tentang DNS. Anda baca wikipedia pun anda kata apa la wikipedia ni merepek. Dibawah saya akan jelaskan sedikit konsep tentang DNS (Domain Name System) bagi memudahkan pemahaman anda. Jika anda tidak berminat dengan teori, anda boleh scroll kebawah terus kebahagian praktikal menggunakan command prompt.

 

Secara rigkas, Domain Name Server adalah suatu direktori seperti direktori buku telefon. Jika dalam buku tersebut ada nama Khidhir, sudah tentu anda boleh dapatkan nombor telefon Khidhir. Jika nama Khidhir dipadamkan daripada buku telefon tersebut, maka sudah tentu anda tidak akan dapat nombor telefon Khidhir. Begitulah juga dengan Name Server. Jika megaupload.com telah dibuang daripada buku (DNS) Telekom, apa yang perlu anda lakukan hanya tukar buku rujukan anda kepada buku (DNS) Google. Dalam buku Google masih ada lagi nama megaupload.com

 

Gambar di bawah sebagai contoh perbandingan DNS Server Google dan DNS Server Telekom Malaysia ketika ini.

DNS Server Google:

 

 

DNS Server Telekom Malaysia:

 

Bagaimana anda ingin tahu DNS Server Mampu Resolve Sesuatu Nama Domain.

1  Buka Command Prompt

2 (a). Tulis

nslookup megaupload.com 8.8.8.8

nslookup = command

megaupload.com = nama domain

8.8.8.8 = Address Google DNS Server (Anda boleh tukar dengan DNS Server lain)

 

Setelah berjaya, anda akan dipaparkan dengan nama dan address DNS Server seperti gambar dibawah. Selain itu, anda akan mendapat IP address website yang anda tulis. Hal ini menunjukkan Google DNS Server berkemampuan resolve nama domain megaupload.com

 

2 (b). Tulis

nslookup megaupload.com

Apabila anda tidak menetapkan address DNS Server, windows akan menggunakan DNS Server yang anda sedang gunakan. Dalam contoh ini, saya menggunkan DNS Server Telekom Malaysia. Maka, reply yang saya dapat adalah daripada DNS Server Telekom Malaysia. Gambar dibawah menunjukkan kegagalan DNS Telekom Malaysia untuk resolve nama domain megaupload.com

Ping boleh dapatkan IP Address ?

Command “ping” adalah command yang cukup terkenal dan kerap digunakan. Namun begitu, command “ping” bergantung kepada DNS Server yang anda gunakan. Maka jika anda “ping” megaupload.com semasa menggunakan DNS Server Telekom Malaysia, anda akan mendapat reply megaupload.com tidak dapat dijumpai.

Sebagai langkah alternatif, anda boleh dapatkan IP address sesuatu website menggunakan  command 2(a) di atas. Seterusnya anda boleh ping secara terus ip address tersebut

 

Maksudnya..

 

Ya. anda boleh bypass sekatan SKMM terhadap file sharing hanya dengan menggunakan IP Address website tersebut. Begitulah sedikit sebanyak konsep tentang DNS, ip address dan sedikit command yang berkaitan seperti ping dan nslookup yang boleh anda gunakan. Diharapkan dengan penerangan ini, anda dapat memahami beberapa asas dalam network seterusnya membantu anda menilai kemampuan DNS Server atau pun network yang anda gunakan.

Jika anda mencari cara untuk tukar DNS dan seterusnya melepasi sekatan SKMM terhadap filesharing dengan lebih mudah, anda boleh rujuk artikel Tutorial Bypass Website SKMM Block.

 

Jika anda menghadapi masalah mengikuti tutorial ini disebabkan semua command anda not recognized oleh Windows, and boleh rujuk artikel Command Prompt: Not Recognized As an Internal or External Command

Sekian…

15 Replies to “Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama Domain”

  1. aku tak berapa nak reti dengan hal macam ni
    selalu minta tolong kawan je kalau ada masalah dengan sambungan internet atau mengenai ip address

    ada gak cuba nak ambil tahu
    tapi macam payah je
    huhu

    1. @EzBeb,
      bergantung kpd org. dua2 pun best. sebab performance opendns dan google dns kat malaysia sama. Tp kalau sy, sy suka Google DNS lg. Sebab sy percaya Google dari segi security bagi mengelakkan dns attack. Plus, setahu sy, opendns x follow beberapa rules DNS standard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *