Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

 

Menambah rakan atau memohon menjadi rakan di Facebook adalah sangat mudah. Tetapi adalah sangat penting untuk anda memahami konsep menambah rakan di Facebook terutama jika anda menginginkan penambahan rakan dalam kuantiti yang banyak. Hal ini bagi mengelakkan akaun Facebook anda dihalang daripada menambah rakan, menghantar mesej atau kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Artikel kali ini akan memberi anda kefahaman tentang penambahan rakan di Facebook dan sedikit tips bagaimana anda boleh menambah rakan dalam kuantiti yang banyak dengan mudah tanpa sekatan oleh Facebook.

Seperti yang anda sedia maklum, Facebook amat mementingkan privasi  setiap pengguna dan menggalakkan anda untuk menambah rakan yang benar-benar anda kenal di dunia yang nyata bukan sebarang orang yang anda tidak kenal atau awek-awek cun yang anda jumpa di profile rakan anda. Maka penambahan rakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan akaun anda diberi amaran atau disekat kemudahan tersebut secara sementara atau selama-lamanya. Gambar di bawah memaparkan amaran dan sekatan oleh Facebook.

 

Bukan sekadar memohon menjadi rakan sahaja boleh disekat, kemudahan mesej juga boleh disekat oleh Facebook seperti gambar di atas.

Gambar di atas menunjukkan peringatan dari Facebook agar memohon menjadi rakan yang anda benar-benar rasa akan menerima permohonan anda sahaja.

Bagi menambah masalah lagi, Facebook baru-baru ini telah menambah fungsi “not now” apabila suatu permohonan menjadi rakan diterima. Fungsi ini memburukkan lagi keadaan jika anda suka memohon menjadi rakan secara rambang. Lihat gambar di bawah.

Apa akan terjadi jika pengguna terbabit klik pada “not now”? Facebook akan hide permohonan anda dan besar kemungkinan anda akan dilupakan oleh pengguna tersebut. Anda akan berada di awang-awangan iaitu tidak diterima mahupun ditolak. Masa berlalu dan anda terus menambah rakan seperti biasa. Apabila terlalu banyak permohonan anda diabaikan (not now), anda akan diperhatikan oleh Facebook dan ada kemungkinan anda akan dihalang menggunakan kemudahan tertentu yang disediakan oleh Facebook.

Saya Memang Banyak Rakan!! Bagaimana Saya Nak Tambah Semuanya?

Mudah. Apa yang anda perlukan hanya email rakan anda. Beratus permohonan boleh dihantar dalam sekelip mata.  Cara ini memang selalu digunakan oleh mereka yang bermain games di Facebook iaitu fungsi “invite friends”. Hanya klik pada friends, dan cari fungsi invite. Letakkan seberapa banyak email yang anda inginkan. Pastikan anda letakkan tanda koma di antara email tersebut seperti gambar di bawah.

 

Kesimpulan: Apa yang anda perlu elakkan ialah menambah rakan terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat dan menambah rakan yang anda rasa mereka tidak akan terima permohonan anda. Mari bersama kita kurangkan menambah awek-awek cun di Facebook. Mungkin bagi anda perkara ini kurang penting, tetapi orang kata kita sukar menghargai sesuatu yang ada pada kita sehingga kita kehilangannya.

Sekian. Selamat Memanfaatkan Facebook.

14 Replies to “Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook”

  1. masih ingat lagi zaman awal2 aku guna facebook..tahun 2006 gitu. bila invite kawan2 sekelas utk join..dorang wat dek je..masa tu Friendster memanjang.. kuikui sekarang tak ada facebook..susah nak get in touch

  2. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Saya ada juga sediakan satu laman ringkas untuk iklankan profil tambah rakan. Tak tahulah akan dapat sambutan atau tidak. namun diharapkan usaha ini bermanfaat kepada yang ingin meramaikan rakan-rakan laman sosial masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *