Khidhir dot Com

Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook





1,472 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

 

Menambah rakan atau memohon menjadi rakan di Facebook adalah sangat mudah. Tetapi adalah sangat penting untuk anda memahami konsep menambah rakan di Facebook terutama jika anda menginginkan penambahan rakan dalam kuantiti yang banyak. Hal ini bagi mengelakkan akaun Facebook anda dihalang daripada menambah rakan, menghantar mesej atau kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Artikel kali ini akan memberi anda kefahaman tentang penambahan rakan di Facebook dan sedikit tips bagaimana anda boleh menambah rakan dalam kuantiti yang banyak dengan mudah tanpa sekatan oleh Facebook.

Seperti yang anda sedia maklum, Facebook amat mementingkan privasi  setiap pengguna dan menggalakkan anda untuk menambah rakan yang benar-benar anda kenal di dunia yang nyata bukan sebarang orang yang anda tidak kenal atau awek-awek cun yang anda jumpa di profile rakan anda. Maka penambahan rakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan akaun anda diberi amaran atau disekat kemudahan tersebut secara sementara atau selama-lamanya. Gambar di bawah memaparkan amaran dan sekatan oleh Facebook.

gambar Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

 

Bukan sekadar memohon menjadi rakan sahaja boleh disekat, kemudahan mesej juga boleh disekat oleh Facebook seperti gambar di atas.


gambar Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

Gambar di atas menunjukkan peringatan dari Facebook agar memohon menjadi rakan yang anda benar-benar rasa akan menerima permohonan anda sahaja.

Bagi menambah masalah lagi, Facebook baru-baru ini telah menambah fungsi “not now” apabila suatu permohonan menjadi rakan diterima. Fungsi ini memburukkan lagi keadaan jika anda suka memohon menjadi rakan secara rambang. Lihat gambar di bawah.

gambar Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

Apa akan terjadi jika pengguna terbabit klik pada “not now”? Facebook akan hide permohonan anda dan besar kemungkinan anda akan dilupakan oleh pengguna tersebut. Anda akan berada di awang-awangan iaitu tidak diterima mahupun ditolak. Masa berlalu dan anda terus menambah rakan seperti biasa. Apabila terlalu banyak permohonan anda diabaikan (not now), anda akan diperhatikan oleh Facebook dan ada kemungkinan anda akan dihalang menggunakan kemudahan tertentu yang disediakan oleh Facebook.

Saya Memang Banyak Rakan!! Bagaimana Saya Nak Tambah Semuanya?

Mudah. Apa yang anda perlukan hanya email rakan anda. Beratus permohonan boleh dihantar dalam sekelip mata.  Cara ini memang selalu digunakan oleh mereka yang bermain games di Facebook iaitu fungsi “invite friends”. Hanya klik pada friends, dan cari fungsi invite. Letakkan seberapa banyak email yang anda inginkan. Pastikan anda letakkan tanda koma di antara email tersebut seperti gambar di bawah.

gambar Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook

 

Kesimpulan: Apa yang anda perlu elakkan ialah menambah rakan terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat dan menambah rakan yang anda rasa mereka tidak akan terima permohonan anda. Mari bersama kita kurangkan menambah awek-awek cun di Facebook. Mungkin bagi anda perkara ini kurang penting, tetapi orang kata kita sukar menghargai sesuatu yang ada pada kita sehingga kita kehilangannya.

Sekian. Selamat Memanfaatkan Facebook.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

14 Responses to “Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook”

  1. lazaac says:

    teringat masa lazaac bermain game di facebook dulu… Mafia Wars… guna fungsi invite jer, mmg selamat dan memudahkan…
    lazaac recently posted..DropBox – Perkongsian &amp Backup Cara Mudah!My Profile

  2. syahrilhafiz says:

    wah.cun bro
    facebook aku pun banyak dah yg tak kenal nak add.
    ignore..hehe

  3. eiela says:

    jarang nak meng’add2 nih sebab ramai tak kenal. tapi facebook nih mencari balik kawan-kawan lama.
    eiela recently posted..Perjalanan Hidup Sebuah BlogMy Profile

  4. sufian says:

    menarik .. baru nak belajar ber fb ni..
    sufian recently posted..Komputer Lembap Apa Cara Untuk Membaikinya – Siri 1My Profile

  5. kelhome says:

    masih ingat lagi zaman awal2 aku guna facebook..tahun 2006 gitu. bila invite kawan2 sekelas utk join..dorang wat dek je..masa tu Friendster memanjang.. kuikui sekarang tak ada facebook..susah nak get in touch

  6. aurora lim says:

    Saya juga,baru-baru aje nak berfacebook ria.jadi nak meng,add ni….belajar ceritanya….haa…haa….!!!

  7. Yusri says:

    Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Saya ada juga sediakan satu laman ringkas untuk iklankan profil tambah rakan. Tak tahulah akan dapat sambutan atau tidak. namun diharapkan usaha ini bermanfaat kepada yang ingin meramaikan rakan-rakan laman sosial masing-masing.

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 12 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

cara menambah rakan tanpa disekat facebook, cara menghapuskan sekatan tambah rakan facebook, add kawan facebook tidak diterima, Trik lihat Permintaan rakan dihantar fb, tambah rakan facebook tanpa disekat, search friend di facebook guna email, nk cari kawan kita yg dh disekat dlm fb, mencari e mail rakan rakan, menambah rakan, cari rakan dgn email, cari kawan facebook melalui email, cara supaya akaun facebook tidak diblok sebab banyak menghantar permintaan rakan, cara nak banyakkan kawan fb, cara cari kawan di kawasan tertentu di facebook, bagaimana mengetahui invitations game dalam fb adalah rambang
Memahami Konsep Menambah Rakan di Facebook 10 out of 10 based on 51 ratings. 11 user reviews.