Khidhir dot Com

Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2





959 makhluk telah membaca artikel ini

 

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Dalam Bahagian 1, saya banyak menjelaskan tentang mengawal dan melindungi autorun.inf. Bagi yang masih kurang jelas apa itu autorun.inf dan kepentingan melindungi autorun.inf, autorun.inf adalah file (biasanya hidden) yang terdapat dalam removable device termasuk USB Flash Drive berfungsi untuk menjalankan program secara automatik apabila suatu removable device dikesan oleh PC. Fungsi yang mula diperkenalkan dalam Windows 95 ini kadang kala dikenali juga sebagai Autoplay selain daripada Autorun. Fungsi yang bagus tetapi sering disalahgunakan oleh pereka virus untuk memanfaatkan kaedah ini bagi menjalankan program virus mereka secara automatik. Dalam artikel sebelum ini juga, saya menjelaskan dengan teliti tentang penggunaan satu software yang boleh membantu melindungi PC dan USB Flash Drive daripada dijangkiti dan menjadi penyebar virus. Bahagian kedua akan memaparkan beberapa lagi software atau perisian lain yang percuma yang boleh anda gunakan bagi mencapai matlamat yang sama. Anda boleh membandingkan kebaikan dan kelemahan antara software-software atau perisian tersebut dan memilih software atau perisian yang anda rasakan bersesuaian dengan anda.

Terdapat banyak software atau perisian yang boleh melindungi autorun.inf daripada diubah oleh virus. Dalam artikel ini, saya mencadangkan tiga software atau perisian percuma yang biasa digunakan bagi tujuan ini agar dapat memelihara USB Flash Drive atau Thumbdrive anda serta PC atau komputer anda dari serangan virus yang berpunca dari autorun.inf.

GGreat USB AntiBody

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Gambar di atas ialah paparan utama GGreat USB AntiBody pada bahagian “Benchmark of Safety” yang menunjukkan analisis USB Flash Drive atau Thumbdrive yang dilakukan sebelum autorun.inf dilindungi.

Klik pada bahagian atau tab “Install USB AntiBody”. Bagi penggunaan percuma anda hanya dibenarkan memilih “Install for Autorun.inf file protecting”. Klik pada butang Install


gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Setelah selesai, kembali semua kepada bahagian atau tab “Benchmark of Safety”. Anda boleh klik “Analyze” bagi melihat hasil keputusan bagi memastikan proses yang anda lakukan telah berjaya. Gambar di bawah juga menunjukkan kandungan USB Flash Drive atau Thumbdrive selepas autorun.inf berjaya dilindungi. Autorun.inf.stop adalah Autorun.inf asal yang disimpan sebagai backup.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Hal ini berbeza dengan Naevius USB Antivirus 2.1 yang telah diceritakan dalam artikel Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1 yang  mana Naevius USB Antivirus 2.1 sama sekali membuang sepenuhnya file anda tanpa sebarang backup. Walaubagaimanapun, dari segi kaedah perlindungan autorun.inf, tahap perlindungan GGreat USB Antibody tidak banyak beza dengan Naevius USB Antivirus 2.1 yang pada pendapat saya tidak begitu kukuh kerana masih boleh saya pecahkan dengan sedikit teknik.

Autorun Eater

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Berbeza dengan GGreat USB AntiBody, Autorun Eater lebih berfungsi sebagai perlindungan kepada PC atau komputer anda daripada ancaman Autorun.inf atau virus bawaan thumbdrive ini. Autorun Eater tidak mempunya interface yang khusus dan hanya terpapar icon Autorun Eater dibahagian toolbar.

Selain daripada melindungi PC atau komputer daripada autorun.inf, Autorun Eater juga dilengkapi dengan fungi sampingan Registry Fix bagi membaiki masalah Task Manager, Registry Editor dan Folder Options. Autorun Eater menyediakan beberapa pilihan atau options seperti priority, removal method, sound dan pelbagai lagi pilihan lain yang boleh anda teroka. Tidak lupa, Autorun Eater berkemampuan menyimpan atau backup file Autorun.inf yang telah dibuang. Gambar di bawah menunjukkan setting atau options yang ada dan boleh anda pilih.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Gambar di bawah pula menunjukkan interface Autorun Eater apabila mengesan Autorun.inf yang mencurigakan dalam USB Flash Drive atau Thumbdrive anda. Walaubagaimanapun, konsep Autorun Eater masih sama seperti Naevius USB Antivirus 2.1 yang membuta tuli. Semua Autorun.inf akan dianggap sebagai ancaman walaupun Autorun.inf tersebut sebenarnya tidak mengandungi virus.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Panda USB Vaccine.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Fungsi Panda USB Vaccine ciptaan Panda Security terbahagi kepada Computer Vaccination dan USB Drive Vaccination. Computer Vaccination akan menyebabkan autorun atau autoplay untuk semua removable devices termasuk USB Flash Drive dan CD/DVD tidak akan berfungsi. Berbeza dengan Autorun Eater yang bertindak seperti auto protect, Computer Vaccination Panda ini akan mematikan sepenuhnya fungsi Autorun atau Autoplay dan secara tidak langsung ia menyebabkan virus tidak akan berpeluang memasuki sistem komputer secara automatik.

 

Konsep USB Drive Vaccination oleh Panda Security pula adalah sama seperti GGreat USB Antibody dan Naevius USB Antivirus 2.1. Cuma kaedah Panda USB Vaccine melindungi Autorun.inf pada pendapat saya adalah jauh lebih baik daripada GGreat USB Antibody dan Naevius USB Antivirus 2.1. Hal ini kerana Panda USB Vaccine melindungi Autorun.inf menggunakan FAT file system dan bukannya NTFS menyebabkan merubah isi kandungan Autorun.inf seperti ini adalah sangat sukar. Gambar di bawah menunjukkan USB Flash Drive atau Thumbdrive NTFS tidak dibenarkan menggunakan Panda USB Vaccine.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

Sebaik sahaja anda klik butang “Vaccinate USB”, dalam masa yang agak singkat gambar dibawah akan terpapar menandakan proses melindungi Autorun.inf telah berjaya sepenuhnya. Gambar tersebut juga menunjukkan kandungan USB Flash Drive atau Thumbdrive yang mana autorun_.inf adalah backup bagi autorun.inf yang asal.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

 

Attributes bagi file autorun.inf yang dihasilkan oleh Panda USB Vaccine ini adalah HX yang sememangnya memerlukan kemahiran yang sangat tinggi untuk dipecahkan. Berbeza dengan GGreat USB AntiBody (RHSA) dan Naevius USB Antivirus 2.1 (RA) yang merupakan attribute normal yang boleh dipecahkan dengan sedikit teknik mudah.

gambar Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2

 

Anda boleh download software atau perisian GGreat USB AntiBody, Autorun Eater dan Panda USB Vaccine ini di website rasmi mereka atau menggunakan khidmat Pak Cik Google atau link download Mediafire yang saya sediakan. Naevius USB Antivirus 2.1 tidak saya upload di sini memandangkan perisian atau software tersebut berbayar.

 

Link Download GGreat USB Antibody, Autorun Eater 2.5 dan Panda USB Vaccine 1.0.1.4. 

Link Mediafire: Download Here

Sekian.. Selamat Mencuba.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

14 Responses to “Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2”

  1. syahrilhafiz says:

    dulu suka pakai autorun tu, sekarang tak dah
    avast sudah..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Akibat BERSIH 2.0 , Siapa Yang Merana?My Profile

    • Khidhir says:

      @syahrilhafiz,
      Avast ada fungsi protect autorun dalam pendrive ke? setahu saya dulu2 takde. tak tau la skrang ni. Cuma untuk protect PC daripada virus autorun tu ada la.

  2. Mus says:

    baguslah semua ni..
    pen drive sering saja kena virus
    Mus recently posted..Gambar Kantoi – Wayne Rooney Minum Laici KangMy Profile

  3. ohcikgu says:

    patutla pendrive kat sekolah ni banyak yang ternak virus..
    ohcikgu recently posted..(Video) Cerita sebenar tentang SuperMokh yang kita tak tahu..My Profile

  4. tehr says:

    thanks.
    dapat juga saya menambah koleksi polis pengawal
    hehe
    tehr recently posted..AmaranMy Profile

  5. titan says:

    kalau ada virus..aku format aje. Haha..
    titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2My Profile

    • Khidhir says:

      @titan,
      format pc or format pendrive? kalau sekali dua xpe. kena student or org yang slalu guna public comp, hari2 masuk virus. xde keje lain sy asik nak format je. penat tu..

  6. papabear says:

    adeh.. usb pun boleh sakit..
    papabear recently posted..Remembering Bersih 2.0My Profile

  7. Brain says:

    Antvirusyang bagus ini.

  8. sufian says:

    dulu guna ninja pendisk

    • Khidhir says:

      @sufian,
      yup. thanks ingatkan. Ninja pendisk pun salah satu yang best yg pernah sy gunakan. terlupa nak tulis. tapi sy suka pasal maskot dia cute.

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 4 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.
Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 2 10 out of 10 based on 74 ratings. 6 user reviews.