Installatron VS Fantastico. Yang Mana Terbaik?

Dalam artikel sebelum ini install wordpress menggunakan Fantastico dan install wordpress menggunakan Installatron, mungkin ada pertanyaan yang menyatakan yang mana satu lagi terbaik atau best? Dalam Pencarian yang terbaik, biasanya isu seperti ini boleh dikatakan sangat subjektif, iaitu bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang terbaik untuk saya mungkin tidak bermakna terbaik untuk anda. Rambut je sama hitam, tetapi citarasa lain-lain kan. Walaubagaimanapun, perbandingan ini adalah lebih kepada pendapat saya berdasarkan pengalaman saya menggunakan Installatron dan Fantastico sebagai installation script atau script-installer. Oleh sebab itu perbandingan ini tidak saya lakukan dengan installation script yang lain seperti Softaculous dan sebagainya.

Secara peribadi saya lebih menyukai Installatron. Antara sebab-sebab Installatron lebih baik ialah:

1. Update atau kemaskini aplikasi yang lebih pantas.

Mengikut Installatron, mereka akan terus update apabila ada versi baru dilancarkan. Keutamaan diberikan kepada update keselamatan dan kritikal serta aplikasi yang lebih popular. Saya telah melihat sendiri versi WordPress yang terbaru dalam Installatron sebaik sahaja versi tersebut dilancarkan oleh WordPress.

2. Testing oleh Installatron

Installatron telah diuji lebih dari seratus konfigurasi server seperti Linux, FreeBSD dan Windows dengan atau tanpa suphp di VPS systems. Installatron juga mampu beroperasi bersama RVSkin Cpanel theme.

3. Tiada Penyelenggaraan Server atau Maintenanace

Tiada maintenance bukan bermaksud tiada penyelengaraan dilakukan, cuma ia bermaksud Installatron menjanjikan yang mereka tidak akan down untuk proses maintenance oleh kerana proses setiap aplikasi installer dan upgrade di dowload secara automatik setiap malam menggunakan “crontab” proses.

4. Install dimana jua yang anda suka

Seperti yang anda lihat dalam artikel saya sebelum ini, Install WordPress Menggunakan Installatron pada langkah pertama, Installatron membenarkan anda untuk install aplikasi di mana jua dalam HTTP atau HTTPS direktori termasuk domain, subdomain atau addon-domain. Samada “root directory” atau sub “direcotry”. Dalam direktori HTTP yang dilindungi password pun boleh.

5. Mencari Aplikasi yang sesuai.

Pengguna boleh mencari aplikasi web dengan mudah. Maklumat tentang setiap aplikasi diberikan kepada pengguna termasuk link ke website, dokumen, online demo, Forum, FAQ dan sebagainya

6. Application Manager

Installatron mengandungi Applications Manager. Pengguna boleh melihat aplikasi yang telah mereka install, link ke website, melihat file dan database. Aplikasi yang telah dimasukkan atau installed boleh anda upgrade, backup dan uninstalled.

7. Backup dan Restore

Pengguna boleh backup dan restore pada bila-bila masa.

8. Notis Versi Terbaru

Pengguna akan mendapat email sekiranya terdapat update terbaru aplikasi yang mereka telah installed.

9. Upgrade ke versi terbaru.

Installatron seperti Fantastico membenarkan aplikasi yang telah dimasukkan atau installed upgrade kepada versi terbaru. Installatron memberikan kelebihan untuk membuat backup sebelum proses upgrade dijalankan.

10. Uninstall dengan selamat

Setiap aplikasi yang anda ingin uninstalled, anda boleh buang aplikasi tersebut menggunakan uninstall wizard. Uninstall wizard memastikan hanya aplikasi dan database yang betul untuk dibuang. Jika maklumat ini gagal diperoleh secara automatik, pengguna dibenarkan untuk membuat pilihan maklumat yang ingin dibuang.

 

Screenshot vote atau undian yang dilakukan oleh website lain:

Softaculous VS Fantastico

Installatron VS Fantastico VS Lain-lain

Sekian..

17 Replies to “Installatron VS Fantastico. Yang Mana Terbaik?”

    1. @papabear, Hosting yang saya sewa pun sudah ganti dari Fantastico kepada Softaculous. Saya install WordPress guna Softaculous yanng bagusnya kalau ada WordPress version baru dapat e-mail untuk update.

    1. @ray ban malaysia,
      Sy tak pernah try Softaculous. Setakat ni Instllatron pun da kira laju update. So kira da cukup memuaskan hati kot.. Ada kesempatan pasni boleh cuba Softaculous lak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *