Cara mudah install Ubuntu 10.04 dalam thumbdrive

 

Install Ubuntu di dalam usb sebenarnya mudah sahaja. Masa yang diperuntukkan juga tidak sampai beberapa minit. Cara ini bukan sahaja boleh digunakan untuk install OS Ubuntu di dalam thumbdrive, malah hampir semua Linux distribution boleh menggunakan cara ini seperti Xubuntu, Kubuntu, Linux Mint, Crunchbang, Ophcrack, Backtrack, Knoppix, Gentoo, xPUD, DSL, EasyPeasy, SLAX dan sebagainya.

Kenapa perlu install dalam thumbdrive? Bergantung kepada individu itu sendiri. Sesetengah manusia tidak suka untuk install Linux di dalam PC mereka mungkin kerana sedikit cabaran dalam dual boot system atau mungkin inginkan kemudahan untuk membawa OS mereka kemana jua mereka pergi. Kenapa tidak gunakan CD? CD lebih murah, tetapi bagi mereka yang mementingkan kepantasan, USB dapat memenuhi kehendak jiwa manusia-manusia seperti  ini.

Saya akan gunakan Ubuntu sebagai contoh. :

1. Download Ubuntu di website ini: http://www.ubuntu.com/

2. Download: Universal USB Installer

3. Run program Universal USB Installer

Step 1: Pilih versi linux anda. Dalam contoh ini menggunakan Ubuntu 10.04 Desktop i386

Step 2: Browse ISO file yang anda download dari website Ubuntu pada langkah 1 tadi.

Step 3: Pilih USB yang anda ingin install Linux. Tandakan kotak disebelahnya jika anda ingin format USB tersebut bagi memastikan “clean install"

Step 4: Pilih kapasiti USB yang anda ingin jadikan ia sebagai “persistance”. Ini adalah optional. Biarkan kosong pun boleh jugak.

4. Klik Create

5. Tunggu dan teruskan menunggu.

6. Selesai. Anda boleh cuba boot menggunakan USB anda. Jangan lupa set kan bios untuk read USB anda terlebih dahulu sebelum hard disk.

Screenshot Ubuntu 10.04:

Mudah bukan..Selamat Mencuba…

16 Replies to “Cara mudah install Ubuntu 10.04 dalam thumbdrive”

  1. Satu lagi sebab mengapa Ubuntu lebih mesra pengguna. Teknologi ini juga dah lama dipraktikkan oleh komuniti linux (trmasuk ubuntu) sblum komuniti windows menikmatinya.

    Linux mendahului teknologi in every aspect microsoft can only imagine.

    Nice entry.

    P.S – Teknologi livecd dicipta oleh Klaus Knopper (pengasas Knoppix Linux).

    1. @SyahDila,
      Yup..Dan mengikut pemerhatian saya, pembangunan Universal USB Installer ni sgt pantas dan up to date dengan byk distro.

    1. @Anne Boleyn,
      Bodek ye..hehe..thanks..
      Xdela expert sgt, tapi boleh la sekadarnya utk b’kongsi ilmu b’tujuan utk meningkatkan lagi kesedaran msyaratkat dlm kepentingan dan kemampuan dunia IT
      Sbnrnya pun sy bukan pelajar IT, sy pelajar Comp Engineering mostly lebih dicenderungkan kpd pembangunan processor,low level programming dan sewaktu dgnnya..
      😉

    1. @aleh,
      boleh cuba..kalau ada apa2 yg tak faham, comment je kat sini..saya akan cuba utk m’bantu sedaya mungkin..

    1. @Paksu-IT,
      yup..memang sronok..kadang2 bosan gak ngan window..hehe..
      G pun senang guna Linux atas USB, speed dia pantas gak..

    1. @ST,
      yup..mmg best..ikut peredaran zaman la katakan..haha..lagi pantas..
      boleh cuba, ada apa2 problem,tinggalkan je comment k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *