Khidhir dot Com

Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1





2,003 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

Artikel kali ini akan memberi contoh atau tutorial tentang cara install Fedora dual boot bersama Windows. Dalam erti kata lain, cara atau kaedah ini juga boleh digunakan untuk Install Fedora sahaja atau multiple boot Fedora bersama dengan OS lain. Jika sebelum ini saya pernah tulis tentang 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot bersama Windows di PC, kaedah tersebut menggunakan Wubi yang mana sangat mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, Wubi tidak boleh digunakan untuk install Fedora. Maka kali ini saya akan tunjukkan cara atau langkah Install Fedora menggunakan cara manual yang mana sama konsep atau kaedahnya denga Distro Linux yang lain seperti Ubuntu dan sebagainya. Bermaksud, anda juga boleh gunakan kaedah ini sebagai asas panduan jika anda ingin install Distro Linux yang lain atau Fedora versi lain. Dalam bahagian 1, saya akan memberikan sedikit pengenalan tentang Fedora juga perbezaan Ubuntu dan Fedora, menjelaskan keperluan spesifikasi hardware yang diperlukan bagi proses pemasangan dan langkah permulaan proses pemasangan atau install Fedora.

Secara ringkas, Fedora ialah salah satu distro Linux yang terkenal selain Ubuntu yang dulunya dikenali dengan nama Fedora Core. Fedora dibangunkan oleh komuniti Fedora Project dan ditaja oleh Red Hat. Seperti Ubuntu, Fedora juga menggunakan GNOME desktop dan terdapat juga untuk KDE dan Xface4 (Ubuntu telah memisahkannya menyebabkan wujudnya Kubuntu dan Xubuntu). Perlu saya ingatkan, tidak seperti Ubuntu, Fedora bukan disasarkan kepada “home user”. Ia lebih kepada pembangun (developer) bagi mendalami Linux dan lapang sasar RHEL. Hal ini kerana Fedora dan Ubuntu mempunyai matlamat yang berbeza. Matlamat Fedora adalah untuk meghasilkan Linux-based OS yang terbaru dalam FOSS (Free and Open Source Software) manakala Ubuntu adalah untuk menghasilkan sumber terbuka (open source) alternatif kepada Windows dan Office.

Sebelum kita memulakan proses memasang atau install Fedora, kita lihat dulu keperluan hardware computer yang diperlukan bagi Fedora 14.


  • 400 MHz Pentium Pro atau yang lebih baik (AMD, Cyrix, dan VIA processors pun boleh)
  • Minimum 512 MB memory (RAM), 1 GB adalah digalakkan
  • 10 GB Disk Space

Berbalik kepada isu utama untuk Install Fedora dual boot bersama Windows, dalam contoh kali ini, saya menggunakan Fedora 14 (yang terkini semasa artikel ini ditulis) dan memulakan dengan anggapan bahawa windows telah dipasang di dalam computer atau PC anda.

 

1. Bagi memudahkan proses dual boot ketika installation dan dimasa akan datang, anda digalakkan untuk menyediakan satu partition kosong untuk dijadikan tempat pemasangan atau installation Fedora.

2. Download iso Fedora daripada web Fedora Project. Burn file iso tersebut dalam CD.

3. Restart. Jangan lupa pastikan dalam bios, CD adalah yang pertama dalam “priority boot order”. Masukkan CD dan boot CD tersebut, klik Install

4. Anda akan dipaparkan dengan gambar seperti di bawah. RAM di bawah 512 MB akan gagal memaparkan gambar berikut. Klik “Next”.

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

2. Seterusnya adalah penetapan keyboard layout. Kebanyakan dari kita menggunakan “U.S. English”.

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

3. Seterusnya ialah devices yang terlibat dalam proses pemasangan. Pilih “Basic Storage Devices”

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

4. Sekarang anda dibenarkan untuk memilih nama bag PC atau computer anda. Nama tersebut juga akan digunakan bagi PC anda ketika berada dalam network. Letak ikut suka.

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

5. Tetapkan zon tempat tinggal anda bagi memudakan penetapan masa.

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

6. Langkah seterusnya adalah sangat mudah tetapi sangat penting iaitu root password. Root adalah account yang digunakan dalam Linux sama fungsi seperti account Administrator dalam Windows. Malah pada saya lebih penting lagi. Jadi tetapkan password dan pastikan anda ingat password tersebut bagi mengelakkan kesusahan di masa akan datang.

gambar Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1

7. Seterusnya anda akan dipaparkan dengan jenis pemasangan atau install. Saya akan sambung dalam bahagian ke 2. Bahagian ke 2 adalah sangat penting dan memerlukan anda sangat berhati-hati kerana melibatkan hard disk dan data.

Sekian untuk bahagian 1.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

9 Responses to “Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1”

  1. MDHAFiZ.NET says:

    nice info bro.. keep it up.. :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Thank You AllahThank You Maher ZainMy Profile

  2. Ismail N says:

    Honestly, beku otak aku bila baca entri ni.. he he. banyak yang tak paham. Dah lama kawe tak godek-godek komputer mcm time bujang dulu. :D
    Still, thanks for sharing bro. Maybe next time kalau ada kamus komputer diatas meja, boleh faham dengan lebih baik lagi.

    • Khidhir says:

      @Ismail N,
      Ni baru pengenalan bro. Bahagian 2 tambah susah lagi. xpe2. Pelan2 baca. Nanti saya cuba tulis semudah mungkin..

  3. zik says:

    kalau ram 1 gb.. lepas tak nie???
    zik recently posted..Hentian Pudu Raya dibuka 16 April 2011!!!- Terminal Bas Bukit JalilMy Profile

  4. syahrilhafiz says:

    cayalah lu.
    nice tutor beb, tapi tutor kalau buat bab2 sakit kot.
    elok buat sekali terus..pendapat aku le..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Photoshop Source of the Day- Professional Business Card untuk Korang!My Profile

    • Khidhir says:

      @syahrilhafiz,
      TQ. Ada terfikir gak nak wat sekali terus, tapi nampak panjang sgt. Secara psikologi nye takut org jadi malas nak cuba lak. Tapi camne pun, ak cuba link kan setiap tutorial tu. So xde masalah nak cari sambungannnya. 1 klik je. Hopefully dapat membantu.

  5. Fasrah says:

    sAya nak tanya cm mana nak buat partition bagi fedora…? :)

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 4 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

cara install fedora dual boot, cara instal fedora dual boot, keperluan fedora, cara install fedora dualboot, cara buat bootable linux fedora 14, install fedora 18 dengan win7, install fedora dan windows 7 dalam 1 pc, install fedora di windows 7, langkah pemasanga network, pasang fedora 18 dualboot, fedora bersama windows 8, cara nak install fedora 18 dual boot, cara menginstal fedora 14 pada windows 7 (dual boot), cara install fedora duall boot, Cara Install fedora Dual boot dengan windows xp
Install Fedora Dual Boot Bersama Windows – Bahagian 1 10 out of 10 based on 73 ratings. 16 user reviews.