Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86

Android adalah operating system, middleware dan key application yang digunakan untuk menjalankan aplikasi dalam handphone anda. Kebanyakan daripada kita sememangnya telah sedar akan kewujudan Android ini. Selain daripada dalam handphone, Android juga boleh dijalankan di dalam PC. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan membawa kepada anda tentang langkah pemasangan atau tutorial installation Android dalam PC anda menggunakan perisian Android-x86. Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi setting yang digunakan untuk pemasangan Android di atas platform VMware.

 

Langkah Proses Install Android

1. Download iso di sini. Burn dalam CD atau gunakan perisian unetbootin untuk cara install dalam USB. Dalam contoh ini saya gunakan Stable Release android-x86-2.2-r2-eeepc

2. Boot CD atau USB

3. Pilih “Installation – Install Android-x86 to harddisk”

4. Pilih Create/Modify Partitions

5. Pilih partition yang anda ingini dan tekan enter pada perkataan New

 

6. Pilih Primary dan tetapkan size yang anda ingini

7. Pastikan anda tekan enter pada Bootable

8. Pilih Write. Taip perkataan Yes untuk warning yang diberikan dan klik Enter

9. Pilih Quit

10. Anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah. Pilih Disk yang anda baru hasilkan tadi dan tekan Enter

11. Pilih ext3 tekan enter. Klik OK untuk confirmation

12. Pilih Yes untuk install Boot Loader GRUB

13. Pilih No untuk install system directory read – write

14. Pilih Create a fake SD card

15. Masukkan size yang anda inginkan untuk SD card anda.

16. Jika anda berjaya, paparan dibawah akan terhasil. Klik Reboot.

17. Anda akan dipaparkan dengan menu Grub. Pilih Android-x86 2.2.2

18. Selamat Datang Android ke PC Anda.

 

Install di atas platform VMware

Jika anda ingin install di atas VMware, saya menggunakan setting seperti berikut:

Guest Operating System  = Linux

Version = Other Linux 2.6.x kernel

Memory = 512MB

Hard Disk = IDE 1.5GB

SCSI Adapter =  LSI Logic

Sound Card = Auto Detect

Display = Auto Detect

 

Ya. anda boleh menggunakan mengubah setting tersebut mengikut kemahuan anda seperti saiz hard disk, memory dan sebagainya. Setting tersebut hanya sebagai contoh yang telah berjaya digunakan oleh saya semasa proses install di atas platform VMware. Walaubagaimanapun adalah sangat penting untuk anda memastikan disk type ialah IDE kerana kernel Android x86 tidak support SCSI

 

Antara input device yang boleh anda gunakan:

Mouse – Left Click, Right Click, Scroll dan sebebasnya

Enter – Klik / Confirm

Windows key – Home

Menu key (Sebelah Alt kanan) – Menu Application

Esc – Back

Karakter / Huruf – Tulis

Dan lain-lain key lagi untuk anda cuba sendiri

 

Walaubagaimanapun, perlu saya ingatkan, sememangnya install di atas komputer tidak akan sama seperti Android di dalam handphone anda. Ada kemungkinan beberapa fungsi seperti kamera akan menghadapi masalah untuk digunakan. Hal ini sangat bergantung kepada hardware komputer yang anda gunakan. Jika anda install Android ini di atas platform VMware, anda boleh cuba untuk mengubah setting device yang bermasalah dalam VMware mengikut hardware anda secara manual bagi menghubungkan device tersebut dengan VMware. Untuk list supported hardware, boleh rujuk di sini.

Jika anda ingin mencuba android di dalam handphone tetapi kurang berkemampuan atau mempunyai bajet yang rendah, anda boleh baca artikel ini

 

Khidhir dot Com tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan data daripada tindakan anda. Backup adalah perkara asas yang sangat penting. Use at your own risk

Sekian. Selamat Mencuba..

20 Replies to “Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86”

  1. Saya nampak pada masa akan datang pc, tablet, laptop dan netbook hanya perlu ada software asas untuk akses Cloud. Aplikasi seperti Word, Excel dan sebagainya tidak perlu dipasang kepada hard disk kerana ia semuan ada di Cloud.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *