Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone

1Malaysia TV merupakan IPTV (Internet Protocol Television) atau Internet based TV yang sebenarnya disasarkan pada golongan muda. Hal ini bermaksud, anda boleh mengakses 1Malaysia TV dimana jua selagi mana terdapat sambungan internet. 1Malaysia TV dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak beberapa hari yang lepas. 1Malaysia TV dimiliki  oleh 1Media IPTV Sdn. Bhd dan aplikasi 1MalaysiaTV dibangunkan oleh Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. Terdapat banyak rancangan atau saluran yang disediakan dalam 1Malaysia TV. Artikel kali ini akan membantu anda untuk cara pemasangan atau install 1Malaysia TV dalam handphone Android, Blackberry atau iPhone juga bagaimana anda boleh mengakses 1Malaysia TV melalui PC dengan menggunakan web browser. Selain daripada itu, artikel ini turut meletakkan senarai terkini saluran atau rancangan yang terdapat dalam 1Malaysia TV ketika artikel ini ditulis.

Sebelum saya mulakan dengan installation atau cara pemasangan 1Malaysia TV dalam handphone anda, adalah penting untuk saya maklumkan spesifikasi handphone atau device yang diperlukan bagi menjayakan pemasangan atau installation ini.

Apple : iphone 3GS dan keatas, iOS 4.3 dan keatas

Blackberry : Blackberry OS version 5 dan 6 (version 7 dalam pembangunan)

Android : Android version 2.3 dan keatas (juga bergantung kepada model dan jenis Android device)

Cara Install atau Pemasangan 1MalaysiaTV:

1. Buka web browser melalui handphone atau device anda

2. Pergi ke website 1malaysiaIPTV

3. Klik “Get 1MalaysiaTV”

4. Pilih bergantung kepada jenis operating system device atau handphone anda.

  • App Store untuk iphone atau Apple device
  • Android Market untuk Android handphone atau Android device
  • Blackberry App World untuk Blackberry handphone

5. Download Installer dan install seperti biasa dalam handphone atau device anda.

Sebagai contoh, jika anda pilih Android Market untuk download kepada Android handphone anda, anda akan dapat 1 file android.apk. Klik pada file apk yang telah anda download untuk memulakan proses pemasangan atau installation.

Saya Tiada Handphone Android, Blackberry atau Apple iPhone. Bolehkah saya menonton 1Malaysia TV ?

Boleh. Buka web browser PC anda, dan pergi ke website 1MyTV.

Selesai. Selamat Menonton.

Ambil perhatian, aplikasi 1MalaysiaTV seperti streaming tv atau video yang lain, memerlukan sedikit masa untuk buffering bergantung kepada kelajuan internet anda. Jika anda mendapati “blank screen” semasa memulakan aplikasi 1MalaysiaTV, sila tunggu sebentar untuk memberi ruang kepada proses buffering. Biasanya proses tersebut tidak akan melebihi 30 saat.

Proses installation ini telah diuji oleh saya sendiri di atas platform Android 2.3.4 menggunakan Sony Xperia Mini Pro SK17i. Jika anda terasa berminat untuk mendapatkan handphone android murah, anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini.

Senarai Rancangan atau Saluran 1Malaysia TV

  • RTM TV1
  • RTM TV2
  • TV3
  • TV Alhijrah
  • MyTV
  • CCTV1
  • E-Korea TV
  • ERAMA Teevee
  • D TV (Documentary Television)
  • KL POP Radio
  • ERama Radio

Dijangka Akan Datang

  • Pelangi TV
  • TV 9
  • BERNAMA
  • U Mobile TV
  • KBS WORLD TV
  • AL Arabiya
  • NHK WORLD
  • CCTV4
  • TV SKM
  • Hasil TV
  • TAMIL TV
  • Klassik TV
  • Karaoke TV
  • Your TV
  • CCTV2
  • CCTV9

Sekian, Selamat Mencuba.

37 Replies to “Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone”

    1. Kalau tv ni rasanya ikut remaja tu gak la. kalau dia bukak e-korea, mmg korea la. Kalau bukak al-hijrah tu, nampak la sikit harapan untuk terbangun peribadi mereka. 🙂

    1. Err.. jangan la rasa terpinggir lak Lazaac. nokia mahal tu. Still boleh tengok kan. Cuma pakai web browser kat PC la. Kalau guna web browser kat phone nokia tu tak pasti lak. Lazaac cuba, kalau boleh, share sama-sama.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *