Khidhir dot Com

Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone





1,918 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone

1Malaysia TV merupakan IPTV (Internet Protocol Television) atau Internet based TV yang sebenarnya disasarkan pada golongan muda. Hal ini bermaksud, anda boleh mengakses 1Malaysia TV dimana jua selagi mana terdapat sambungan internet. 1Malaysia TV dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak beberapa hari yang lepas. 1Malaysia TV dimiliki  oleh 1Media IPTV Sdn. Bhd dan aplikasi 1MalaysiaTV dibangunkan oleh Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. Terdapat banyak rancangan atau saluran yang disediakan dalam 1Malaysia TV. Artikel kali ini akan membantu anda untuk cara pemasangan atau install 1Malaysia TV dalam handphone Android, Blackberry atau iPhone juga bagaimana anda boleh mengakses 1Malaysia TV melalui PC dengan menggunakan web browser. Selain daripada itu, artikel ini turut meletakkan senarai terkini saluran atau rancangan yang terdapat dalam 1Malaysia TV ketika artikel ini ditulis.

Sebelum saya mulakan dengan installation atau cara pemasangan 1Malaysia TV dalam handphone anda, adalah penting untuk saya maklumkan spesifikasi handphone atau device yang diperlukan bagi menjayakan pemasangan atau installation ini.

Apple : iphone 3GS dan keatas, iOS 4.3 dan keatas

Blackberry : Blackberry OS version 5 dan 6 (version 7 dalam pembangunan)

Android : Android version 2.3 dan keatas (juga bergantung kepada model dan jenis Android device)

Cara Install atau Pemasangan 1MalaysiaTV:

1. Buka web browser melalui handphone atau device anda

2. Pergi ke website 1malaysiaIPTV

3. Klik “Get 1MalaysiaTV”

4. Pilih bergantung kepada jenis operating system device atau handphone anda.

  • App Store untuk iphone atau Apple device
  • Android Market untuk Android handphone atau Android device
  • Blackberry App World untuk Blackberry handphone

5. Download Installer dan install seperti biasa dalam handphone atau device anda.

Sebagai contoh, jika anda pilih Android Market untuk download kepada Android handphone anda, anda akan dapat 1 file android.apk. Klik pada file apk yang telah anda download untuk memulakan proses pemasangan atau installation.

Saya Tiada Handphone Android, Blackberry atau Apple iPhone. Bolehkah saya menonton 1Malaysia TV ?

Boleh. Buka web browser PC anda, dan pergi ke website 1MyTV.

Selesai. Selamat Menonton.

Ambil perhatian, aplikasi 1MalaysiaTV seperti streaming tv atau video yang lain, memerlukan sedikit masa untuk buffering bergantung kepada kelajuan internet anda. Jika anda mendapati “blank screen” semasa memulakan aplikasi 1MalaysiaTV, sila tunggu sebentar untuk memberi ruang kepada proses buffering. Biasanya proses tersebut tidak akan melebihi 30 saat.


Proses installation ini telah diuji oleh saya sendiri di atas platform Android 2.3.4 menggunakan Sony Xperia Mini Pro SK17i. Jika anda terasa berminat untuk mendapatkan handphone android murah, anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini.

Senarai Rancangan atau Saluran 1Malaysia TV

  • RTM TV1
  • RTM TV2
  • TV3
  • TV Alhijrah
  • MyTV
  • CCTV1
  • E-Korea TV
  • ERAMA Teevee
  • D TV (Documentary Television)
  • KL POP Radio
  • ERama Radio

Dijangka Akan Datang

  • Pelangi TV
  • TV 9
  • BERNAMA
  • U Mobile TV
  • KBS WORLD TV
  • AL Arabiya
  • NHK WORLD
  • CCTV4
  • TV SKM
  • Hasil TV
  • TAMIL TV
  • Klassik TV
  • Karaoke TV
  • Your TV
  • CCTV2
  • CCTV9

Sekian, Selamat Mencuba.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

36 Responses to “Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone”

  1. zik says:

    banyak channel dah nih.. fuhh untuk yang akan datang pun lagilah…
    zik recently posted..Keputusan terkini Persebaya VS Kelantan (unity cup) 28 december 2011My Profile

  2. wandisini says:

    menarik ni. aku akan mencubanya. kalau tak berjaya aku refer sini balik boleh kan?
    wandisini recently posted..Kelakuan Teruna dan Dara Atas MotorMy Profile

  3. alieza dayasari says:

    tgh try ni…
    kena guna internet tak?

  4. akubiomed says:

    Sudah menjadi TV bergerak. :-)
    akubiomed recently posted..PopCorn meletup didalam kualiMy Profile

  5. suri says:

    wah semkin hebat cuma di jair sahaja heeee

  6. suri says:

    hati-hati sambil memandu kereta jgn cuba menonton tv 1 malaysia heee

  7. tehr says:

    harap2 rancangan yang disiarkan dapat membangun peribadi remaja dan semua

    • Khidhir says:

      Kalau tv ni rasanya ikut remaja tu gak la. kalau dia bukak e-korea, mmg korea la. Kalau bukak al-hijrah tu, nampak la sikit harapan untuk terbangun peribadi mereka. :)

  8. lazaac says:

    untung ler, kwn pakai nokia jer, mmg xdpt nak merasa…
    lazaac recently posted..Muat Turun Torrent Mudah Dengan TorrificMy Profile

    • Khidhir says:

      Err.. jangan la rasa terpinggir lak Lazaac. nokia mahal tu. Still boleh tengok kan. Cuma pakai web browser kat PC la. Kalau guna web browser kat phone nokia tu tak pasti lak. Lazaac cuba, kalau boleh, share sama-sama.. :)

  9. B3njy says:

    jelosnya aku tengok tu sebab tak der smart phone lagi ni :(
    nak harap menang kontest denaihati untuk smart phone rasanay hanya angan2 jee :(
    B3njy recently posted..ADAKAH KITA LEBIH DARIPADA SEMALAMMy Profile

  10. titan says:

    biarlah. selagi tak beli..selagi tu la aku malas nak ambil port bab android ni. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 3 dari AdvertletsMy Profile

    • Khidhir says:

      Hutang ptptn da settle kan titan. Lepas ni mesti ada duit lebih ye tak. Ada rezki nanti, boleh la beli. Pastu datang baca semula ye.

  11. is150 says:

    Saya dah install, dan memang menarik… dapat gak tonton iklan-iklan bahasa Melayu di negara orang

  12. ohcikgu says:

    best ke benda nih??
    ohcikgu recently posted..Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.My Profile

  13. suzierahman says:

    wah best nyer..thx sharing.
    suzierahman recently posted..Nik Zaris Uqasha Senrose Nik SenMy Profile

  14. papabear says:

    Trying out on my iPad!

  15. nizarazu says:

    betul2.. dah test kt my samsung..memang clear ^^v
    nizarazu recently posted..Haiwan Pun Boleh Kenakan Manusia?My Profile

  16. Fakhruddin says:

    mmm…kempunan nak install android takde blacberyy xde,iphone pun xde…

    • Khidhir says:

      jangan sedih2. boleh tengok online kat web komputer gak kan. android sekarang da murah pun. link android murah pun sy da bagi

  17. Juan says:

    aku dah try software ni, memang best la, paling aku kagum ada rancangan tv3, hehehe
    Juan recently posted..Tutorial or How To Install Papago X5 Android MalaysiaMy Profile

  18. Jobless Girl says:

    Wow, macam best la.. Saya pun nak instal ni.

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 7 + 13 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

1malaysia tv, 1malaysia tv apk, nadia aqilah bajuri, tv 1 malaysia software, 1malaysia tv for android, 1malaysia tv apk download, handphone samsung android, 1 malaysia tv, 1malaysia tv android, tv 1malaysia android, tv 1 malaysia android, 1malaysiatv, 1malaysiaTV apk, software tv 1 malaysia, tv 1malaysia
Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone 10 out of 10 based on 54 ratings. 16 user reviews.