Khidhir dot Com

Handphone Android Murah


14,854 makhluk telah membaca artikel ini

Ketika ini, handphone yang menggunakan operating system Android menjadi pilihan ramai pengguna telefon bimbit. Berbagai model handphone Adroid dilancarkan oleh pelbagai jenis syarikat seperti htc, Samsung, LG, Motorola, Dell, Sony, Huawei, Motorola, Alcatel dan lain-lain lagi. Berikutan hal ini, lambakan handphone Android berada di pasaran. Pelbagai faktor perlu dinilai seperti jenis screen, kamera, ketahanan bateri selain keupayaan processor serta saiz rom dan ram. Walaubagaimanapun, performance sesebuah handphone kadang kala sangat berkait rapat dengan kos atau bajet seseorang pembeli. Biasanya, handphone yang mahal mempunyai keupayaan yang lebih bagus daripada yang murah. Namun bagi pembeli yang mempunyai bajet yang rendah dan mencari handphone Android yang murah, dalam artikel ini saya mencadangkan beberapa model yang boleh anda dapatkan dalam anggaran kos RM400 hingga RM600 ketika ini.

Samsung Galaxy Mini

Android 2.2 Froyo, 600MHz (MSM 7227-1), WiFi 802.11 (b/g/n), USB 2.0, 3.0MP FF Camera, GPS, FM Radio

Samsung Galaxy Fit

Spec Galaxy Fit lebih kurang dengan spec Galaxy Mini. Perbezaan ketara hanya pada saiz dan kualiti TFT display yang digunakan serta kamera Galaxt Fit adalah 5.0 MP AF. Maka jika anda sanggup mengurangkan kualiti serta saiz TFT display dan kamera, Samsung Galaxy mini dapat menyelematkan sedikit duit anda.

LG Optimus One

Android 2.2 Froyo, 600 MHz ARM 11 processor, 512 MB RAM, 3G HSDPA, Wifi, USB v2.0, Camera 3.0 MP, A-GPS, 3.2” Capacitive touchscreen.

Apa yang saya rasa sedikit kelebihan pada Optimus One adalah kuantiti supported file type yang ada pada Optimus one untuk video dan audio. Untuk Video DivX/Xvid/MP4/H.264/H.263/WMV  dan bagi audio MP3/WAV/WMA/eAAC

HTC Wildfire

Android 2.1 Eclair (boleh upgrade ke 2.2 Froyo), 528 MHz ARM 11 processor, 3.2” touch sensitive screen, 5 MP camera dengan Flash, ROM 512 MB, RAM: 384 MB, FM Radio, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Huawei Ideos X3

Android 2.3 Gingerbread, CPU 600MHz, RAM 256MB, ROM 512MB, TFT LCD, Wifi, Micro USB 2.0, GPS, 3.2MP FF camera, front camera.

Sony Xperia X8

Android 2.1 Eclair, 600 MHz ARM 11 processor, 168MB RAM, TFT capacitive touchscreen, 3.2MP Camera, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Samsung Galaxy Y GT-S5360

Samsung Galaxy Y S5360 menggunakan Android 2.3.5 Gingerbread secara default dan ketika update ini ditulis anda boleh upgrade kepada Android 2.3.6. Handphone Galaxy Y dilengkapi dengan 2.0 Mp Camera, Processor 832MHz, user memory sebanyak 160MB, 290MB RAM dan support microSD Card sehingga 32GB. Selain itu Samsung Galaxy Y juga mempunya FM Radio dan support Gps, Wifi, serta HSDPA 7.2Mbps.

Dengan harga yang lebih kurang dengan Sony Xperia X8, Samsung Galaxy Y adalah handphone Android yang lebih baru dan update. Namun begitu kualiti display Samsung Galaxy Y dengan 262K TFT dengan lebih kurang 133 ppi pixel density adalah lebih rendah daripada Sony Xperia X8. Kesannya display Samsung Galaxy Y dilihat kurang bermaya. Seperti Sony Xperia x8, internal storage atau User Memory Samsung Galaxy Y yang kecil boleh menghalang beberapa application Android untuk installed. Hal ini seterusnya memberi sedikit kekangan untuk pengguna Android menggunakan application yang tidak boleh dipindahkan kedalam SD Card.

Samsung Galaxy Y didatangkan dengan 5 pilihan warna casing belakang secara percuma dilihat mampu menarik minat pembeli. Dengan harga yang boleh digolongkan dalam golongan handphone Android yang murah berada di pasaran dan spesifikasi yang agak berbaloi dengan harganya, saya percaya Samsung Galaxy Y menjadi pilihan ramai pengguna Android.

Murah Sangat. Nak Mahal Sikit Ada?

Sony Xperia Mini Pro

Android 2.3 Gingerbread, 1GHz Scorpion processor, 512MB RAM, LED-backlit LCD, capacitive touchscreen, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi, A-GPS, 5MP Camera dengan LED Flash. Harga ketika ini boleh dapat dalam Anggaran RM700-RM800. Cuma saiz LCD display Xperia mini pro ini memang kecil. Jika anda tidak kisah untuk browse internet dengan skrin yang kecil, maka ia sangat sesuai dengan anda.

Sebagai peringatan, Xperia mini pro dan Xperia x10 mini pro adalah produk yang berlainan.

Selain daripada yang dinyatakan, anda juga boleh cuba Sony Ericsson X10 Xperia mini, Alcatel OT980, Huawei Boulder, Samsung Galaxy 5, Samsung Galaxy Apollo dan Motorola Charm. Handphone Android yang dinyatakan dalam artikel ini adalah antara handphone Android yang murah yang berada di pasaran Malaysia. Anda boleh cuba survey sendiri mana-mana handphone Android yang anda minati di pasaran bagi mendapatkan harga terkini serta mencuba sendiri handphone tersebut.

Sekali lagi diingatkan, selain daripada keupayaan processor dan saiz ROM atau RAM, anda digalakkan untuk meneliti jenis screen, kamera, ketahanan bateri dan kesesuaian model tersebut untuk mendapatkan custom ROM atau customized firmware jika anda seorang rooter. Bagi mendapatkan spesifikasi yang lebih detail bagi handphone Android yang dinyatakan di atas, anda boleh rujuk laman GSM Arena

Untuk makluman, Khidhir dot Com tidak mengambil sebarang keuntungan daripada mempromosikan handphone-handphone Android di atas. Anda bebas untuk memilih mana-mana handphone Android yang anda minati samada dinyatakan dalam artikel ini ataupun tidak dinyatakan. Anda sangat dialukan untuk meniggalkan komen bagi berkongsi harga pasaran semasa handphone Android di atas juga untuk menambah mana-mana lagi model handphone Android murah yang anda ketahui atau sebarang komen kebaikan atau kelemahan handphone Android tersebut jika anda telah pun menggunakannya.

 

Sekian..

Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

134 Responses to “Handphone Android Murah”

  1. wak says:

    Salam,

    Saya nak tanye tentang produk Huawei, saya tertarik dengan model Huawei U9000 Ideos X6 tapi produk ni saya tak penah dengar sebelum ni.
    Adakah ia berkualiti? Apa kelebihan dan kekurangan produk Huawei ni?

    • Khidhir says:

      Huawei u9000 ideos x6 dikenali juga dengan nama Huawei Ascend X. Model ni memang wujud di pasaran cuma jarang boleh kita jumpa sebab kurang terkenal.

      Model u9000 ni keluaran tahun 2011. Spec memang baik. 1GHz processor, 512MB RAM dengan 2GB ROM memang cukup memuaskan bagi android. Dilengkapi juga dengan 5mp camera dan front camera.

      Cuma Android yang digunakan adalah android 2.2 froyo. saya kurang pasti dengan official update bagi model u9000 ideos x6 ini. Dari segi kualiti, produk huawei setahu saya berada pada tahap yang baik. Huawei sendiri sebenarnya satu nama yang besar dalam bidang telecommunication. Tapi bagi handphone, huawei kurang terkenal mungkin kerana publisiti dan design. Disebabkan handphone huawei kurang terkenal, maka custom rom dan support di internet juga agak terhad.

  2. Wak says:

    Salam,

    On behalf kawan saya, dia nak tahu manakah lebih baik antara samsung galaxy SIII dengan HTC One X.
    Dan apa kelebihan & kekurangan kedua-dua hp ni.

    Time Kasih.

    • Khidhir says:

      Samsung I9300 Galaxy S3 jika dibandingkan dengan HTC One X sebenarnya kebanyakan spec lebih kurang sama.

      Kedua-duanya menggunakan 1GB RAM dengan processor Quad Core cuma HTC One X 1.5Ghz manakala Samsuung Galaxy S3 kurang sedikit iaitu 1.4Ghz. Internal memory HTC One X ada 32GB, tanpa micro sd slot. Samsung bergantung kepada pilihan anda. ada yang sama 32GB, 16GB atau 64GB disertakan dengan microsd slot.

      Dari segi android yang digunakan, kedua-dua phone samsung
      galaxy s3 dan htc one x menggunakan android 4 ice cream sandwich. Namun begitu, htc one x ada update kepada 4.1 jelly bean. Camera kedua-dua phone sama iaitu 8mp tapi front camera htc one x hanya 1.3mp jika dibandingkan dengan galaxy s3 1.9mp. Sebagai tambahan, htc one x menggunakan gorilla glass dan samsung galaxy s3 menggunakan gorilla glass 2

      Jika dibandingkan kedua-dua phone htc one x dan samsung galaxy s3, dari segi processor dan android memang htc one x lebih baik. malah htc memang terkenal dengan os android mereka yang mantap. cuma kekurangan disebabkan htc one x tiada slot untuk micro sd.

      Galaxy S3 mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi memory (bergantung yang anda beli) dengan micro sd slot. galaxy s3 juga mempunyai front camera yang lebih tinggi pixel. Dari segi user friendly, biasanya memang samsung lebih mahir.

      Maka terpulang kepada anda membuat pilihan. bergantung kepada anda jenis yang bagaimana. suka pada sistem yang laju dan stabil atau sistem yang user friendly dengan social spec yang lebih baik.

  3. aku ganteng says:

    jangan lupakan xperia tipo, sangat murah lho
    aku ganteng recently posted..Mito S500 harga dan spesifikasi, hape jam tangan keren 500 ribuanMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

Handphone murah, handphone android murah, HANDPHONE ANDROID, android murah, telefon murah, handphone android murah malaysia, gambar telefon samsung corby, handphone touchscreen murah, handphone, gambar handphone, telefon android murah, handphone touchscreen paling murah, handphone samsung murah, hp android murah, android murah malaysia
Handphone Android Murah 10 out of 10 based on 62 ratings. 8 user reviews.