Handphone Android Murah

Ketika ini, handphone yang menggunakan operating system Android menjadi pilihan ramai pengguna telefon bimbit. Berbagai model handphone Adroid dilancarkan oleh pelbagai jenis syarikat seperti htc, Samsung, LG, Motorola, Dell, Sony, Huawei, Motorola, Alcatel dan lain-lain lagi. Berikutan hal ini, lambakan handphone Android berada di pasaran. Pelbagai faktor perlu dinilai seperti jenis screen, kamera, ketahanan bateri selain keupayaan processor serta saiz rom dan ram. Walaubagaimanapun, performance sesebuah handphone kadang kala sangat berkait rapat dengan kos atau bajet seseorang pembeli. Biasanya, handphone yang mahal mempunyai keupayaan yang lebih bagus daripada yang murah. Namun bagi pembeli yang mempunyai bajet yang rendah dan mencari handphone Android yang murah, dalam artikel ini saya mencadangkan beberapa model yang boleh anda dapatkan dalam anggaran kos RM400 hingga RM600 ketika ini.

Samsung Galaxy Mini

Android 2.2 Froyo, 600MHz (MSM 7227-1), WiFi 802.11 (b/g/n), USB 2.0, 3.0MP FF Camera, GPS, FM Radio

Samsung Galaxy Fit

Spec Galaxy Fit lebih kurang dengan spec Galaxy Mini. Perbezaan ketara hanya pada saiz dan kualiti TFT display yang digunakan serta kamera Galaxt Fit adalah 5.0 MP AF. Maka jika anda sanggup mengurangkan kualiti serta saiz TFT display dan kamera, Samsung Galaxy mini dapat menyelematkan sedikit duit anda.

LG Optimus One

Android 2.2 Froyo, 600 MHz ARM 11 processor, 512 MB RAM, 3G HSDPA, Wifi, USB v2.0, Camera 3.0 MP, A-GPS, 3.2” Capacitive touchscreen.

Apa yang saya rasa sedikit kelebihan pada Optimus One adalah kuantiti supported file type yang ada pada Optimus one untuk video dan audio. Untuk Video DivX/Xvid/MP4/H.264/H.263/WMV  dan bagi audio MP3/WAV/WMA/eAAC

HTC Wildfire

Android 2.1 Eclair (boleh upgrade ke 2.2 Froyo), 528 MHz ARM 11 processor, 3.2” touch sensitive screen, 5 MP camera dengan Flash, ROM 512 MB, RAM: 384 MB, FM Radio, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Huawei Ideos X3

Android 2.3 Gingerbread, CPU 600MHz, RAM 256MB, ROM 512MB, TFT LCD, Wifi, Micro USB 2.0, GPS, 3.2MP FF camera, front camera.

Sony Xperia X8

Android 2.1 Eclair, 600 MHz ARM 11 processor, 168MB RAM, TFT capacitive touchscreen, 3.2MP Camera, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Samsung Galaxy Y GT-S5360

Samsung Galaxy Y S5360 menggunakan Android 2.3.5 Gingerbread secara default dan ketika update ini ditulis anda boleh upgrade kepada Android 2.3.6. Handphone Galaxy Y dilengkapi dengan 2.0 Mp Camera, Processor 832MHz, user memory sebanyak 160MB, 290MB RAM dan support microSD Card sehingga 32GB. Selain itu Samsung Galaxy Y juga mempunya FM Radio dan support Gps, Wifi, serta HSDPA 7.2Mbps.

Dengan harga yang lebih kurang dengan Sony Xperia X8, Samsung Galaxy Y adalah handphone Android yang lebih baru dan update. Namun begitu kualiti display Samsung Galaxy Y dengan 262K TFT dengan lebih kurang 133 ppi pixel density adalah lebih rendah daripada Sony Xperia X8. Kesannya display Samsung Galaxy Y dilihat kurang bermaya. Seperti Sony Xperia x8, internal storage atau User Memory Samsung Galaxy Y yang kecil boleh menghalang beberapa application Android untuk installed. Hal ini seterusnya memberi sedikit kekangan untuk pengguna Android menggunakan application yang tidak boleh dipindahkan kedalam SD Card.

Samsung Galaxy Y didatangkan dengan 5 pilihan warna casing belakang secara percuma dilihat mampu menarik minat pembeli. Dengan harga yang boleh digolongkan dalam golongan handphone Android yang murah berada di pasaran dan spesifikasi yang agak berbaloi dengan harganya, saya percaya Samsung Galaxy Y menjadi pilihan ramai pengguna Android.

Murah Sangat. Nak Mahal Sikit Ada?

Sony Xperia Mini Pro

Android 2.3 Gingerbread, 1GHz Scorpion processor, 512MB RAM, LED-backlit LCD, capacitive touchscreen, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi, A-GPS, 5MP Camera dengan LED Flash. Harga ketika ini boleh dapat dalam Anggaran RM700-RM800. Cuma saiz LCD display Xperia mini pro ini memang kecil. Jika anda tidak kisah untuk browse internet dengan skrin yang kecil, maka ia sangat sesuai dengan anda.

Sebagai peringatan, Xperia mini pro dan Xperia x10 mini pro adalah produk yang berlainan.

Selain daripada yang dinyatakan, anda juga boleh cuba Sony Ericsson X10 Xperia mini, Alcatel OT980, Huawei Boulder, Samsung Galaxy 5, Samsung Galaxy Apollo dan Motorola Charm. Handphone Android yang dinyatakan dalam artikel ini adalah antara handphone Android yang murah yang berada di pasaran Malaysia. Anda boleh cuba survey sendiri mana-mana handphone Android yang anda minati di pasaran bagi mendapatkan harga terkini serta mencuba sendiri handphone tersebut.

Sekali lagi diingatkan, selain daripada keupayaan processor dan saiz ROM atau RAM, anda digalakkan untuk meneliti jenis screen, kamera, ketahanan bateri dan kesesuaian model tersebut untuk mendapatkan custom ROM atau customized firmware jika anda seorang rooter. Bagi mendapatkan spesifikasi yang lebih detail bagi handphone Android yang dinyatakan di atas, anda boleh rujuk laman GSM Arena

Untuk makluman, Khidhir dot Com tidak mengambil sebarang keuntungan daripada mempromosikan handphone-handphone Android di atas. Anda bebas untuk memilih mana-mana handphone Android yang anda minati samada dinyatakan dalam artikel ini ataupun tidak dinyatakan. Anda sangat dialukan untuk meniggalkan komen bagi berkongsi harga pasaran semasa handphone Android di atas juga untuk menambah mana-mana lagi model handphone Android murah yang anda ketahui atau sebarang komen kebaikan atau kelemahan handphone Android tersebut jika anda telah pun menggunakannya.

 

Sekian..

134 Replies to “Handphone Android Murah”

    1. @nizamghazi,
      yup. samsung mmg cantik and user friendly. HTC pun smart gak cuma harga dia pun mmg sgt “smart”.
      Yup, tu mmg betul. GSM Arena tu kalau tgk semua boleh kompius nak beli mana satu.

    1. @Juan,
      harga ni laju sangat bertukar la. tak menentu. tu yg tak letak. takut kurang sesuai bila org baca lain kali. tapi semua yg dinyatakan tu ketika ini dalam lingkungan RM600 dan ke bawah kecuali xperia mini pro (rm710). kalau mini tu 499,fit 600,optimus one, ideos x3 dalam 500 lebih sikit, x8 tu dalam 400 lebih.

    1. @MR.Z,
      huawei byk produk dia. equipment telekom sebelum ni pun byk guna huawei. tp hp huawei tu, sy pun xpernah try. so xbrani nak ckap ok tak.
      dari segi spec mmg ok. kalau ada duit lebih, try tgk ideos x5 around 800. spec dia lagi mantap. camera 5mp, led flash, 800mhz processor, adreno 205 gpu, support flash 10.1. Cuma x5 android 2.2. Tapi rasanya boleh upgrade.

  1. hi khidhir…
    minta pendapat sikit..
    diperingkat usia 40-an, akak nak hp yg ada gps + wifi, price dlm rm500, yg mana bagus yea… xnak yg game, muzic melampau.. yg biasa2 jer… tq!

    1. @kak mus,
      hmm. kalau gps ngan wifi je requirement akak, byk model boleh kak.
      kalau akak minat android atau/dan cekap main2 ngan bnde2 dalam hp, galaxy mini (499), lg optimus one dan ideos x3 rm500 lebih sikit. xperia x8 (bawah 500) pun boleh. cuma xperia x8 android dia lama sikit. boleh upgrade ke 2.1. Biasanya pengguna Android suka gps papago. kena ‘lanun’ sikit

      Kalau akak suka yg bagus n system yg mudah dan stable (dah kurang minat main2 dgn hp), mmg nokia la jadi pilihan. sebab symbian (os nokia) mmg ok. Cuma nokia ni mahal sikit utk Wifi. Akak boleh try tgk nokia c5-03. Around rm500. maybe lebih sikit. GPS biasanya nokia guna Garmin.

        1. Banyak sebenarnya. nak sebut semua tak larat
          tapi antaranya xperia u. cuma xperia u tak ada sd card. kalau samsung macam galaxy w atau galaxy ace 2.

          kebanyakan phone android atau phone yang baru-baru ada di pasaran ni, memang boleh kata hampir semua ada 3g network. 3.5g sahaja ada model yang tak support. pendek kata kalau memang 3g network yang nana maksudkan, memang tiada masalah.

          Tapi kalau yang nana maksudkan tu video call, nana just kena focus pada phone yang ada secondary camera. sebab kebanyakan phone yang sediakan video call adalah phone yang ada secondary camera. phone dalam range harga 600-800 yang saya terfikir yang ada secondary camera macam yang saya sebut kat atas tu. Sony xperia u, Samsung galaxy w dan galaxy ace. Saya percaya ada banyak lagi model phone di pasaran, cuma harga semasa saya kurang dapat pastikan.

  2. boleh rekemen tak hp kamera yg best mcm N82 dulu ?

    coz ade bajet dlm rm500 n function utama nk adalah kamera yg best . tq

    1. sy xpernah guna n82.
      anyway, kita tolak android. nokia mmg best. kualiti kamera nokia pd sy mmg ok.
      Dalam bajet 500 mmg susah nak dapat byk pilihan kamera 5mp.
      Sy tertarik pd C5 dan X3.
      C5 bestnya ada 5mp camera, LED flash, s60. tp xde wifi.
      X3 bezanya xde flash. tp ada wifi, s40. design mmg cun.
      C5-03 pun best gak. lebih kurang cam C5. tp ada wifi. tp rasanya xde flash.
      Kesimpulannya cuba usha C5, C5-03 and X3. Tp kalau mmg kamera betul2 keutamaan, rasanya C5 mmg paling ok. Cuma design cam hp lama camtu.

    1. w8 official xde rasanya.
      kalau nak, kena guna rom gingerdx dari xda-developers.
      Tu pun sebenarnya yg ada untuk x8. Tp compatible gak dgn w8

      Latest gingerdx sekarang ni v019. tapi xpasti sesuai x dengan w8.
      Yg sy tau, dengar kata v012 ada org da try dengan w8 dan compatible.

      Tu yg sy tau. Sy pun x boleh nak confirmkan apa2 sebab sy xde hp w8.
      Untuk lebih lanjut, try usha forum xda-developers thread x8

    1. hmm. kalau tambah dalam rm20,30 lagi da boleh dapat yg baik. contohnya:
      kalau sony, cam sy ckap kat atas tu sony xperia mini pro.
      Kalau samsung, galaxy ace.
      Dua2 ni android. serba serbi ada termasuk wlan.
      kalau nokia, nokia c6. (Smartphone Symbian60 5th ed)

      Kalau nak lg murah dlm RM500, boleh dapat nokia c5. tp c5 ni xde wlan dan bukan touch screen tau.

      Semua yg sebut kat atas tu camera 5MP, flash dan support 3G. Kalau nak support video call, pilih nokia c5, c6 ngan sony

  3. bro, tumpang tny, samsung galaxy w kamera best x? tringin nk pakai android tp nk cri yang ada video call. budget dlm 800 lbh. ada cdgn x bro?

    1. 800 lbih jarang sy usha bro.
      samsung galaxy w sy or member2 sy xprnah guna. so real quality sy pun xtau. sample gambar pun cam xde lg.

      Tp based on review, nampak macam ok. xde masalah. 5mp blakang dgn flash, dpan vga kira ok la tu. tgk ROM pun 2GB, processor 1.4GHz, mmg da mantap tu bro.
      Kalau murah lagi, cam sy review kat atas tu, xperia mini pro. camera sama. cuma internal memory dia 420MB, n processor 1GB je.
      Tp kalau mmg ada duit lebih, galaxy w tu nampak pilihan yg baik gak.

      Anyway, nak ingatkan bro, wlaupun bajet 800 lebih, jgn lupa kira sekali bajet utk screen protector yg baik, casing, memory card semua.

  4. khidir,
    sy berminat dgn samsung galaxy s sbb budget pn utk rm1200 ke bawah je..
    mcmmn dgn screen protector,casing n memory cardnyer ok ke?
    sy ni jenis yg x suka sgt tukar2 hp,kalau blh nak pakai sampai dah x blh guna/rosak..tq

    1. memory card biasanya elok je yg ori tu. Tp kita pun biasa tukar nak lebih besar kan.
      Screen protector mmg kena beli lain la. ada quality yg baik punya utk screen protector. mahal sikit utk kualiti yg baik.
      Casing depan mantap. cuma casing belakang tu plastic. so senang calar sikit. tp senang pun x senang gak la. kalau jatuh atas jalan tar baru calar kot.
      Kelemahan galaxy s ni, dia xde flash. s2 baru ada flash.
      Tapi overall best la. ringan, usb dia pun tutup guna slide elok je.

  5. tp kalau tgk spesifikasi samsung w better than galaxy s kan?
    galaxy w ada flash..
    harga pn dlm rm1000 jer
    rsnyer mcm nak beli galaxy w je lah..:)

    1. betul. sy pun rasa camtu. dari segi spec sy rasa galaxy w xde kurangnya. 5mp ada flash. 1.4Ghz processor, 2GB rom. g pun baru kuar. Android dia pun da 2.3.5. Try la usha dulu. sy pun xprnah nmpak org guna galaxy w lg. kalau da try nanti, boleh share kalau ada weakness apa2. sbab kdang2 weakness ni mmh susah nak tau. mmg kena tanya org yg da prnah guna.

  6. Tumpang lalu, bro…

    Just nak minta cadangan…hp apa yang guna OS Android, dan yang paling penting leh wat video call, harga dalam area RM 600…coz, kalo x silap cam sony X8 tu ada front facing camera tp xleh wat video call,kan?..so..ada tak hp yg ada front facing kamera, guna Android dan leh wat video call,harga sekitar RM 600?

    Thanks a lot, bro… 🙂

    1. sony xperia x8 rasanya xde front camera pun bro. blakang je ada 3.2mp. sori, rm600 xprasan lak. kalau rm700 tu xperia mini pro da kira cun la utk android. boleh video call. kalau bukan android, nokia c5 atau c6 boleh video call

  7. salam,sy xtahu nak pilih yg mana..antara SE live walkman,SE xperia neo v,huawei x3..saya minat games,dgar lagu,suka hp ader radio,mp3,mp3 ringtones,bluetooth..tolongla saya?…

    1. Tiga-tiga model tiada masalah untuk bluetooth, mp3, radio dan sebagainya.games memang tiada masalah sebab tiga-tiga model pun android. download la sebanyak games mana yg Deena nak. Kalau antara se live walkman, se xperia neo v dan huawei ideos x3, mula-mula saya tolak huawei x3. sebab dari segi cpu (games lebih lancar) ideos x3 agak rendah (600Mhz)kalau nak banding dengan xperia neo dan live walkman (1Ghz). Kamera huawei x3 pun 3.2mp je. Xperia neo v dan live walkman 5mp. Tapi mmg harga ideos x3 lebih murah.

      Antara se live walkman dan se xperia neo v, xperia neo v dicipta lebih kepada display,video,HD dan sebangainya. live walkman lebih kepada music yang mana lebih bertepatan dengan kehendak Deena. Tapi dua-dua pun tiada masalah dengan display dan music. Kalau tak salah harga se live walkaman lebih murah daripada se xperia neo v.

      Kalau sy, sy ambik xperia neo v. Tapi kalau Deena, live walkman mungkin cadangan yg lebih bijak disebabkan minat Deena kepada muzik.

    1. Sebab harga handphone laju sangat berubah bergantung kpd demand. Sebagai contoh, dalam sebulan je dulu, galaxy mini boleh berubah range harga turun naik dari 430 – 550.
      Kalau Fauzi ada pertanyaan harga utk model yang Fauzi suka, boleh je comment dan tanya. Pembaca lain boleh jawabkan, atau sy sendri boleh tolong surveykan.
      Maka Fauzi boleh dapatkan harga yang betul mengikut pasaran semasa.

  8. 1. sy nk tanye top3 hp yg paling murah (harge skrg).. just nak wat my 2nd hp atau bg family…

    2. Hp mane yg ada 3G video call, gps, wiFi yg murah yg boleh dicadangkan (faktor lain xpenting sgt kot, atau yg ade kualiti camera mp)…

    sy pening skit~ android xpenah pakai donlod apae2 pun…

    1. 1. Kalau top 3 hp yg murah dari list di atas sony xperia x8 dalam area RM400, Huawei Ideos x3 dan Samsung Galaxy mini dalam area RM500.
      Tapi daripada Galaxy mini, boleh try tengok lagi satu model, samsung galaxy Y. Harga area RM500 gak, tapi processor 830MHz. Lagi laju dari mini (600Mhz). Internal memory 180MB. Cuma dia kurang RAM (290MB) daripada mini (384MB) dan kamera galaxy Y hanya 2mp.

      2. Wifi dan GPS tu semua biasa. Boleh dapat dari kebanyakan model di atas.
      Cuma kalau 3g untuk video call susah sikit nak yang murah. Sebab kebanyakan yang murah takde front camera. Yang boleh dan murah ialah Huawei Ideos x3. Tapi camera blakang dia 3mp je. Camera depan macam biasa standard vga. Kalau ada duit lebih sikit, boleh tengok Sony xperia mini pro. Harga almost RM800, camera blakang 5mp, processor 1MHZ.

      Jangan pening-pening. Android ada market. Apa nak download pun boleh. Yang lanun pun banyak kalau nak.

  9. saya nak tanya ok x handphone huawei vodafone 845?
    saya nak yang android, gps, wifi je..
    dan jenama huawei ini made in dari mana yerr ??
    bantulah saya.. please.

    1. huawei dari china.
      vodafone 845 murah memang murah. Tak nampak masalah dari segi gps dan wifi. 3mp camera.
      cuma nampak masalah sikit dari segi RAM 128MB tu agak kecil sebenarnya. Takut banyak application akan lag. default vodafone 845 adalah android 2.1 (eclair). Beberapa application perlukan at least android 2.2. Tak pasti ada update official atau custom rom android yg latest untuk model vodafone 845. Perlu diingatkan, touchscreen vodafone 845 adalah resistive.

      overall mungkin ada masalah dengan untuk running beberapa application yang memerlukan processing dan ram yang tinggi. mungkin akan menyebabkan sikit lag. Terpulang pada penggunaan Faez sendiri.

      Kalau tengok harga Vodafone 845 harga dalam RM350. So saya assume bajet Faez untuk handphone mungkin dalam range yang agak rendah. So, mungkin Faez boleh tengok Sony Xperia X8. Harga dalam RM400. Tetap Android 2.1. Tapi ada RAM lebih tinggi. Processor 600MHZ. Mungkin application lebih lancar. Touchscreen pun capacitive. Tengok size pun tak la besar sangat. Lebih kurang vodafone 845

  10. sy nk ty skit. sy nk beli hp br tp bajet skit ja. rm300 ke bawah. kalo boleh sy nk yg ada wifi, 3g utk video call dan kamera 3 mp. hp jenis mana eh?

    TQ 🙂

    1. Terus terang, RM300 ke bawah utk wifi dan 3g video call agak susah. video call perlukan front camera. biasanya hp yang ada front camera memang agak mahal. Setahu saya, memang tak ada kot. Kalau nick pernah jumpa, boleh bagi tau saya modelnya, nanti sy tengokkan kualitinya.

      Kalau hp cap macam BLUEberry, china quality dan seangkatan dengannya tu mungkin ada. Tapi sy memang tak berapa recommend untuk beli brand yang kurang diketahui prestasinya. Rosak, data hilang semua susah lak nanti.

        1. oh. ingat Nick cerita Android.

          Samsung s5620 guna os proprietary TouchWiz 2.0 Plus UI. Kalau jenis os proprietary macam ni tak banyak isu macam processor dan ram. So tak ada apa masalah sangat perlu Nick risaukan. Memang hardware yang ada tu biasanya cukup la untuk menampung spec phone tersebut.

          Ok je. Kalau Samsung s5620 tu 3.2mp kan. So dari segi kamera memang better Samsung s5620 dari Samsung Champ 3.5g (Samsung s3770) yang 2mp tu. Camera depan memang tak boleh nak expect banyak. 0.3 VGA tu memang kira ok la kot dengan harganya.

      1. sy br beli semlm samsung corby II. xleh video call,mcm khidhir ckp, nk video call kena bajet lebih..so sy beli corby II ja. so far ok x hp ni?ada yg komen2 negatif x? hehe

        1. aik, ingat nick nak beli samsung s5620 tu.

          Samsung corby 2 S support edge je. 3G mmg tak boleh. Secondary camera pun takde macamana nak video call.

          Setakat ni member yang guna samsung corby semua takde complain apa-apa.

          Untuk spec samsung corby 2 ni memang pada saya ok la dengan harganya. 2mp camera, guna OS touchwiz. Boleh multitasking application. Internal memory 26MB tapi micro sd boleh up sampai 16GB. FM radio. Ada wifi. Boleh la nak facebook, twitter, yahoo semua. Dengarnya support flash, java. adobe pdf pun tak ada masalah. Battery pun dengar cerita kalau normal usage boleh tahan 3,4 hari. Cuma maybe dia tak support full qwerty keyboard. Overall spec memang ok. Berbaloi dengan harganya.

          Takpe. Ada duit nanti boleh upgrade Android lak ye.
          Kalau Nick ada masa, boleh kongsi dengan pembaca lain harganya dan boleh la cerita sikit pengalaman bersama Samsung Corby 2. Saya pun tak ada samsung corby 2 ni. Dengar cerita member2 je. Anyway, selamat berseronok dengan phone baru

      2. sbb sy bajet kecik ja, tu xleh nk demand spec canggih2. so far sy beli corby 2 ni dgn harga rm320 sbb sy amik yg memory card 4g. kalo memory 2g leh dpt rm300. kedai yg sy beli ni bg waranty 1thn setgh. tu yg sy beli kedai dia,kedai laen suma bg waranty 1thn ja.hehehe. batery so far ok. tahan 3 ari walaupun sy dok dgr radio n lagu2, explore2. so far sy puas ati dgn corby 2 n berbaloi dgn harga. xleh nk expect tinggi sgt sbb hp harga mcm ni ja.

        rasanya samsung monte tu harga 4rts lebih kn? dh lari bajet sy, lgpn kedai ckp tu lama py.hehehe

        anyway, thanks a lot khidhir ats segala feedback n info. 🙂

  11. salam..

    ada la dua tiga soalan yang saya ingin tanya

    1) boleh tak kita upgrade android version untuk xperia mini pro kepada version 2.0++ ?

    2) boleh tak kita install papago ataupun any gps app dalam phone xpria mini pro, xpria x10 mini atau xpria x10 mini pro?

    3) betulkah bateri xperia x8 tak tahan lama?

    thanks

    1. 1) xperia mini pro keluar kilang default android 2.3.3. So, tak timbul isu untuk upgrade kepada 2.0++. Latest Update daripada Sony untuk xperia mini pro adalah android 2.3.4. Upgrade android 2.3.3 kepada 2.3.4, zikie boleh buat sendiri guna pc companion. senang je.
      Dengar cerita, untuk xperia mini pro, sony akan bagi update kepada android 4.0 (ice cream sandwich) akan datang

      2)Boleh. Tiada masalah. Cuma untuk xperia x10 mini dan x10 mini pro, sebab default android adalah 1.6, mungkin kena upgrade dulu kepada 2.1++ bagi memastikan boleh support software2 gps latest di pasaran.

      3)Xperia x8 kalau ikut spec sony, sepatutnya battery dia tahan lebih lama daripada xperia x10 mini pun. Kawan saya ada guna xperia x8. Nampak macam tiada masalah dengan battery pun. ok je. Android kalau nak tahan battery, control brightness dan disable background data, tahan la battery dia tu.

    1. Dalam range RM730-RM780 bergantung kepada kedai yang rin pergi. Kalau ada duit lebih, saya cadangkan rin try usha Samsung Galaxy W. Galaxy W harga area RM900 sekarang ni. Tapi spec jauh lebih mantap daripada Galaxy Ace terutama processor, kamera dan ROM nya. Galaxy Ace ni lama sikit.

      1. salam..saya nak beli galaxy w…cumanya tempat yg boleh dipercayai tu yg tak tahu kat mane..khidir ade cadangan kedai2 khidir pernah pegi yg boleh dipercayai?

        1. maaf. Kalau tempat tu saya sendiri tak boleh bagi jaminan apa-apa. Sebab saya tiada kedai handphone sendiri. So, orang lain boleh kata dia punya original, bagus dan sebagainya, tapi kalau dia nak tipu siapa tahu kan.

          Kalau nak kedai yang diyakini dan mungkin lebih terjamin, beli lah kat kedai dealer Samsung sendiri yang besar-besar display Samsung tu. Harga memang biasanya lebih mahal daripada kedai biasa, tapi InsyaAllah pembelian di situ lebih terjamin.

          Kesimpulannya, bergantung kepada keyakinan Umar sendiri terhadap kedai handphone tu.

  12. Saya ni mungkin agak ketinggalan dlm bab2 smartphones ni…
    tp dek kerana hp yg sedia ada sdg mengalami kerosakan, saya bercadang nk beli hp baru…kalau leh smart phone…
    dlm budget dlm RM 500-550…agak2 apa smartphone yg bagus dlm range budget ni?mohon nasihat.

    1. smartphone tu boleh jadi macam-macam os. Tapi saya suka android dan saya rasa android lebih baik, so saya cerita android je la.

      Sebenarnya semua handphone android kat atas tu semuanya bawah Rm600 kecuali sony xperia mini pro tu dalam 700. Tapi kalau lixa ada duit lebih, memang saya suggest xperia mini pro tu. Camera 5mp, skrin cantik, processor pun 1Ghz.

      Antara yang kat atas tu, sekarang ni paling hot sekali samsung galaxy Y. Sebab dia baru dan murah. Harga dia dalam RM 400-450. Cuma masalah internal memory, display kurang cantik dan camera 2mp je. Kalau nak simple,galaxy y tu sesuai la.

      Kalau nak camera 3.2mp ,skrin cantik sikit, boleh try xperia x8. harga dalam 400-450 macam galaxy y tapi patutnya murah sikit dari galaxy Y. Cuma dia android lama sebab memang keluaran lama.

      ideos x3 tu dalam 500. spesifikasi ideos x3 tu secara teori memang nampak ok. Tapi saya tiada pengalaman menggunakan ideos x3 atau nampak orang gunakan. Maybe susah sikit nak dapat. Kalau lixa berani cuba ideos x3 terpulang. Tak nampak masalah. Tapi pastikan lixa test betul-betul handphone tu sebelum beli.

      htc wildfire tu memang lama dah. LG optimus one tu pun sebenarnya kategori lama tu. Tengok versi android pun lixa boleh tahu dia dah lama. Tapi spesifikasi dan rekod dua-dua phone ni baik. Tak jadi masalah.

      Ni kalau cerita semua macam cerita balik apa yang tulis kat atas tu dah. Macam saya cakap, handphone kat atas tu dalam range Lixa malah ada yang murah lagi. Tiada yang lebih 600 kecuali sony xperia mini pro

  13. Salam,

    sy pun tgh usha hp ni.. budget rendah jer.. arnd rm350 – rm400. berkenan jgk dgn corby 2 sbb warna pink and mmg murah,, ada usha kat kedai arnd rm279 dh leh dpt.. tp tu lah.. masing berpk2.. sbnrnyer takde la nak berkira sgt.. skrng ni cume nak gune hp tuk camera dgn video je.. skrgnyer hp lagi la basic 🙂 tu nak tukar… kalau bole cadangkan hp yg at least better tuk sy bole? ada wifi tu kira cantik la tu.. and camera 3.2mp ker?

    1. ok emme. apa yg sy faham emme nak handphone bawah rm400. spec yg penting camera dan wifi.

      Sy assume corby yang emme maksudkan tu corby 2. corby setahu saya camera 2mp. wifi memang ada. so dengan spec emme ok sebenarnya. cuma corby bukan android. so dari segi application maybe emme suka game simple2 atau sbgainya, kurang choice sikit sebab corby bukan android.

      Seterusnya yang saya boleh cadangkan samsung galaxy y. harga over sikit dari budget emme. sepatutnya harga samsung galaxy y boleh dapat bawah rm450 sekarang ni. camera 2mp, wifi memang ada. plus, galaxy y adalah android. cuma spec seperti memory, processor takde lah boleh banding dengan android mahal. Kalau emme suka color casing macam-macam, galaxy y datang dari kilang dengan 5 color casing belakang. 5 warna semua dapat. Boleh baca review samsung galaxy y kat artikel atas tu untuk spec penuh.

      Last adalah sony xperia x8. harga dalam budget. sepatutnya sekarang ni harga sony xperia x8 bawah rm400. xperia x8 camera 3.2mp macam emme suka. wifi ada. android lagi. cuma handphone xperia x8 ni model lama. android dia pun lama. tapi boleh la. sebab tu harga dia boleh murah. kualiti ok kot. sony kan. screen display dia lebih cantik dari corby dan galaxy y. emme mintak kedai try tengok corby ngan galaxy y punya screen display, lepas tu tengok xperia x8 screen display. memang sony xperia x8 lebih cantik. harga dalam budget. camera 3.2 mp. cuma android lama. baca spec review sony xperia x8 kat artikel atas tu.

      Selamat bershopping.

  14. salam khidhir..just nk mntk pendapat u..antara samsung galaxy y n sony xperia x8,mne lagi better ye?n kalau u diberi pilihan,u pilih mne?semalam p survey kt kedai..samsung tu nampak mcm menarik tapi sony pon same..so,xtaw nk pilih mne..help me..tq..
    [Komen diambil daripada Contact Khidhir dot Com]

    1. samsung galaxy y kelebihan yang nyata adalah sebab menggunakan Android 2.3.5 berbanding Sony Xperia X8 yang menggunakan Android 2.1.
      Tapi disebabkan RAM, Processor dan CPU yang terhad (sebab harga pun murah), dari segi manfaat apps terhadap Android terbaru tu sebenarnya kurang.
      Kalau Wani tak kisah macam outdated sikit sebab guna phone lama, saya lebih suka suggest Sony Xperia X8. Sebab saya suka design fizikal Xperia X8 (nampak cantik sikit pada saya), dan paling best sebab display screen Sony Xperia X8 memang jauh lebih cantik daripada Samsung Galaxy Y. Camera Xperia X8 pun 3.2mp. Galaxy Y 2mp je.
      Kalau saya, saya piih Xperia X8 kot. Sebab lagi satu, kalau Wani dah hebat sikit Android, wani boleh guna custom rom untuk update Android yang terbaru (sony dah berhenti update untuk Xperia X8).

      p/s: Harap boleh dapat gunakan fungsi komen yang disediakan. Contact Khidhir dot Com digunakan untuk lebih kepada isu yang memerlukan privasi. Jika bertanya tentang isu yang berkaitan, harap boleh komen terus di artikel tersebut agar pengguna lain dapat berkongsi ilmu dengan pertanyaan anda.

      1. ow..ok2..tq khidhir..
        sory,sy dh try komen kt cni td tapi die tulis bye2 spambot..2 yg p komen kt contact khidhirdotcom tu..sory ye..

        1. oh. sebab ‘bye bye spambot’ tu samada wani tak jawab soalan math kat bawah komen tu atau wani jawab tapi tak betul. Sorry untuk masalah tu. Thanks untuk respons wani. Nanti saya ubah perkataan ‘bye bye spambot’ tu supaya pengguna boleh faham masalah tersebut. 🙂

  15. Salam..eila nak tnye,jenis phone android brand yg dkat ats 2 jeke?nokia xade android ek?mmg x tahu psal phone2 ney..hehe..

    1. Nokia tak keluar Android. Kalau Nokia latest sekarang guna OS Windows. So kita panggil Windows phone. Yang model Lumia tu. Eila try search nokia lumia. Tapi memang mahal la. Kalau Nokia yang murah, biasanya guna OS symbian.
      Ada beberapa orang dah komen nak pendapat tentang Nokia, so Eila boleh gunakan find (CTRL+F) taip je ‘nokia’ nanti Eila boleh baca komen-komen yang berkaitan dengan Nokia.

    1. Kalau nak hp Android yang baru dan murah, saja nak try android, boleh la. Nak kata best tu susah gak. Yang best mestilah yang mahal kan. Tapi dengan harga Samsung Galaxy Y yang murah, kira berbaloi la. Kalau Najwa tak kisah outdated sikit, boleh try tengok sony xperia x8 gak

  16. sy sedang berfikir2 utk bli hp br, tp sy konfius sm ada mahu bli galaxy y or galaxy mini, bleh tlg bg pendapat n cdgan ckit? TQvm

    1. Galaxy Y. Tak banyak beza dengan galaxy mini, tapi galaxy mini dah lama. Android Galaxy Y lebih baru. Cuma camera Galaxy Y 2mp kurang sikit dari Galaxy Mini 3mp. Tapi processor Galaxy Y lebih pantas. Saya lebih suggest Galaxy Y dari Galaxy Mini.

  17. smekom..nak tanye.. kalau kita beli handfone xperia x10 mini boleh tak kita sruh tokei kedai tu upgrade andoid hingga 2.1 ke..boleh.?

    1. Nak suruh tu boleh. Tapi tengok nasib la kalau tokei kedai tu nak caj extra atau tak.
      Tapi sebenarnya Rizal boleh buat sendiri. Update ke Android 2.1 datang dari Sony sendiri. So, cara update nya patutnya tak banyak masalah dan senang je.

    1. Saya tak ada xperia x10 mini dan tak pernah gunakan Android 2.1. Tapi mengikut kebiasaan, bluetooth diletakkan di bawah setting > wireless & networks.
      Sony Xperia X10 mini memang support bluetooth. Sepatutnya ia tak ada masalah dengan fungsi bluetooth.
      Just untuk peringatan Rizal takut Rizal tersilap, sony xperia x10 mini dan sony xperia mini tidak sama.

  18. nak tanye..kalau nset sony ericsson yg touch punye..yang mana sesuai untuk guna..harga bawah RM450..?

    1. Try tengok sony xperia x8. da lama sikit. Tapi design dan display memang baik pada saya. Spec xperia x8 saya ada tulis kat atas. Nak kata power sangat takde la, tapi boleh la sebab harganya pun murah kan. Harga boleh dapat dalam RM400. RM50 tu boleh extra untuk screen protector, sd card dan sebagainya

    1. Kalau dalam range rm900, saya suka Samsung Galaxy W. Model masih boleh kira baru dengan Android 2.3.5, ROM 2GB, processor 1.4Ghz, camera 5mp dengan flash memang lancar dan mantap untuk running apps.

    1. beza xperia mini dengan xperia mini pro tak banyak secara internal hardware. Rasanya internal memory xperia mini pro lebih tinggi. Itu pun memory tinggi sikit je.

      Tapi beza paling ketara adalah secara fizikal hardware. xperia mini pro ada qwerty keyboard. maksudnya selain ada touch screen, kita boleh slide phone tu, nanti ada keluar keyboard fizikal. Memang best la kalau ada qwerty keyboard ni. Cuma drawback atau kelemahan bila ada keyboard ni, phone xperia mini pro tu jadi lebih berat sikit daripada xperia mini.

      1. owh..kiranya beza qwerty keyboard ja la.. btw, dari segi, ketara sgt x perbezaan harga antara xperia mini pro dgn xperia mini?

  19. hai..sy nk mnta cadangan skit laa..samsung galaxy mini 2 dah ada di pasaran. dibandingkan dgn galaxy y, yang mana lagi ok sebenarnya..tq..

    1. Dari segi spec, Samsung Galaxy Mini 2 ada internal storage 4GB dengan RAM 512MB, CPU 800MHz, Android 2.3.6, Camera 3.15 MP dan display yang lebih baik daripada Samsung Galaxy Y. Overall, perbezaan ketara pada internal storage, RAM, display dan camera memang menunjukkan yang Samsung Galaxy Mini 2 lebih baik daripada Samsung Galaxy Y.

      So kalau nak kata yang mana lebih bagus, of course Samsung Galaxy Mini 2. Tapi jangan lupa, harga Galaxy Mini 2 dan Galaxy Y pun jauh berbeza. Sekarang ni, perbezaan harga kalau tidak silap saya lebih kurang RM150.

      Jadi sebenarnya, Galaxy Y dan Galaxy Mini 2 dua-dua pun berbaloi. Sebab internal storage dan RAM Galaxy Mini 2 yang maybe buatkan dia lebih mahal. Tapi memang berbaloi sebab dapat gunakan apps android dengan lebih selesa walaupun sebenarnya pada saya CPU tu masih rendah. Tapi ok la.

      So, disebabkan harga yang memang jauh berbeza, balik semula pada keperluan dan bajet atau peruntukan zaza sendiri.

    1. saya percaya xperia x10 mini pro yang ct maksudkan. sebab saya tak pernah dengar lak xperia pro mini 10.

      Dalam kes ni, mestilah galaxy w lagi bagus. Harga pun jauh beza samsung galaxy w dengan xperia x10 mini pro. 400 lebih beza. Sebab xperia x10 mini pro tu dah lama. Android x10 mini pro tu android 1.6 (boleh upgrade ke 2.1). Tapi Galaxy w android 2.3.5.

      Walaupun camera sama 5mp, tapi galaxy w ada camera depan. Internal storage galaxy w dekat 2GB. Xperia x10 mini pro baru 128MB. Cpu galaxy w pun lagi laju 1.4GHz. X10 mini pro baru 600MHz. So memang galaxy w lagi best la. cuma lebihnya xperia x10 mini pro sebab dia ada qwerty keyboard. tu je.
      Overall memang galaxy w lagi baik

    1. Samsung galaxy w boleh dapat lebih kurang RM850. Kalau samsung galaxy ace sekarang ni dalam RM620.
      Beza banyak sebab processor dan internal memory galaxy w jauh lebih mantap daripada galaxy ace. RAM pun galaxy w lebih tinggi. Kalau running apps memang Galaxy W lebih selesa.

    1. Sony Xperia Ray dengan Sony Xperia U sangat subjektif bergantung kepada minat anda sendiri.Tapi jika saya, saya lebih suka Sony Xperia U.

      Kalau ikut harga pun, memang Xperia U lebih mahal daripada Xperia Ray. Xperia Ray boleh dapat dalam RM650 sedangkan Xperia U RM850. Perbezaan Rm200 tu memang banyak.

      Dari segi spec, walaupun Xperia U lebih mahal, tapi camera Xperia U hanya 5MP jika dibandingkan dengan Xperia Ray 8MP.

      Namun, apa yang buatkan Xperia U lebih mahal adalah CPU Xperia U 1GHz Dual Core sedangkan CPU Xperia Ray hanya single core 1GHZ. Faktor kedua adalah memory yang lebih banyak. Xperia U mempunyai internal memory sehingga 4GB sedangkan Xperia Ray hanya sekitar 300MB sahaja(total=1GB). Personally pada saya Memory 300MB adalah terlalu sedikit. Anda akan menghadapi banyak masalah dengan apps nanti.

      Spec yang lain seperti RAM (512MB), screen color dan sebagainya adalah lebih kurang sama. Kesimpulannya, Xperia U lebih baik disebabkan kekuatannya pada CPU dan Memory yang dapat membantu melancarkan dan support banyak apps dalam android phone.

  20. salam saya nak tanya, apakah hp yang lebih kurang sama dengan c6 tapi dalam samsung.. saya baru nak bertukar kepada samsung setelah kehilangan c6 kesayangan.

    1. Pertama sekali sy turut bersimpati atas kehilangan c6 yg anda sayangi.
      Sebenarnya kalau nak banding nokia c6 dengan samsung memang susah sebab operating system pun lain-lain kan. So kalau nak compare RAM, ROM atau CPU mungkin kurang berkait.
      So disebabkan C6 tu camera 5mp, salah satu phone samsung 5mp yang baik adalah Samsung Galaxy W. Ada front camera, boleh video call sama macam c6. Fungsi lain wifi, 3G pun semua ada. CPU, RAM dan ROM memang cukup besar untuk tampung fungsi Android.
      Cuma saya perasan satu perkara tentang c6 iaitu qwerty keyboard. Kalau nak qwerty keyboard, samsung saya kurang pasti handphone samsung ada Qwerty keyboard yang baik. Tapi kalau Loy nak try tengok, Sony Xperia Mini Pro ada qwerty keyboard dengan 5mp camera. Tapi Sony la. Cuma dari segi RAM, ROM dan CPU memang lebih rendah dari Samsung Galaxy W. harga pun lebih rendah kan. Tapi Xperia Mini Pro ada upgrade ke Android 4.0 Ice cream sandwich.
      Maybe ada banyak lagi model yang saya terlepas pandang. So, jalan2 la kat kedai phone tu tengok kalau ada model yang lagi best ke.

      1. terima kasih atas jawapan yang di berikan… nak tanya boleh tak nak tanya pasal komputer kat khidhir?…..

    1. ya betul. Umar boleh refer dekat List Handphone Gorilla Glass. Itu salah satu kelebihan Samsung Galaxy Ace.

      Tapi saya memang selalu tidak mencadangkan membeli Galaxy Ace sebab processor Galaxy Ace hanya 800Mhz, RAM hanya 278MB dan yang paling menghampakan adalah internal storage 158MB yang pada saya terlalu kecil jika dibandingkan dengan harganya.

      Kalau nak ikutkan Gorilla Glass ni pun susah gak. Sebab sekarang ni dah ada Gorilla Glass 2.0. Mana pulak nanti nak cari phone dengan Gorilla Glass 2.0. Bab display cantik tu, pada saya sedap mata memandang dah kira ok la kot. Nak kata tahan sangat, kawan saya terjatuh dengan Galaxy Ace dia, retak jugak screen tu. Apa yang saya boleh cadangkan, apa pun phone yang anda beli, belilah screen protector yang berkualiti. Apa pun, pilihan terpulang pada anda

      1. ahaa…terima kasih memberi keyakinan..cuma nak tanya..protector yg berkualiti macam mana?harga kualiti baik tu berapa?dan apa kelebihan protector ni? tq

        1. screen protector pun sama ceritanya macam gorilla glass tu jugak. Ada banyak company yang keluarkan screen protector. Depend pada kedai yang Umar beli. Lain kedai, lain la pembekal atau supplier mereka. Lain jugak la model screen protector yang dia ambil. Macam kita beli makanan jugak la. Mungkin ada sesetengah brand ada kat Tesco tapi tiada di Carefour dan begitulah sebaliknya. So, memang ikut kedai.

          Umar cuba tanya kedai tu screen protector yang baik. Biasanya kedai akan jual dalam rm15 hingga rm20 bergantung kepada company screen protector tu. Nak harga yang fix memang susah. Kelebihan dia sama je macam screen protector yang lain. Paling nyata adalah supaya tak mudah calar. Kalau screen protector yang baik, biasanya kita boleh rasa licin atau ‘smooth’ dia bila kita touch. Tapi kalau tak biasa, yang murah pun kita rasa smooth dia. baru kan. 🙂

        1. Kalau pandangan dari segi harga, pada saya tak la untung mana pun. Galaxy S Advance harga pasaran biasa RM950, dan memang ada kedai yang jual RM889 malah lebih murah pun ada. Macam mana pun Umar kena pastikan warranty dia.

          Kalau bercerita dari segi specification, Galaxy S Advance memang lebih baik dari Galaxy W dari segi front camera 1.3MP,RAM yang lebih besar 768MB dan processor 1GHZ Dual Core. Spec baik sikit dari Galaxy W. Versi Android 2.3.6 (Galaxy W 2.3.5)sebab Galaxy S Advance keluaran 2012 lebih baru atau latest. Macam mana pun harganya pun lebih mahal daripada Galaxy W. Anggaran kasar perbezaan harga RM100. Terpulang kepada bajet Umar sendiri. Yang mahal memang spec lebih baik.

    1. kalau nak cerita HTC, memang daripada dulu HTC lebih mahal daripada brand lain. Tapi ada orang kata HTC lebih berkualiti, terpulang pada masing-masing

      HTC one V harga original SIS sekarang dalam RM950. Processor 1GHZ, ROM 4GB dengan 512MB RAM. Android 4.0 Ice Cream Sandwich memang nampak tiada masalah untuk run sebarang apps. Kamera belakang 5MP, dan kelemahan paling nyata HTC One V ia tiada front camera.

      Dengan harga yang lebih kurang sama, Samsung Galaxy S Advance ada kelebihan dari segi Processor 1GHz Dual Core, RAM 768MB dengan front camera 1.3MP. Kelemahannya berbanding HTC One V ROM hanya 2GB(tapi pada saya dah cukup besar) dan Android 2.3.6. Saya kurang pasti adakah Samsung provide update ke Android 4.0 bagi model Samsung Galaxy S Advance.

      Dengan harga yang anggaran kasar murah RM100, original Midland set lebih kurang RM850 Sony Xperia U adalah calon tandingan yang baik. 4GB ROM, 512MB RAM, processor 1Ghz Dual Core dan ada front camera (VGA). Android 2.3 buat masa ini tapi dijangkakan ada update ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Kelemahan yang paling nyata untuk Sony Xperia U adalah ia tiada Memory Card. So, kira memory hanya ada 4GB ROM tadi, kalau banyak ambil gambar atau video, kena rajin transfer cepat-cepat.

      oh. Semua model disebutkan di atas, camera belakang 5MP.

  21. kalau tgk dlm web ni (superbuy.my), harga 899..samsung akan upgrade ics bulan july (ada org komen dlm tu bgtahu)

    ada org kat dlm web tu, “ap or original sme set”, web tu jawab, sme original set…maknanya boleh kate zitron ke? warranty setahun.. tq

    1. baguslah kalau ada update. kalau Umar rasa harga dekat web tu paling murah Umar jumpa compare dengan kedai, dan umar yakin terpulang. Cuma berhati-hati, sebab kalau dah dapat tak puas hati terdapat calar dan sebagainya nanti susah cerita.

      zitron = nokia, sme = samsung

    1. yup. macam ni. original tu maksudnya wakil rasmi yang mengedar (distribute) kepada seller dan reseller:
      Nokia – Zitron, Arista, Avaxx
      Sony Ericsson – Midland, Thorus
      HTC – SiS
      Motorola – Brighstar
      Blackberry – Brightstar
      Samsung – SME (Samsung Malaysia Electronics)
      LG – Thorus
      iPhone – Apple

      Nama-nama atas tu kira official distributor macam tu la.

      AP tu import oleh local distributor. Harap jelas.

  22. salam, saya nak tanya baru2 nie saya ada terbaca mengenai nexus 7 n microsoft surface. adakah ini laptop atau tablet? apakah fungsinya?

    1. Nexus 7 dan Microsoft Surface dua-dua tablet.
      Maybe yang buat Loy keliru sebab Microsoft Surface tu ada keyboard lipat. Tapi ia still consider sebagai tablet. Microsoft Surface buat masa ni belum keluar kat market pun lagi. Baru pertengahan bulan jun lepas mamat Steve Ballmer (microsoft ceo) buat pengunguman tentang kewujudan microsoft surface. Harga dan bila nak release tu pun tak sure lagi.

      Microsoft Surface ni ada dua versi, surface dan surface pro. Surface guna windows RT OS dengan ARM processor, surface pro guna Windows 8 Pro dengan intel cpu.

      Windows RT singkatan untuk Runtime memang kira salah satu versi windows 8 tapi untuk ARM processor macam kebanyakan tablet dan phone lain. Bezanya windows RT dengan Windows 8 ni selain daripada Windows RT tiada windows media player adalah dari segi development application. Software develop guna windows runtime (metro-style app) sahaja boleh run atas windows RT. Kalau software tu develop guna Win32 API macam windows lain tak boleh run atas windows RT. Surface target lebih kepada pengguna dan surface pro lebih kepada business.

      Microsoft surface ni memang lain daripada lain sebab dia guna windows. Bayangkan kebanyakan application yang boleh run kat dalam pc kita, boleh run kat tablet dan sebaliknya. kan best tu.

      Nexus 7 adalah keluaran tablet keluaran Google. Hardware develop oleh Asus sebenarnya tapi still consider Google. Tak banyak beza dengan tablet yang lain. Operating system adalah Android 4.1 Jelly Bean

  23. Salam ramadhan..nak tya sikit sya baru membeli samsung s advance 2 hari lepas dari seng heng..soalan saya betulke 8gb internal memory utk samsung s advce ni? sb bile sya check kat setting/storage/usb storage/total space 3.91gb available 3.72gb..untuk system storage available space 1.88gb..tuk memory sd card mmg x diberi..utk pgthuan bro, sya x install ape2 application lagi tapi kenapa hya ade dlm 3.9 gb shj dari 8gb yg dberi?O.S dan ram pakai sampai 4gb ke?

    1. salam. maaf lambat reply. sibuk sikit.
      Apa yang saya lihat disini adalah masalah salah faham dgn terms yang digunakan.

      Bayangkan ia seperti PC. RAM adalah RAM. RAM dalam PC boleh juga diumpamakan dengan RAM dalam phone. Maka, ia tidak berkaitan dengan Hard disk atau OS anda. Tetapi yang menjadi masalah, Hard disk dalam PC pada saya tidak boleh disamakan dengan internal storage.

      8GB pada Galaxy S Advance disebut sebagai Nand Memory (non volatile) atau total storage la kiranya. Daripada 8GB tu dibahagikan kepada beberapa bahagian. 2GB untuk ROM. 4GB untuk USB Storage. Dan saya percaya 2GB lagi adalah untuk user/system storage.

      2GB ROM untuk OS memang tak boleh kacau la. 2GB user/system storage ni pun sebenarnya diasingkan untuk tak bagi user kacau. Bergantung kepada developer, ada kemungkinan storage ni boleh digunakan untuk photo/music. Tapi saya rasa sebenarnya lebih kepada preference user tu, database dan user running system.

      Maka apa yang anda nampak 4GB itu sahaja sebenarnya yang diberikan kepada anda untuk install apps dan sebagainya.

      Istilah-istilah yg digunakan tu memang kadang-kadang boleh confuse orang dibuatnya. Tapi pada saya mungkin ini lebih kepada marketing Samsung. Sebab nak sebut 8GB tu. Nampak banyak sikit. Tapi Samsung pun pandai. 8GB tu dia sebut sebagai Nand Memory. Developer selalunya istilahkan sebagai on board flash memory. Perkataan internal memory ni kadang-kadang boleh mewujudkan confuse kepada user. So hati-hati dengan perkataan internal memory, ROM dan sebagainya. Kita kena tau berapa memory untuk system dan berapa sebenarnya memory yang boleh kita gunakan. Bila membeli, jangan tanya berapa jumlah memory, tanya je terus berapa memory sebagai user yang kita boleh manfaatkan.

      Tapi kalau cerita advance sikit software seperti “Titanium Backup” boleh convert apps biasa menjadi system apps. Tapi mesti full version dan phone tu mesti rooted. Memang banyak ROM tu. Maknanya daripada 2GB, OS hanya gunakan beberapa MB sehingga anda masih ada 1.88GB bakinya. OS tak guna banyak mana pun sebenarnya. Biasanya tak sampai pun 400MB.

      Extra info:
      Tujuan developer mengasingkan (split) 4GB USB Storage ni supaya anda masih boleh menggunakan phone anda walaupun memory phone tersebut mounted pada PC. Tapi kalau ada apps dalam USB Storage ni, apps tersebut akan dianggap sebagai tidak wujud (not installed) sebab pada satu masa hanya ada 1 devices je boleh akses. Lagi satu tujuannya, kalau anda flash rom sekalipun, data anda masih boleh terselamat. Tapi sebenarnya isu ini dah diatasi dalam Android ICS dimana kita panggil sebagai Media Transfer Mode (MTP) semasa mounted dengan PC.

    1. Samsung ye. Kalau samsung dalam bajet tu seingat saya myra boleh try tengok galaxy w atau galaxy ace 2. Tapi harga dua2 phone ni lebih sikit. Galaxy w boleh dapat dalam area rm720, galaxy ace 2 lebih rm50 or rm60 maybe dalam area rm780. Spec dua-dua phone ni tak banyak beza. harga pun lebih kurang sama kan. tolak tambah lebih kurang je. Spec memang elok untuk phone android da kira puas hati. run apps semua patut takde masalah sangat. Camera 5MP. ada front camera. Cuma Galaxy Ace 2 lebih baru la.

      Kalau rasa mahal sangat, Myra boleh usha Galaxy Mini 2 pun dah ok kot. Harga dalam rm500, tapi processor slow sikit. camera dia pun 3.2mp dan takde front camera.

      Sebenarnya Sony pun elok untuk phone android ni. Sony rajin update phone dorang. Untuk spec yang sama, biasanya Sony lebih murah sikit.

  24. salam 22 ramadan 🙂

    anda terlalu baik menjawap soalan yang diberikan walaupun soalan tersebut memerlukan jawapan yang berulang. semoga diberi keberkatan atas perkongsian ilmu ini. insyaAllah.

    so soalan saya adalah–

    berapa agak2 harga pasaran sekarang utk hp LG Optimus One. rasanya dalam lingkuan RM500 dah boleh dapat tak?

    1. Salam.

      InsyaAllah.

      LG Optimus One sebenarnya dah jarang saya terjumpa. Tapi kalau tidak silap sy, harganya dah jatuh bawah 500. Rasanya dalam linkungan 400 pun mungkin boleh dapat.

      Pandai Miss Ud susun ayat ye. 🙂

  25. Salam,

    Minta pendapat anda, perbandingan antara samsung galaxy mini 2 dengan nokia asha 311. Antara berikut mane lebih baik, stable dan laju?

    1. macam ni Wak. kalau nak banding laju dan stable rasanya tak adil sebab OS dua-dua phone ni memang berlainan.

      Saya tiada dua-dua phone ni, tapi kalau ikut rekod, stable tu memang nokia selalunya lebih stable. Laju ni kalau nak ikut cpu pun tak boleh. sebab os berlainan. pada saya 800Mhz dan 512MB RAM yang ada pada galaxy mini 2 tu dah cukup laju. tapi kalau banyak apps running backgkround, kuranglah kelajuannya nanti.

      Galaxy Mini 2 gunakan android so nak download apps memang banyak dan pelbagai.
      So kalau cerita baik ni, bergantung pada orang kot.Sebab hardware dua-dua phone ni sebenarnya lebih kurang sama dengan camera 3.1MP tanpa secondary camera. cuma mungkin touchscreen nokia asha 311 agak kurang bermaya sebab 56K colors sahaja.

      Kalau yang dicari tu phone yang stable, tak banyak masalah, dan gunakan phone untuk call, sms, internet mungkin nokia baik untuk anda. tapi kalau anda suka explore, download apps, main game dan sebgainya, mungkin galaxy mini 2 adalah pilihan terbaik.

      1. Salam,

        Time Kasih. Panduan yang diberikan sgt bagus, saya rasa akan pilih samsung galaxy mini 2.

        Cuma saya nak tanye pendapat, ada tak model yang lebih kurang sama harga dgn galaxy mini 2 tapi lebih baik.

        Time Kasih.

        1. sony ericsson xperia mini pro. Harga dalam area 500 sekarang ni. keluaran tahun 2011 lama sikit daripada galaxy mini 2. Walaupun keluaran lama android 2.3, tapi sony ada official update untuk phone xperia mini pro kepada android 4 ice cream sandwich. Galaxy mini 2 didatangkan dengan android 2.3.6, tapi saya kurang pasti jika ada official update.

          camera 5mp dan ada front camera yang memang lebih baik daripada galaxy mini 2 3.15mp tanpa front camera. processor pun lebih baik 1GHz jika dibandingkan dengan galaxy mini 2 800Mhz.

          Cuma kelemahan utama Xperia mini pro adalah internal memory hanya ada 400MB. Maka jumlah apps yang boleh disimpan dalam phone pada satu-satu masa agak terhad.
          Terpulang kepada pemilihan anda.

  26. Salam,

    Saya nak tanye tentang produk Huawei, saya tertarik dengan model Huawei U9000 Ideos X6 tapi produk ni saya tak penah dengar sebelum ni.
    Adakah ia berkualiti? Apa kelebihan dan kekurangan produk Huawei ni?

    1. Huawei u9000 ideos x6 dikenali juga dengan nama Huawei Ascend X. Model ni memang wujud di pasaran cuma jarang boleh kita jumpa sebab kurang terkenal.

      Model u9000 ni keluaran tahun 2011. Spec memang baik. 1GHz processor, 512MB RAM dengan 2GB ROM memang cukup memuaskan bagi android. Dilengkapi juga dengan 5mp camera dan front camera.

      Cuma Android yang digunakan adalah android 2.2 froyo. saya kurang pasti dengan official update bagi model u9000 ideos x6 ini. Dari segi kualiti, produk huawei setahu saya berada pada tahap yang baik. Huawei sendiri sebenarnya satu nama yang besar dalam bidang telecommunication. Tapi bagi handphone, huawei kurang terkenal mungkin kerana publisiti dan design. Disebabkan handphone huawei kurang terkenal, maka custom rom dan support di internet juga agak terhad.

  27. Salam,

    On behalf kawan saya, dia nak tahu manakah lebih baik antara samsung galaxy SIII dengan HTC One X.
    Dan apa kelebihan & kekurangan kedua-dua hp ni.

    Time Kasih.

    1. Samsung I9300 Galaxy S3 jika dibandingkan dengan HTC One X sebenarnya kebanyakan spec lebih kurang sama.

      Kedua-duanya menggunakan 1GB RAM dengan processor Quad Core cuma HTC One X 1.5Ghz manakala Samsuung Galaxy S3 kurang sedikit iaitu 1.4Ghz. Internal memory HTC One X ada 32GB, tanpa micro sd slot. Samsung bergantung kepada pilihan anda. ada yang sama 32GB, 16GB atau 64GB disertakan dengan microsd slot.

      Dari segi android yang digunakan, kedua-dua phone samsung
      galaxy s3 dan htc one x menggunakan android 4 ice cream sandwich. Namun begitu, htc one x ada update kepada 4.1 jelly bean. Camera kedua-dua phone sama iaitu 8mp tapi front camera htc one x hanya 1.3mp jika dibandingkan dengan galaxy s3 1.9mp. Sebagai tambahan, htc one x menggunakan gorilla glass dan samsung galaxy s3 menggunakan gorilla glass 2

      Jika dibandingkan kedua-dua phone htc one x dan samsung galaxy s3, dari segi processor dan android memang htc one x lebih baik. malah htc memang terkenal dengan os android mereka yang mantap. cuma kekurangan disebabkan htc one x tiada slot untuk micro sd.

      Galaxy S3 mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi memory (bergantung yang anda beli) dengan micro sd slot. galaxy s3 juga mempunyai front camera yang lebih tinggi pixel. Dari segi user friendly, biasanya memang samsung lebih mahir.

      Maka terpulang kepada anda membuat pilihan. bergantung kepada anda jenis yang bagaimana. suka pada sistem yang laju dan stabil atau sistem yang user friendly dengan social spec yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *