Khidhir dot Com

Handphone Android Murah





Sebentar ye. Tengah kira makhluk telah membaca artikel ini

gambar Handphone Android Murah

Ketika ini, handphone yang menggunakan operating system Android menjadi pilihan ramai pengguna telefon bimbit. Berbagai model handphone Adroid dilancarkan oleh pelbagai jenis syarikat seperti htc, Samsung, LG, Motorola, Dell, Sony, Huawei, Motorola, Alcatel dan lain-lain lagi. Berikutan hal ini, lambakan handphone Android berada di pasaran. Pelbagai faktor perlu dinilai seperti jenis screen, kamera, ketahanan bateri selain keupayaan processor serta saiz rom dan ram. Walaubagaimanapun, performance sesebuah handphone kadang kala sangat berkait rapat dengan kos atau bajet seseorang pembeli. Biasanya, handphone yang mahal mempunyai keupayaan yang lebih bagus daripada yang murah. Namun bagi pembeli yang mempunyai bajet yang rendah dan mencari handphone Android yang murah, dalam artikel ini saya mencadangkan beberapa model yang boleh anda dapatkan dalam anggaran kos RM400 hingga RM600 ketika ini.

Samsung Galaxy Mini

gambar Handphone Android Murah

Android 2.2 Froyo, 600MHz (MSM 7227-1), WiFi 802.11 (b/g/n), USB 2.0, 3.0MP FF Camera, GPS, FM Radio


Samsung Galaxy Fit

gambar Handphone Android Murah

Spec Galaxy Fit lebih kurang dengan spec Galaxy Mini. Perbezaan ketara hanya pada saiz dan kualiti TFT display yang digunakan serta kamera Galaxt Fit adalah 5.0 MP AF. Maka jika anda sanggup mengurangkan kualiti serta saiz TFT display dan kamera, Samsung Galaxy mini dapat menyelematkan sedikit duit anda.

LG Optimus One

gambar Handphone Android Murah

Android 2.2 Froyo, 600 MHz ARM 11 processor, 512 MB RAM, 3G HSDPA, Wifi, USB v2.0, Camera 3.0 MP, A-GPS, 3.2” Capacitive touchscreen.

Apa yang saya rasa sedikit kelebihan pada Optimus One adalah kuantiti supported file type yang ada pada Optimus one untuk video dan audio. Untuk Video DivX/Xvid/MP4/H.264/H.263/WMV  dan bagi audio MP3/WAV/WMA/eAAC

HTC Wildfire

gambar Handphone Android Murah

Android 2.1 Eclair (boleh upgrade ke 2.2 Froyo), 528 MHz ARM 11 processor, 3.2” touch sensitive screen, 5 MP camera dengan Flash, ROM 512 MB, RAM: 384 MB, FM Radio, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Huawei Ideos X3

gambar Handphone Android Murah

Android 2.3 Gingerbread, CPU 600MHz, RAM 256MB, ROM 512MB, TFT LCD, Wifi, Micro USB 2.0, GPS, 3.2MP FF camera, front camera.

Sony Xperia X8

gambar Handphone Android Murah

Android 2.1 Eclair, 600 MHz ARM 11 processor, 168MB RAM, TFT capacitive touchscreen, 3.2MP Camera, A-GPS, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi.

Samsung Galaxy Y GT-S5360

gambar Handphone Android Murah

Samsung Galaxy Y S5360 menggunakan Android 2.3.5 Gingerbread secara default dan ketika update ini ditulis anda boleh upgrade kepada Android 2.3.6. Handphone Galaxy Y dilengkapi dengan 2.0 Mp Camera, Processor 832MHz, user memory sebanyak 160MB, 290MB RAM dan support microSD Card sehingga 32GB. Selain itu Samsung Galaxy Y juga mempunya FM Radio dan support Gps, Wifi, serta HSDPA 7.2Mbps.

Dengan harga yang lebih kurang dengan Sony Xperia X8, Samsung Galaxy Y adalah handphone Android yang lebih baru dan update. Namun begitu kualiti display Samsung Galaxy Y dengan 262K TFT dengan lebih kurang 133 ppi pixel density adalah lebih rendah daripada Sony Xperia X8. Kesannya display Samsung Galaxy Y dilihat kurang bermaya. Seperti Sony Xperia x8, internal storage atau User Memory Samsung Galaxy Y yang kecil boleh menghalang beberapa application Android untuk installed. Hal ini seterusnya memberi sedikit kekangan untuk pengguna Android menggunakan application yang tidak boleh dipindahkan kedalam SD Card.

Samsung Galaxy Y didatangkan dengan 5 pilihan warna casing belakang secara percuma dilihat mampu menarik minat pembeli. Dengan harga yang boleh digolongkan dalam golongan handphone Android yang murah berada di pasaran dan spesifikasi yang agak berbaloi dengan harganya, saya percaya Samsung Galaxy Y menjadi pilihan ramai pengguna Android.

Murah Sangat. Nak Mahal Sikit Ada?

Sony Xperia Mini Pro

gambar Handphone Android Murah

Android 2.3 Gingerbread, 1GHz Scorpion processor, 512MB RAM, LED-backlit LCD, capacitive touchscreen, microUSB v2.0, HSDPA, Wifi, A-GPS, 5MP Camera dengan LED Flash. Harga ketika ini boleh dapat dalam Anggaran RM700-RM800. Cuma saiz LCD display Xperia mini pro ini memang kecil. Jika anda tidak kisah untuk browse internet dengan skrin yang kecil, maka ia sangat sesuai dengan anda.

Sebagai peringatan, Xperia mini pro dan Xperia x10 mini pro adalah produk yang berlainan.

Selain daripada yang dinyatakan, anda juga boleh cuba Sony Ericsson X10 Xperia mini, Alcatel OT980, Huawei Boulder, Samsung Galaxy 5, Samsung Galaxy Apollo dan Motorola Charm. Handphone Android yang dinyatakan dalam artikel ini adalah antara handphone Android yang murah yang berada di pasaran Malaysia. Anda boleh cuba survey sendiri mana-mana handphone Android yang anda minati di pasaran bagi mendapatkan harga terkini serta mencuba sendiri handphone tersebut.

Sekali lagi diingatkan, selain daripada keupayaan processor dan saiz ROM atau RAM, anda digalakkan untuk meneliti jenis screen, kamera, ketahanan bateri dan kesesuaian model tersebut untuk mendapatkan custom ROM atau customized firmware jika anda seorang rooter. Bagi mendapatkan spesifikasi yang lebih detail bagi handphone Android yang dinyatakan di atas, anda boleh rujuk laman GSM Arena

Untuk makluman, Khidhir dot Com tidak mengambil sebarang keuntungan daripada mempromosikan handphone-handphone Android di atas. Anda bebas untuk memilih mana-mana handphone Android yang anda minati samada dinyatakan dalam artikel ini ataupun tidak dinyatakan. Anda sangat dialukan untuk meniggalkan komen bagi berkongsi harga pasaran semasa handphone Android di atas juga untuk menambah mana-mana lagi model handphone Android murah yang anda ketahui atau sebarang komen kebaikan atau kelemahan handphone Android tersebut jika anda telah pun menggunakannya.

 

Sekian..


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

84 Responses to “Handphone Android Murah”

  1. kopisoda says:

    android akan menguasai dunia tak lama lagi. huhu :P

    dulu rajin tukar2 handphone nokia.

    sekarang rajin2 tukar pakai handphone ber OS kan Android. ngeee :D

  2. nizamghazi says:

    Bgi ak, ak suka keluaran samsung atau HTC
    Design dia smart sikit kot
    GSM arena mmg klu msuk jadi xtaw pilih HP mana yg best
    Byk sgt :)

    • Khidhir says:

      @nizamghazi,
      yup. samsung mmg cantik and user friendly. HTC pun smart gak cuma harga dia pun mmg sgt “smart”.
      Yup, tu mmg betul. GSM Arena tu kalau tgk semua boleh kompius nak beli mana satu.

  3. MR.Z says:

    galaxy mini antara pilihan yang tepat bagi pengguna yang memikirkan budget dalam masa yang sama ingin menggunakan Android :)
    MR.Z recently posted..iPhone VS AndroidMy Profile

  4. wazy says:

    Tak sabar nak guna android ni

  5. Juan says:

    harga xda ka

    • Khidhir says:

      @Juan,
      harga ni laju sangat bertukar la. tak menentu. tu yg tak letak. takut kurang sesuai bila org baca lain kali. tapi semua yg dinyatakan tu ketika ini dalam lingkungan RM600 dan ke bawah kecuali xperia mini pro (rm710). kalau mini tu 499,fit 600,optimus one, ideos x3 dalam 500 lebih sikit, x8 tu dalam 400 lebih.

  6. MR.Z says:

    huawei ideos x3 tu ok tak? spec macam menarik.. cuma brand dia yang sy tau sebelum ni untuk router dan modem jela..

    • Khidhir says:

      @MR.Z,
      huawei byk produk dia. equipment telekom sebelum ni pun byk guna huawei. tp hp huawei tu, sy pun xpernah try. so xbrani nak ckap ok tak.
      dari segi spec mmg ok. kalau ada duit lebih, try tgk ideos x5 around 800. spec dia lagi mantap. camera 5mp, led flash, 800mhz processor, adreno 205 gpu, support flash 10.1. Cuma x5 android 2.2. Tapi rasanya boleh upgrade.

  7. kak mus says:

    hi khidhir…
    minta pendapat sikit..
    diperingkat usia 40-an, akak nak hp yg ada gps + wifi, price dlm rm500, yg mana bagus yea… xnak yg game, muzic melampau.. yg biasa2 jer… tq!

    • Khidhir says:

      @kak mus,
      hmm. kalau gps ngan wifi je requirement akak, byk model boleh kak.
      kalau akak minat android atau/dan cekap main2 ngan bnde2 dalam hp, galaxy mini (499), lg optimus one dan ideos x3 rm500 lebih sikit. xperia x8 (bawah 500) pun boleh. cuma xperia x8 android dia lama sikit. boleh upgrade ke 2.1. Biasanya pengguna Android suka gps papago. kena ‘lanun’ sikit

      Kalau akak suka yg bagus n system yg mudah dan stable (dah kurang minat main2 dgn hp), mmg nokia la jadi pilihan. sebab symbian (os nokia) mmg ok. Cuma nokia ni mahal sikit utk Wifi. Akak boleh try tgk nokia c5-03. Around rm500. maybe lebih sikit. GPS biasanya nokia guna Garmin.

  8. Emir Amzah says:

    Saya nak tanye berape harga Samsung Galaxy Mini brader jual? saye b’minat la.

  9. ina says:

    boleh rekemen tak hp kamera yg best mcm N82 dulu ?

    coz ade bajet dlm rm500 n function utama nk adalah kamera yg best . tq

    • Khidhir says:

      sy xpernah guna n82.
      anyway, kita tolak android. nokia mmg best. kualiti kamera nokia pd sy mmg ok.
      Dalam bajet 500 mmg susah nak dapat byk pilihan kamera 5mp.
      Sy tertarik pd C5 dan X3.
      C5 bestnya ada 5mp camera, LED flash, s60. tp xde wifi.
      X3 bezanya xde flash. tp ada wifi, s40. design mmg cun.
      C5-03 pun best gak. lebih kurang cam C5. tp ada wifi. tp rasanya xde flash.
      Kesimpulannya cuba usha C5, C5-03 and X3. Tp kalau mmg kamera betul2 keutamaan, rasanya C5 mmg paling ok. Cuma design cam hp lama camtu.

  10. syazwan says:

    nk tanya skit bro…boleh ke w8 nk install android 2.3??
    nk tau sgt….

    • Khidhir says:

      w8 official xde rasanya.
      kalau nak, kena guna rom gingerdx dari xda-developers.
      Tu pun sebenarnya yg ada untuk x8. Tp compatible gak dgn w8

      Latest gingerdx sekarang ni v019. tapi xpasti sesuai x dengan w8.
      Yg sy tau, dengar kata v012 ada org da try dengan w8 dan compatible.

      Tu yg sy tau. Sy pun x boleh nak confirmkan apa2 sebab sy xde hp w8.
      Untuk lebih lanjut, try usha forum xda-developers thread x8

  11. Syah says:

    nk tny ckit…. sy nk cri hp dalam 700 kebawah yg ada 3G n kamera plg kurg 5mp. leh tlg rekemenkan x?

    • Khidhir says:

      hmm. kalau tambah dalam rm20,30 lagi da boleh dapat yg baik. contohnya:
      kalau sony, cam sy ckap kat atas tu sony xperia mini pro.
      Kalau samsung, galaxy ace.
      Dua2 ni android. serba serbi ada termasuk wlan.
      kalau nokia, nokia c6. (Smartphone Symbian60 5th ed)

      Kalau nak lg murah dlm RM500, boleh dapat nokia c5. tp c5 ni xde wlan dan bukan touch screen tau.

      Semua yg sebut kat atas tu camera 5MP, flash dan support 3G. Kalau nak support video call, pilih nokia c5, c6 ngan sony

  12. Ali says:

    bro, tumpang tny, samsung galaxy w kamera best x? tringin nk pakai android tp nk cri yang ada video call. budget dlm 800 lbh. ada cdgn x bro?

    • Khidhir says:

      800 lbih jarang sy usha bro.
      samsung galaxy w sy or member2 sy xprnah guna. so real quality sy pun xtau. sample gambar pun cam xde lg.

      Tp based on review, nampak macam ok. xde masalah. 5mp blakang dgn flash, dpan vga kira ok la tu. tgk ROM pun 2GB, processor 1.4GHz, mmg da mantap tu bro.
      Kalau murah lagi, cam sy review kat atas tu, xperia mini pro. camera sama. cuma internal memory dia 420MB, n processor 1GB je.
      Tp kalau mmg ada duit lebih, galaxy w tu nampak pilihan yg baik gak.

      Anyway, nak ingatkan bro, wlaupun bajet 800 lebih, jgn lupa kira sekali bajet utk screen protector yg baik, casing, memory card semua.

  13. nik zuhailah says:

    khidir,
    sy berminat dgn samsung galaxy s sbb budget pn utk rm1200 ke bawah je..
    mcmmn dgn screen protector,casing n memory cardnyer ok ke?
    sy ni jenis yg x suka sgt tukar2 hp,kalau blh nak pakai sampai dah x blh guna/rosak..tq

    • Khidhir says:

      memory card biasanya elok je yg ori tu. Tp kita pun biasa tukar nak lebih besar kan.
      Screen protector mmg kena beli lain la. ada quality yg baik punya utk screen protector. mahal sikit utk kualiti yg baik.
      Casing depan mantap. cuma casing belakang tu plastic. so senang calar sikit. tp senang pun x senang gak la. kalau jatuh atas jalan tar baru calar kot.
      Kelemahan galaxy s ni, dia xde flash. s2 baru ada flash.
      Tapi overall best la. ringan, usb dia pun tutup guna slide elok je.

  14. nik zuhailah says:

    tp kalau tgk spesifikasi samsung w better than galaxy s kan?
    galaxy w ada flash..
    harga pn dlm rm1000 jer
    rsnyer mcm nak beli galaxy w je lah..:)

    • Khidhir says:

      betul. sy pun rasa camtu. dari segi spec sy rasa galaxy w xde kurangnya. 5mp ada flash. 1.4Ghz processor, 2GB rom. g pun baru kuar. Android dia pun da 2.3.5. Try la usha dulu. sy pun xprnah nmpak org guna galaxy w lg. kalau da try nanti, boleh share kalau ada weakness apa2. sbab kdang2 weakness ni mmh susah nak tau. mmg kena tanya org yg da prnah guna.

  15. ayim says:

    Tumpang lalu, bro…

    Just nak minta cadangan…hp apa yang guna OS Android, dan yang paling penting leh wat video call, harga dalam area RM 600…coz, kalo x silap cam sony X8 tu ada front facing camera tp xleh wat video call,kan?..so..ada tak hp yg ada front facing kamera, guna Android dan leh wat video call,harga sekitar RM 600?

    Thanks a lot, bro… :)

    • Khidhir says:

      sony xperia x8 rasanya xde front camera pun bro. blakang je ada 3.2mp. sori, rm600 xprasan lak. kalau rm700 tu xperia mini pro da kira cun la utk android. boleh video call. kalau bukan android, nokia c5 atau c6 boleh video call

  16. misspinky says:

    tumpang tny , hrge galaxy ace skg bape eh ? bole video call ta ? tatau sgt sal nset nehh -,-
    misspinky recently posted..jgn letak dlm esei ! hahaMy Profile

  17. wandisini says:

    orang dah tak pakai nokia lagi. kesian nokia dilupakan
    wandisini recently posted..Kelakuan Teruna dan Dara Atas MotorMy Profile

  18. Deena says:

    salam,sy xtahu nak pilih yg mana..antara SE live walkman,SE xperia neo v,huawei x3..saya minat games,dgar lagu,suka hp ader radio,mp3,mp3 ringtones,bluetooth..tolongla saya?…

    • Khidhir says:

      Tiga-tiga model tiada masalah untuk bluetooth, mp3, radio dan sebagainya.games memang tiada masalah sebab tiga-tiga model pun android. download la sebanyak games mana yg Deena nak. Kalau antara se live walkman, se xperia neo v dan huawei ideos x3, mula-mula saya tolak huawei x3. sebab dari segi cpu (games lebih lancar) ideos x3 agak rendah (600Mhz)kalau nak banding dengan xperia neo dan live walkman (1Ghz). Kamera huawei x3 pun 3.2mp je. Xperia neo v dan live walkman 5mp. Tapi mmg harga ideos x3 lebih murah.

      Antara se live walkman dan se xperia neo v, xperia neo v dicipta lebih kepada display,video,HD dan sebangainya. live walkman lebih kepada music yang mana lebih bertepatan dengan kehendak Deena. Tapi dua-dua pun tiada masalah dengan display dan music. Kalau tak salah harga se live walkaman lebih murah daripada se xperia neo v.

      Kalau sy, sy ambik xperia neo v. Tapi kalau Deena, live walkman mungkin cadangan yg lebih bijak disebabkan minat Deena kepada muzik.

  19. fauzi says:

    kenapa tiada senarai harga pada setiap gambar telefon tersebut.

    • Khidhir says:

      Sebab harga handphone laju sangat berubah bergantung kpd demand. Sebagai contoh, dalam sebulan je dulu, galaxy mini boleh berubah range harga turun naik dari 430 – 550.
      Kalau Fauzi ada pertanyaan harga utk model yang Fauzi suka, boleh je comment dan tanya. Pembaca lain boleh jawabkan, atau sy sendri boleh tolong surveykan.
      Maka Fauzi boleh dapatkan harga yang betul mengikut pasaran semasa.

  20. Merpati says:

    1. sy nk tanye top3 hp yg paling murah (harge skrg).. just nak wat my 2nd hp atau bg family…

    2. Hp mane yg ada 3G video call, gps, wiFi yg murah yg boleh dicadangkan (faktor lain xpenting sgt kot, atau yg ade kualiti camera mp)…

    sy pening skit~ android xpenah pakai donlod apae2 pun…

    • Khidhir says:

      1. Kalau top 3 hp yg murah dari list di atas sony xperia x8 dalam area RM400, Huawei Ideos x3 dan Samsung Galaxy mini dalam area RM500.
      Tapi daripada Galaxy mini, boleh try tengok lagi satu model, samsung galaxy Y. Harga area RM500 gak, tapi processor 830MHz. Lagi laju dari mini (600Mhz). Internal memory 180MB. Cuma dia kurang RAM (290MB) daripada mini (384MB) dan kamera galaxy Y hanya 2mp.

      2. Wifi dan GPS tu semua biasa. Boleh dapat dari kebanyakan model di atas.
      Cuma kalau 3g untuk video call susah sikit nak yang murah. Sebab kebanyakan yang murah takde front camera. Yang boleh dan murah ialah Huawei Ideos x3. Tapi camera blakang dia 3mp je. Camera depan macam biasa standard vga. Kalau ada duit lebih sikit, boleh tengok Sony xperia mini pro. Harga almost RM800, camera blakang 5mp, processor 1MHZ.

      Jangan pening-pening. Android ada market. Apa nak download pun boleh. Yang lanun pun banyak kalau nak.

  21. Faez says:

    saya nak tanya ok x handphone huawei vodafone 845?
    saya nak yang android, gps, wifi je..
    dan jenama huawei ini made in dari mana yerr ??
    bantulah saya.. please.

    • Khidhir says:

      huawei dari china.
      vodafone 845 murah memang murah. Tak nampak masalah dari segi gps dan wifi. 3mp camera.
      cuma nampak masalah sikit dari segi RAM 128MB tu agak kecil sebenarnya. Takut banyak application akan lag. default vodafone 845 adalah android 2.1 (eclair). Beberapa application perlukan at least android 2.2. Tak pasti ada update official atau custom rom android yg latest untuk model vodafone 845. Perlu diingatkan, touchscreen vodafone 845 adalah resistive.

      overall mungkin ada masalah dengan untuk running beberapa application yang memerlukan processing dan ram yang tinggi. mungkin akan menyebabkan sikit lag. Terpulang pada penggunaan Faez sendiri.

      Kalau tengok harga Vodafone 845 harga dalam RM350. So saya assume bajet Faez untuk handphone mungkin dalam range yang agak rendah. So, mungkin Faez boleh tengok Sony Xperia X8. Harga dalam RM400. Tetap Android 2.1. Tapi ada RAM lebih tinggi. Processor 600MHZ. Mungkin application lebih lancar. Touchscreen pun capacitive. Tengok size pun tak la besar sangat. Lebih kurang vodafone 845

  22. Faez says:

    TQ kerana telah membantu saya..
    Jawapan anda sangat saya hargai..

  23. nick says:

    sy nk ty skit. sy nk beli hp br tp bajet skit ja. rm300 ke bawah. kalo boleh sy nk yg ada wifi, 3g utk video call dan kamera 3 mp. hp jenis mana eh?

    TQ :)

    • Khidhir says:

      Terus terang, RM300 ke bawah utk wifi dan 3g video call agak susah. video call perlukan front camera. biasanya hp yang ada front camera memang agak mahal. Setahu saya, memang tak ada kot. Kalau nick pernah jumpa, boleh bagi tau saya modelnya, nanti sy tengokkan kualitinya.

      Kalau hp cap macam BLUEberry, china quality dan seangkatan dengannya tu mungkin ada. Tapi sy memang tak berapa recommend untuk beli brand yang kurang diketahui prestasinya. Rosak, data hilang semua susah lak nanti.

      • nick says:

        yg sy jumpa samsung s5620 monte dgn samsung champ 3.5g. ok x hp ni?

        • Khidhir says:

          oh. ingat Nick cerita Android.

          Samsung s5620 guna os proprietary TouchWiz 2.0 Plus UI. Kalau jenis os proprietary macam ni tak banyak isu macam processor dan ram. So tak ada apa masalah sangat perlu Nick risaukan. Memang hardware yang ada tu biasanya cukup la untuk menampung spec phone tersebut.

          Ok je. Kalau Samsung s5620 tu 3.2mp kan. So dari segi kamera memang better Samsung s5620 dari Samsung Champ 3.5g (Samsung s3770) yang 2mp tu. Camera depan memang tak boleh nak expect banyak. 0.3 VGA tu memang kira ok la kot dengan harganya.

      • nick says:

        sy br beli semlm samsung corby II. xleh video call,mcm khidhir ckp, nk video call kena bajet lebih..so sy beli corby II ja. so far ok x hp ni?ada yg komen2 negatif x? hehe

        • Khidhir says:

          aik, ingat nick nak beli samsung s5620 tu.

          Samsung corby 2 S support edge je. 3G mmg tak boleh. Secondary camera pun takde macamana nak video call.

          Setakat ni member yang guna samsung corby semua takde complain apa-apa.

          Untuk spec samsung corby 2 ni memang pada saya ok la dengan harganya. 2mp camera, guna OS touchwiz. Boleh multitasking application. Internal memory 26MB tapi micro sd boleh up sampai 16GB. FM radio. Ada wifi. Boleh la nak facebook, twitter, yahoo semua. Dengarnya support flash, java. adobe pdf pun tak ada masalah. Battery pun dengar cerita kalau normal usage boleh tahan 3,4 hari. Cuma maybe dia tak support full qwerty keyboard. Overall spec memang ok. Berbaloi dengan harganya.

          Takpe. Ada duit nanti boleh upgrade Android lak ye.
          Kalau Nick ada masa, boleh kongsi dengan pembaca lain harganya dan boleh la cerita sikit pengalaman bersama Samsung Corby 2. Saya pun tak ada samsung corby 2 ni. Dengar cerita member2 je. Anyway, selamat berseronok dengan phone baru

      • nick says:

        sbb sy bajet kecik ja, tu xleh nk demand spec canggih2. so far sy beli corby 2 ni dgn harga rm320 sbb sy amik yg memory card 4g. kalo memory 2g leh dpt rm300. kedai yg sy beli ni bg waranty 1thn setgh. tu yg sy beli kedai dia,kedai laen suma bg waranty 1thn ja.hehehe. batery so far ok. tahan 3 ari walaupun sy dok dgr radio n lagu2, explore2. so far sy puas ati dgn corby 2 n berbaloi dgn harga. xleh nk expect tinggi sgt sbb hp harga mcm ni ja.

        rasanya samsung monte tu harga 4rts lebih kn? dh lari bajet sy, lgpn kedai ckp tu lama py.hehehe

        anyway, thanks a lot khidhir ats segala feedback n info. :)

    • nick says:

      okes. sama2 :)

  24. zikie says:

    salam..

    ada la dua tiga soalan yang saya ingin tanya

    1) boleh tak kita upgrade android version untuk xperia mini pro kepada version 2.0++ ?

    2) boleh tak kita install papago ataupun any gps app dalam phone xpria mini pro, xpria x10 mini atau xpria x10 mini pro?

    3) betulkah bateri xperia x8 tak tahan lama?

    thanks

    • Khidhir says:

      1) xperia mini pro keluar kilang default android 2.3.3. So, tak timbul isu untuk upgrade kepada 2.0++. Latest Update daripada Sony untuk xperia mini pro adalah android 2.3.4. Upgrade android 2.3.3 kepada 2.3.4, zikie boleh buat sendiri guna pc companion. senang je.
      Dengar cerita, untuk xperia mini pro, sony akan bagi update kepada android 4.0 (ice cream sandwich) akan datang

      2)Boleh. Tiada masalah. Cuma untuk xperia x10 mini dan x10 mini pro, sebab default android adalah 1.6, mungkin kena upgrade dulu kepada 2.1++ bagi memastikan boleh support software2 gps latest di pasaran.

      3)Xperia x8 kalau ikut spec sony, sepatutnya battery dia tahan lebih lama daripada xperia x10 mini pun. Kawan saya ada guna xperia x8. Nampak macam tiada masalah dengan battery pun. ok je. Android kalau nak tahan battery, control brightness dan disable background data, tahan la battery dia tu.

  25. rin says:

    salam..nak tnya harga terkini tuka samsung galaxy ace bpa ya?

    • Khidhir says:

      Dalam range RM730-RM780 bergantung kepada kedai yang rin pergi. Kalau ada duit lebih, saya cadangkan rin try usha Samsung Galaxy W. Galaxy W harga area RM900 sekarang ni. Tapi spec jauh lebih mantap daripada Galaxy Ace terutama processor, kamera dan ROM nya. Galaxy Ace ni lama sikit.

  26. lixa says:

    Saya ni mungkin agak ketinggalan dlm bab2 smartphones ni…
    tp dek kerana hp yg sedia ada sdg mengalami kerosakan, saya bercadang nk beli hp baru…kalau leh smart phone…
    dlm budget dlm RM 500-550…agak2 apa smartphone yg bagus dlm range budget ni?mohon nasihat.

    • Khidhir says:

      smartphone tu boleh jadi macam-macam os. Tapi saya suka android dan saya rasa android lebih baik, so saya cerita android je la.

      Sebenarnya semua handphone android kat atas tu semuanya bawah Rm600 kecuali sony xperia mini pro tu dalam 700. Tapi kalau lixa ada duit lebih, memang saya suggest xperia mini pro tu. Camera 5mp, skrin cantik, processor pun 1Ghz.

      Antara yang kat atas tu, sekarang ni paling hot sekali samsung galaxy Y. Sebab dia baru dan murah. Harga dia dalam RM 400-450. Cuma masalah internal memory, display kurang cantik dan camera 2mp je. Kalau nak simple,galaxy y tu sesuai la.

      Kalau nak camera 3.2mp ,skrin cantik sikit, boleh try xperia x8. harga dalam 400-450 macam galaxy y tapi patutnya murah sikit dari galaxy Y. Cuma dia android lama sebab memang keluaran lama.

      ideos x3 tu dalam 500. spesifikasi ideos x3 tu secara teori memang nampak ok. Tapi saya tiada pengalaman menggunakan ideos x3 atau nampak orang gunakan. Maybe susah sikit nak dapat. Kalau lixa berani cuba ideos x3 terpulang. Tak nampak masalah. Tapi pastikan lixa test betul-betul handphone tu sebelum beli.

      htc wildfire tu memang lama dah. LG optimus one tu pun sebenarnya kategori lama tu. Tengok versi android pun lixa boleh tahu dia dah lama. Tapi spesifikasi dan rekod dua-dua phone ni baik. Tak jadi masalah.

      Ni kalau cerita semua macam cerita balik apa yang tulis kat atas tu dah. Macam saya cakap, handphone kat atas tu dalam range Lixa malah ada yang murah lagi. Tiada yang lebih 600 kecuali sony xperia mini pro

  27. emme says:

    Salam,

    sy pun tgh usha hp ni.. budget rendah jer.. arnd rm350 – rm400. berkenan jgk dgn corby 2 sbb warna pink and mmg murah,, ada usha kat kedai arnd rm279 dh leh dpt.. tp tu lah.. masing berpk2.. sbnrnyer takde la nak berkira sgt.. skrng ni cume nak gune hp tuk camera dgn video je.. skrgnyer hp lagi la basic :) tu nak tukar… kalau bole cadangkan hp yg at least better tuk sy bole? ada wifi tu kira cantik la tu.. and camera 3.2mp ker?

    • Khidhir says:

      ok emme. apa yg sy faham emme nak handphone bawah rm400. spec yg penting camera dan wifi.

      Sy assume corby yang emme maksudkan tu corby 2. corby setahu saya camera 2mp. wifi memang ada. so dengan spec emme ok sebenarnya. cuma corby bukan android. so dari segi application maybe emme suka game simple2 atau sbgainya, kurang choice sikit sebab corby bukan android.

      Seterusnya yang saya boleh cadangkan samsung galaxy y. harga over sikit dari budget emme. sepatutnya harga samsung galaxy y boleh dapat bawah rm450 sekarang ni. camera 2mp, wifi memang ada. plus, galaxy y adalah android. cuma spec seperti memory, processor takde lah boleh banding dengan android mahal. Kalau emme suka color casing macam-macam, galaxy y datang dari kilang dengan 5 color casing belakang. 5 warna semua dapat. Boleh baca review samsung galaxy y kat artikel atas tu untuk spec penuh.

      Last adalah sony xperia x8. harga dalam budget. sepatutnya sekarang ni harga sony xperia x8 bawah rm400. xperia x8 camera 3.2mp macam emme suka. wifi ada. android lagi. cuma handphone xperia x8 ni model lama. android dia pun lama. tapi boleh la. sebab tu harga dia boleh murah. kualiti ok kot. sony kan. screen display dia lebih cantik dari corby dan galaxy y. emme mintak kedai try tengok corby ngan galaxy y punya screen display, lepas tu tengok xperia x8 screen display. memang sony xperia x8 lebih cantik. harga dalam budget. camera 3.2 mp. cuma android lama. baca spec review sony xperia x8 kat artikel atas tu.

      Selamat bershopping.

  28. Wani says:

    salam khidhir..just nk mntk pendapat u..antara samsung galaxy y n sony xperia x8,mne lagi better ye?n kalau u diberi pilihan,u pilih mne?semalam p survey kt kedai..samsung tu nampak mcm menarik tapi sony pon same..so,xtaw nk pilih mne..help me..tq..
    [Komen diambil daripada Contact Khidhir dot Com]

    • Khidhir says:

      samsung galaxy y kelebihan yang nyata adalah sebab menggunakan Android 2.3.5 berbanding Sony Xperia X8 yang menggunakan Android 2.1.
      Tapi disebabkan RAM, Processor dan CPU yang terhad (sebab harga pun murah), dari segi manfaat apps terhadap Android terbaru tu sebenarnya kurang.
      Kalau Wani tak kisah macam outdated sikit sebab guna phone lama, saya lebih suka suggest Sony Xperia X8. Sebab saya suka design fizikal Xperia X8 (nampak cantik sikit pada saya), dan paling best sebab display screen Sony Xperia X8 memang jauh lebih cantik daripada Samsung Galaxy Y. Camera Xperia X8 pun 3.2mp. Galaxy Y 2mp je.
      Kalau saya, saya piih Xperia X8 kot. Sebab lagi satu, kalau Wani dah hebat sikit Android, wani boleh guna custom rom untuk update Android yang terbaru (sony dah berhenti update untuk Xperia X8).

      p/s: Harap boleh dapat gunakan fungsi komen yang disediakan. Contact Khidhir dot Com digunakan untuk lebih kepada isu yang memerlukan privasi. Jika bertanya tentang isu yang berkaitan, harap boleh komen terus di artikel tersebut agar pengguna lain dapat berkongsi ilmu dengan pertanyaan anda.

      • wani says:

        ow..ok2..tq khidhir..
        sory,sy dh try komen kt cni td tapi die tulis bye2 spambot..2 yg p komen kt contact khidhirdotcom tu..sory ye..

        • Khidhir says:

          oh. sebab ‘bye bye spambot’ tu samada wani tak jawab soalan math kat bawah komen tu atau wani jawab tapi tak betul. Sorry untuk masalah tu. Thanks untuk respons wani. Nanti saya ubah perkataan ‘bye bye spambot’ tu supaya pengguna boleh faham masalah tersebut. :)

  29. Eila says:

    Salam..eila nak tnye,jenis phone android brand yg dkat ats 2 jeke?nokia xade android ek?mmg x tahu psal phone2 ney..hehe..

    • Khidhir says:

      Nokia tak keluar Android. Kalau Nokia latest sekarang guna OS Windows. So kita panggil Windows phone. Yang model Lumia tu. Eila try search nokia lumia. Tapi memang mahal la. Kalau Nokia yang murah, biasanya guna OS symbian.
      Ada beberapa orang dah komen nak pendapat tentang Nokia, so Eila boleh gunakan find (CTRL+F) taip je ‘nokia’ nanti Eila boleh baca komen-komen yang berkaitan dengan Nokia.

  30. najwa says:

    nak tanya samsung galaxy y best tak?

    • Khidhir says:

      Kalau nak hp Android yang baru dan murah, saja nak try android, boleh la. Nak kata best tu susah gak. Yang best mestilah yang mahal kan. Tapi dengan harga Samsung Galaxy Y yang murah, kira berbaloi la. Kalau Najwa tak kisah outdated sikit, boleh try tengok sony xperia x8 gak

  31. shy says:

    sy sedang berfikir2 utk bli hp br, tp sy konfius sm ada mahu bli galaxy y or galaxy mini, bleh tlg bg pendapat n cdgan ckit? TQvm

    • Khidhir says:

      Galaxy Y. Tak banyak beza dengan galaxy mini, tapi galaxy mini dah lama. Android Galaxy Y lebih baru. Cuma camera Galaxy Y 2mp kurang sikit dari Galaxy Mini 3mp. Tapi processor Galaxy Y lebih pantas. Saya lebih suggest Galaxy Y dari Galaxy Mini.

  32. rizal says:

    smekom..nak tanye.. kalau kita beli handfone xperia x10 mini boleh tak kita sruh tokei kedai tu upgrade andoid hingga 2.1 ke..boleh.?

    • Khidhir says:

      Nak suruh tu boleh. Tapi tengok nasib la kalau tokei kedai tu nak caj extra atau tak.
      Tapi sebenarnya Rizal boleh buat sendiri. Update ke Android 2.1 datang dari Sony sendiri. So, cara update nya patutnya tak banyak masalah dan senang je.

  33. rizal says:

    sya akan cuba..satu lagi.macam mana nak guna bluetooth telefon ni.ape yang perlu buat.?

    • Khidhir says:

      Saya tak ada xperia x10 mini dan tak pernah gunakan Android 2.1. Tapi mengikut kebiasaan, bluetooth diletakkan di bawah setting > wireless & networks.
      Sony Xperia X10 mini memang support bluetooth. Sepatutnya ia tak ada masalah dengan fungsi bluetooth.
      Just untuk peringatan Rizal takut Rizal tersilap, sony xperia x10 mini dan sony xperia mini tidak sama.

  34. rizal says:

    nak tanye..kalau nset sony ericsson yg touch punye..yang mana sesuai untuk guna..harga bawah RM450..?

    • Khidhir says:

      Try tengok sony xperia x8. da lama sikit. Tapi design dan display memang baik pada saya. Spec xperia x8 saya ada tulis kat atas. Nak kata power sangat takde la, tapi boleh la sebab harganya pun murah kan. Harga boleh dapat dalam RM400. RM50 tu boleh extra untuk screen protector, sd card dan sebagainya

  35. windy says:

    nak tanye hp samsung android yg bgs RM900 kira2 apa ya,,

    • Khidhir says:

      Kalau dalam range rm900, saya suka Samsung Galaxy W. Model masih boleh kira baru dengan Android 2.3.5, ROM 2GB, processor 1.4Ghz, camera 5mp dengan flash memang lancar dan mantap untuk running apps.

  36. zikie says:

    salam.. Boleh khidir bagi taw x perbezaan antara xperia mini dgn xperia mini pro? Makaseh

    • Khidhir says:

      beza xperia mini dengan xperia mini pro tak banyak secara internal hardware. Rasanya internal memory xperia mini pro lebih tinggi. Itu pun memory tinggi sikit je.

      Tapi beza paling ketara adalah secara fizikal hardware. xperia mini pro ada qwerty keyboard. maksudnya selain ada touch screen, kita boleh slide phone tu, nanti ada keluar keyboard fizikal. Memang best la kalau ada qwerty keyboard ni. Cuma drawback atau kelemahan bila ada keyboard ni, phone xperia mini pro tu jadi lebih berat sikit daripada xperia mini.

      • zikie says:

        owh..kiranya beza qwerty keyboard ja la.. btw, dari segi, ketara sgt x perbezaan harga antara xperia mini pro dgn xperia mini?

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 9 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Search Khidhir dot Com:

Handphone murah, handphone android murah, android murah, HANDPHONE ANDROID, telefon murah, handphone android murah malaysia, handphone touchscreen murah, handphone, gambar handphone, hp android murah, samsung android murah, android phone murah, lg android murah, android handphone, handphone touch screen yang murah