File word hidden, diganti dengan virus

 

Mungkin kebanyakan daripada anda sedar tentang kewujudan virus ini memandangkan virus ni telah lama membiak terutama di public computer seperti di library, cyber cafe, PC di university,sekolah dan sebagainya.

Bagi mereka yang masih tidak kenal akan virus seperti ini, virus ini biasanya infect pada thumbdrive anda. Apa yg akan terjadi, kesemua file word original anda akan di hidden kan dan diganti dengan virus yg menamakan diri mereka sama seperti file original yg disembunyikan td. Seterusnya, antivirus akan detect virus pada thumbdrive anda dan buang semua virus (file word yg diterbitkan oleh virus) terbabit. Apa yg anda lihat, seolah2 antivirus itu membuang file word anda yg mungkin dianggap ‘false positive’ dan anda marahkan antivirus anda.

Sebenarnya, tindakan antivirus anda itu tepat kerana ia m’buang virus yg terdapat dalam thumbdrive anda. Cuma masalahnya, antivirus itu tidak akan m’perbaiki kesan virus tersebut yang telah hidden kan original file word anda pada taraf system file dan anda tidak dapat melihat original file word anda.

Untuk permulaan,kita lihat cara untuk view hidden file system:

1. Buka Folder option

    Windows XP: Tools > Folder Option

    Windows 7: Organize > Folder Option

2. Tick pada “show hidden files, folders, and drives”

3. Untick pada “Hide protected operating system files”

Alternatif dan Cara yang Lebih Baik dan Mudah

 

Mungkin juga sebahagian anda bukan setakat sedar, tetapi juga tahu cara menangani masalah ini melalui command prompt dan sbagainya. Tetapi masalah yang sering terjadi iaitu apabila PC yg anda gunakan, Folder option PC tersebut telah disable oleh virus. Ya, anda boleh enable kan folder option melalui registry editor. Tetapi menjadi suatu kebiasaan PC awam yg tidak dijaga dengan baik, bukan sekadar folder option telah disable, command prompt, task manager dan registry editor juga telah disabled.

Jadi bagaimana anda selesaikan masalah ini? Bawa tools antivirus anda dan selesaikan masalah satu persatu sedangkan tujuan utama anda menggunakan PC tersebut adalah utk menyiapkan assignment atau print tugasan anda? Berapa lama tempoh yg akan anda ambil?

Bagaimana saya tahu? Suatu ketika dahulu, sy juga pengguna PC public utk print tugasan. Semalam tengok file tu ok je. Pagi ni nak print, hilang pulak file word tu. Tambah malang deadline tinggal 30 minit je lagi. haha..Student ‘cemerlang’, tugasan sebulan disiapkan dalam 1 malam yg terakhir.

Maka tujuan berdirinya sy disini adalah untuk berkongsi dgn anda satu application yg sy gunakan utk kembalikan hidden file word anda kepada normal dlam 3 klik walaupun Folder option, Command prompt ,Task manager dan Registry editor PC tersebut telah disabled oleh virus.

Memandangkan saya agak malas bukan seorang yg rajin, sy tak buat interface utk program ini.

1. Double klik pada salah satu file remove (X).exe. X refer pada “drive letter” thumbdrive anda. Jika drive letter anda tidak tersenarai di antara semua file .exe terbabit, anda boleh mengubah drive letter menggunakan disk management atau cara manual (cabut pendrive dan susun ikut urutan letter dengan mnggunakan pendrive lain).

 

2. Tunggu sehingga proses selesai. Masa proses bergantung kepada kapasiti thumbdrive tersebut.

Saya sertakan juga “remove all (X).exe”. Ini boleh digunakan jika virus yg terkena pd thumbdrive anda bukan sahaja hidden kan file word anda, malah semua file termasuk folder2 anda sekali disembunyikan oleh virus. Cara penggunaan adalah sama seperti di atas. Walaubagaiamana pun, sy tidak menggalakkan anda menggunakan “remove all (X).exe” jika hanya file word sahaja yg terlibat walaupun pd hakikatnya “remove all” mampu selesaikan masalah dia atas disebabkan tempoh masa yg diambil dan sedikit ‘acceptable bugs’ yg terdapat dalam “remove all (X).exe”

Download link: http://rapidshare.com/files/402568198/khidhir_s_remover.zip

Password:khidhir

P/S: Application ini telah diuji dan berjaya sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pihak admin sama sekali tidak bertanggunjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan disebabakan penggunaan application ini. Anda bebas menggunakan application ini tetapi anda tidak digalakkan mengubah apa2 data pada application ini termasuk menamakan (rename) semula.

*** Pengguna Windows Vista dan 7 mungkin perlu run application ini as administrator

Sekian..

12 Replies to “File word hidden, diganti dengan virus”

    1. @finalcross,
      Sama2..boleh2..bagi la adik,akak,abg ipar, sdare mara semua..semoga manfaatnya kita kongsi bersama

  1. waaa…. dah lame aku duk godek2 web nak cari tutorial nih…. susah ar nk terangkan kat orang…. urmmm, bro, mcm ne plak kalau dh buat step 2 & 3… tapi masih x ley nak show hidden file word tuh??? coz mmbr aku pnah kene….

    1. @myFirdaus,
      kalau da wat step 2 & 3 tapi masih tak boleh view hidden, mksudnya virus masih ada dlm PC tersebut. tak caye, cuba bukak “folder option” semula. Setting yang anda tetapkan telah “revert” (kembali kpd asal) spt anda tidak setting apa2..Scan PC ngan antivirus jika PC itu milik persendirian. Most antivirus bekemampuan utk detect virus ini. Cuma mcam sy cakap, antivirus tak kan ubah file word anda kepada asal (tetap dlm keadaan hidden). Sebab tu sy bekalkan anda dengan program di bawah post tu. Supaya anda boleh view original file word anda dlm b’brape klik sekalipun virus tersebut masih berkeliaran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *