Domain CO.CC Hilang Daripada Google Search Engine

Domain co.cc yang sangat terkenal sehingga mencecah lebih 10 juta co.cc site suatu ketika dulu mungkin kerana ia diberikan percuma kini menghadapi maslah besar apabila pak cik Google yang merupakan orang penting dalam dunia internet membuat keputusan untuk banned atau deindexed semua domain co.cc daripada search engine milik beliau. Perkara ini sebenarnya telah lama terjadi namun ia dilaksanakan tanpa sebarang notis atau amaran terhadap semua pemilik domain tersebut. Hal ini ternyata merunsingkan semua pemilik website yang mempunyai domain co.cc kerana sedar bahawa tiada gunanya sebuah website tanpa mendapat restu daripada Pak Cik Goolge. Penggunaan domain co.cc adalah sangat tidak digalakkan kini bukan sahaja kerana ia tidak akan dimasukkan atau indexed dalam carian Google Search Engine, malah ia dianggap berbahaya oleh sesetengah pihak Antivirus dan Firewall secara membuta tuli .

Bukti ?

 

Kenapa Domain CO.CC Deindexed Daripada Google Search Engine?

Tiada siapa yang boleh menyatakan dengan pasti sebenarnya mengapa pak cik Google mengambil tindakan untuk menghilangkan semua website co.cc daripada Google Search Engine. Namun begitu alasan utama yang diberikan oleh pak cik Google apabila diajukan soalan demikian ialah kerana malicious website dan phishing website. Juga dikatakan, 40% phishing website berada dalam subdomain co.cc bersumberkan satu presentation ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) oleh seorang manusia di Singapura menyebabkan semua domain co.cc banned atau deindexed.

 

Matt Cutts (Ketua Google Webspam Team) berkata:

“If we see a very large fraction of sites on a specific freehost be spammy or low-quality, we do reserve the right to take action on the freehost as a whole”

 

Bagi pihak co.cc, mereka sama sekali menyangkal sama sekali dakwaan Google tentang malicious site daripada domain mereka. Hal ini kerana mereka menyatakan malicious site adalah tidak lebih daripada 0.01%  memandangkan site dalam domain mereka yang melebihi 10 juta. Pihak co.cc juga menyatakan bahawa mereka menghalang atau block malicious site daripada domain mereka mengikut maklumat yang diterima daripada Trend Micro dan Symantect sejak 2010 lagi. Mereka juga memastikan apabila terdapat domain baru, server IP pendaftar tidak wujud dalam Spamhaus Block List.

 

Bagi saya secara peribadi, banned atau deindexed seluruh domain co.cc adalah tidak wajar. Jika phishing site yang menjadi isu, saya rasa tidak pernah terjadi phishing website akan berjaya menginap dalam search engine Google. Kalau ada sekalipun, mungkin website tersebut berada dalam page result hujung dan bukannya page result yang pertama. Malah jika malicious website yang menjadi isu, tidak wajar meletakkan kesalahan terhadapa pihak domain co.cc semata-mata. Jika diikutkan, pihak hosting lebih bersalah memandangkan data website tersebut berada dalam simpanan mereka.

 

Hakikatnya masih menjadi suatu misteri. Ada suara-suara yang menyatakan sebenarnya pak cik Google runsing tentang maklumat peribadi yang pak cik Google boleh dapatkan. Jika anda pernah memiliki domain co.cc, anda tahu domain itu milik anda apabila anda register dengan co.cc, namun nama pendaftaran untuk whois record hanya dimilik oleh website co.cc. Anda tidak boleh melaksanakan whois record bagi domain co.cc di website atau tempat lain seperti domain .com atau domain-domain lain. Maka pemilik sebenar seluruh domain co.cc hanya boleh diketahui oleh pihak co.cc.

Selain daripada pak cik Google, terdapat juga syarikat Antivirus lain yang secara membuta tuli menyatakan bahawa semua domain co.cc adalah merbahaya. Maka, perisian Antivirus atau firewall tersebut akan menghalang anda daripada akses mana-mana website co.cc. Gambar di bawah adalah contoh halangan atau block oleh Eset Smart Security apabila anda ingin melayari mana-mana website co.cc.

Reconsideration Request?

Ya. Salah satu cara yang pernah dicadangkan ialah oleh penulis website lain ialah dengan submit reconsideration request atau request  daripada pak cik Google. Reconsideration request adalah cara untuk kembali mendapat restu pak cik Google dan dimasukkan kembali dalam Google Search Engine setelah website tersebut deindexed oleh pak cik Google disebabkan melanggar peraturan kualiti yang ditetapkan. Malangnya dalam kes ini, saya lihat kemungkinan tiada harapan untuk dimasukkan kembali dalam Google Search Engine memandangkan tiada satu pun website co.cc yang mendapat tempat dalam Google Search Engine  ketika ini.

Saya juga telah mencuba nasib dengan submit reconsideration request. Tetapi setelah lebih 5 minggu masih tidak mendapat sebarang respons daripada pak cik Google. Diharapkan domain co.cc akan kembali pulih seperti biasa di masa akan datang. Bagi mereka yang ingin memulakan pembangunan web, penggunaan domain co.cc buat masa ini adalah tidak digalakkan kerana website anda akan mendapat tentangan daripada banyak pihak.

Update: Domain co.cc telah diterima semula oleh pak cik Google. Namun begitu jika anda mempunyai website menggunakan domain co.cc, page rank website tersebut akan menjadi 0 semula. Juga perlu saya ingatkan, berikutan isu ini, pihak co.cc telah mengambil langkah yang agresif dengan meletakkan banyak nameserver yang didapati mempunyai website merbahaya dalam block list mereka.

Terdapat juga sesetengah server hanya menjadi mangsa keadaan apabila server mereka digodam dan beberapa website dalam server tersebut telah menjadi mangsa defacement. Hal ini juga boleh menyebabkan nameserver tersebut diletakkan dalam block list pihak co.cc. Oleh itu jika anda ingin menggunakan domain co.cc, pastikan nameserver yang digunakan oleh anda daripada pihak hosting tersebut tidak berada dalam block list pihak co.cc.

Sekian..

13 Replies to “Domain CO.CC Hilang Daripada Google Search Engine”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *