Projek email 1 malaysia yang menggunakan domain myemail.my kini diperingkat beta telah dibuka untuk pendaftaran. Projek Email 1 Malaysia dibangunkan oleh Tricubes yang menjadi bahan politik dan isu yang hangat diperdebatkan tidak lama dahulu kini boleh anda daftar dan mendapat akses untuk mencuba sendiri fungsi yang diberikan. Email 1 malaysia yang bertapak di domain myemail.my pada mulanya dijangka dibuka untuk pendaftaran untuk warga Malaysia pada awal bulan Julai 2011 mengalami penangguhan sehingga semalam iaitu pertengahan bulan Ogos 2011. Maka artikel kali ini akan membawakan kepada anda sedikit review pendafataran, masalah yang dihadapi semasa pendaftaran peringkat beta dan sedikit maklumat serta pandangan khidhir dot Com terhadap projek email 1 malaysia yang menelan kos agak tinggi dikatakan sehingga RM50 juta.
Langkah Mudah Daftar Email 1 Malaysia myemail.my
1. Akses myemail.my
2. Klik Sign Up atau Daftar
3. Isikan ruangan yang disediakan iaitu ruangan Nama, nombor mykad, myemail id, password, security question dan alamat email alternatif. Klik Daftar atau Register
4. Anda perlu tunggu sehingga mendapat pengesahan nama dan nombor mykad daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan pengalaman saya, ia mengambil masa 5 hingga 10 minit.
5. Periksa atau semak email alternatif yang anda daftarkan. Sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda akan menerima email daripada myemail.my bagi link pengaktifan akaun myemail.my. Klik link tersebut dan anda telah berjaya mendaftar akaun myemail.my
6. Login ke akaun anda di myemail.my. Ambil perhatian, anda perlu sertakan dengan domain myemail.my di runagan myemail id. Sebagai contoh, anda perlu isi [email protected] di ruangan myemail id.
7. Setelah login di akaun myemail.my, anda boleh edit profile anda. Alamat rumah anda telah diletakkan mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walaubagaimanapun anda dibenarkan untuk edit atau mengubah suai alamat tersebut.
Interface atau Antaramuka Myemail.my Selepas Login
Interface atau Antaramuka Inbox Myemail.my
Tidak banyak yang boleh dikatakan disini memandangkan sistem yang digunakan adalah Windows Live. Maka secara mudah, sistem email tersebut adalah sama seperti akaun Windows Live atau hotmail anda.
Gambar dibawah ialah sistem email myemail.my
Anda boleh membuat perbandingan dengan gambar dibawah yang merupakan sistem email hotmail
Gambar dibawah adalah MX Record yang membuktikan myemail.my menggunakan sistem Windwos Live atau Hotmail
Bagi yang kurang faham erti MX Record, Secara ringkas MX Record (Mail Exchanger Record) ialah satu rekod sumber dalam DNS (Domain Name System) yang menyatakan mail server yang bertanggungjawab untuk menerima email bagi pihak sesuatu domain penerima.
Bug atau Isu Masalah Semasa Proses Pendaftaran
Semasa proses pendaftaran, saya perhatikan buat masa ini terdapat beberapa bug atau isu yang timbul.
Ruangan password dan confirm password. Idea teknologi ajax yang digunakan adalah bagus. Walaubagaimanapun, terdapat kesilapan dimana simbol tick dan cross yang digunakan tidak update dengan baik. Bermaksud, jika anda masukkan password yang salah di ruangan “confirm password “, tanda cross atau pangkah akan kekal walaupun anda telah masukkan kembali password yang betul dan sama. Lihat gambar di bawah
Gambar di bawah ialah Source page yang telah saya ubah bagi membuktikan bahawa password yang dimasukkan adalah sama
Selain daripada itu, terdapat bug atau isu di ruangan security question. Beberapa soalan berkaitan dengan tahun seperti tahun lahir anda dan tahun lahir ibu anda yang mana ruangan jawapan diletakkan dengan bilangan minimum sebanyak 5 huruf atau karakter. Mengikut normal dan logik suatu tahun diletakkan, bilangan tahun seperti 1990 hanya sebanyak 4 huruf atau karakter.
Kos Pembangunan Email 1 Malaysia Myemail.my RM50 Juta
Dari segi isu kos bagi pembangunan email 1 Malaysia myemail.my, saya tidak ingin masuk terlalu mendalam memandangkan isu ini sering dipolitikkan. Walaubagaimanapun, kos yang dikatakan sehingga RM50 juta buat masa ini dilihat kurang wajar dengan hasil yang dipaparkan. 1 webpage myemail.my berserta dengan custom domain daripada Windows Live mencecah RM50 juta masih diluar logik akal yang rasional walaupun secara jujurnya saya tidak pasti nilai sebenar yang dibayar pada Microsoft atau Windows Live.
Sebenarnya, saya lebih bangga dengan interface dan sistem email yang dibangunkan sendiri oleh Malaysia walaupun interface atau sistem tersebut berkemungkinan 5 tahun ketinggalan daripada sistem yang dihasilkan Yahoo atau Google kini. Walaubagaimanapun, memandangkan Email 1 Malaysia, myemail.my masih diperingkat beta, saya masih menanti dan mengharapkan fungsi-fungsi lain yang akan diwujudkan termasuk fungsi untuk melanggan penyata, bil atau notis daripada kerajaan atau swasta
Kelemahan di ruangan pendaftaran atau sign up pada saya tidak seharusnya terjadi kerana ia membawa pandangan yang buruk. Orang kampung kata first impression itu penting. Sebagai developer website, perkara seperti logik dan setiap kemungkinan yang boleh dilakukan oleh user seharusnya dipertimbang dengan teliti. Memandakan kos yang tinggi, kesilapan pada fungsi utama perlu dielakkan dengan sebaiknya
Keselamatan dan Privasi
Tricubes menjanjikan yang mereka akan menjaga setiap privasi maklumat mengenai diri anda dan email yang anda hantar atau terima tetapi tetap bergantung kepada undang-undang. Bermaksud, pihak-pihak tertentu boleh mendapatkan maklumat anda dan email anda daripada Tricubes sekiranya anda terlibat dengan sebarang jenayah atau isu yang berkaitan dengan undang-undang.
Secara peribadi, saya menganggap keselamatan dan privasi Tricubes masih meragukan. Anda boleh menggunakan myemail.my bagi urusan tidak rasmi tetapi saya rasakan kurang sesuai menggunakan email 1 malaysia untuk sebarang urusan pendaftaran dengan website luar yang mungkin akan sertakan user id dan password anda di dalam email yang anda terima. Walaubagaimanapun, perkara tersebut bergantung kepada keyakinan anda sendiri tetapi saya tetap menggalakkan anda untuk daftar email 1 Malaysia, myemail.my secepat mungkin bagi mendapatkan email id nama anda yang anda impikan
Sekian..
Ouch! 1st Impression, I like ur banner
otaku kan ?
Suka itachi ea. 🙂
Thanks bgitahu pasal myemail ni.
Nnti nk register 😉
@nizamghazi,
yup, itu itachi..
welcome..
huhuhu… nampak gayanya macam masih belum selamat untuk mendaftar…50juta banyak tu…
@mancai,
maybe.. sbb tu jgn guna utk urusan yg penting2..
50 juta mmg byk..
saper yg tgh nak buat akaun emel, bagus kalau nak daftar ni 😀
@kopisoda,
yup. tapi xpasti kalau ada org yg mmg nak jadikan email myemail.my sebagai email utama..
Salam. terima kasih atas perkongsian hebat. Selepas baca artikel yang saudara tulis ni saya berfikir 2 3 kali sama ada mahu menggunakannya atau tidak. Email gmail, yahoo, hotmail yang saya ada sebelum ni pun tak sempat nak buka semua. Tak tahu lagi nanti kalau rasa ada masa nak usha gak email 1malaysia ni. 🙂
@NikThoha,
saya daftar utk rebut nama je dulu.. hehe…
belum berminat lagi nak guna. Huhu..
Buat masa ini belum berminat untuk mendaftar kecuali pihak kerajaan mewajibkannya suatu hari apabila berurusan dengan mereka 🙂
@akubiomed,
wajibkan tu mcam xberlaku je. tapi maybe dia akan buat supaya org mcam terpaksa daftar utk tujuan2 tertentu..
saya tak pasti nak daftar atau tidak
gmail yang ada sekarang pun sekali sekala je buka
@tehr,
sy pun buat myemail.my ni pastu biarkan je.. masih belum ada keperluan. register je dulu.. hehe
ni la projek paling noob dari gov.kerana emel habis juta2
@Wan Perlis,
hmm.. ntah la. ada yg kaitkan dgn politik dan sbgainya. saya mmg malas nak komen bab2 politik ni..
kenapa mereka tak gunakan open source ya?
50juta bukan sikit duit
harap boleh bertahan 10thn tanpa perlu upgrade hardware
@ciksembang,
maybe atas faktor keselamatan.
50 juta tu.. sy harap lebih daripada 10 tahun..
Tengah fikir-fikir jugak ni
nak tengok dulu apa respon pengguna yang dah daftar kat email ni
rasa cam susah betul nak ingat email ni..
@ohcikgu,
oh. susah nak ingat domain email ni ke? hmm, maybe kot. sebab nama domain tu mcam biasa digunakan. cuma .my je
belum lagi rasa nak me register… huhu
@zik,
yup. xpe. dorang x wajibkan utk register setakat ni.