Command Prompt: Not Recognized as an Internal or External Command

 

Command prompt merupakan salah satu perkara yg sgt penting dalam windows. Bagaimana jika command prompt tidak mengenali semua arahan yang sememangnya wujud dalam windows seperti gambar di atas? Perkara ini boleh terjadi disebabkan virus atau program yg anda installed telah mengubah suai setting windows anda. Artikel ini akan menerangkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebelum kita selesaikan masalah ini, sila pastikan masalah ini bukan disebabkan command anda menggunakan ejaan yang salah. Jika masalah ini disebabkan oleh virus, anda perlu scan PC anda menggunakan antivirus yang telah di update kerana virus ini boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus.

Tetapi pada kebiasaannya, faktor utama masalah ini adalah disebabkan software yg anda installed telah mengubah suai setting pada windows PC anda. Berikut adalah cara penyelesaian:

1. Klik kanan pada “My Computer”, pilih properties.

2. Klik “Advanced System Setting”. Pilih Environment Variables

3. Lihat kotak di bahagian bawah bertajuk “System Variables”. Pada column “variable”, cari perkataan “Path”. Double klik atau tekan Edit.

4. Kekalkan “variable name”.

Pada bahagian “variable value”, copy semua tulisan di situ ke notepad (sebagai backup jika berlaku kesilapan).

Cari perkataan:

%SystemRoot%\system32;%SystemRoot%;

5. Cut ayat tersebut dan letakkan di bahagian hadapan sekali mengikut susunan yang saya tunjukkan. Tambah ayat tersebut jika anda tidak jumpa ayat tersebut dalam ruangan “variable value”.

Perkara paling penting adalah susunan setiap value tersebut. Letakkan tanda semicolon “;” di antara setiap value jika ada value lain.

 

6. Klik OK. Anda mungkin perlu restart windows anda.

Info tambahan.

%SystemRoot%\system32 menunjukkan lokasi operating system. Adalah penting untuk anda letakkan di bahagian hadapan disebabkan ia akan memberitahu “shell” dan explorer lokasi file Operating System anda seperti executable file dan command file. Value ke 2 memberitahu lokasi program seperti ping.exe dan arp.exe diletakkan.

Ada pendapat menyatakan cara selesaikan masalah ini adalah dengan reset semua value dan letakkan hanya 2 value tersebut. Saya tidak mencadangkan cara tersebut kerana ia akan membawa masalah lain kepada program yang telah anda installed.

Selamat mencuba..

10 Replies to “Command Prompt: Not Recognized as an Internal or External Command”

    1. @hyprobulksms,
      Yup. Memang banyak kegunaan command prompt ni. Sebab tu kalau terjadi masalah seperti di atas memang sedih gak terutama di saat kita benar-benar memerlukannya

  1. askum…bro..tolonggggg..camner nih…..sy dah terdelete and x save pun kat note pad…..sy salah buat…saye cume masukn ini je…yg ori saye dah delete..saye tukar yg ni… %systemroot%system32’%systemroot%sytem32……bile dah save….pc jadi gile….bile bace balikkkk upenya saye tersilap buat..adessss…bro camner nak dapat kan confir yg ori?plzzzzzzzz

    1. ok. first kesilapan sebab tak backup.
      so solution yg ada:
      1. just masukkan yg saya tulis warna merah tu je dalam variable value. Tp kesannya, mungkin akan menyebabkan application lain prob sikit.
      2. Fazrul boleh cuba system restore. Harap2 pc fazrul ada restore point la ye. Restore tu mungkin dapat kembalikan path asal.
      3. Jika fazrul ada backup registry, path tu Fazrul boleh dapat dari:
      HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Environment –>Path
      HKEY_CURRENT_USER\Environment –>Path

      Kalau main dgn registry, jgn lupa backup,backup dan backup. Tapi sy lebih cadangkan kepada pilihan nombor 2 bagi mengelakkan kesilapan.

  2. salam..apa perlu buat jika pada step 4 di atas xsma prkataan kt path cmd sya..
    c:\Program Files (x86)\Java\jdk1.6.0_24\bin

    *sila beri tunjuk ajar..terima kasih

  3. Maksudnya c:\Program Files (x86)\Java … tu pada “variable value” kan? “Variable name” adalah “path”.
    Yang kita nak betulkan memang “Variable Value”. So memang lain komputer memang tak sama. Macam yang saya ajar,
    1. Copy semua dalam “Variable Value” tu ke notepad sebagai backup
    2. Cari perkataan %SystemRoot%\system32;%SystemRoot%; dan letakkan di bahagian depan sekali. Kalau tak ada perkataan tu dalam “Variable Value” yang asal, tambahkan je. Yang penting perkataan %SystemRoot%\system32;%SystemRoot%; tu. mesti depan sekali. Belakang dia tak kesah la.
    Contohnya,
    %SystemRoot%\system32;%SystemRoot%;c:\Program Files (x86)\Java\jdk1.6.0_24\bin;lain-lain perkataan ikut yang asal;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *