Khidhir dot Com

Senarai Artikel dalam Kategori ‘Music & Video’

Matluthfi Video – Made by Malaysians

Dua hari yang lalu, Matluthfi telah menghasilkan satu video yang bertajuk Made by Malaysians. Video Made by Malaysians adalah susulan daripada satu video sebelum itu iaitu Made by Malaysians (promo) yang mana mengajak atau menarik perhatian warga Malaysia untuk menghasilkan dan menghantar video ringkas tentang diri mereka, keturunan dan agama mereka. Apa yang menarik perhatian Khidhir dot Com adalah usaha bagi menghasilkan video ini dilakukan secara sukarela, percuma dan tanpa paksaan mana-mana pihak berjaya mendapat respons yang pada saya sangat baik dan menggalakkan. Memandangkan usaha tersebut mempunyai suatu tujuan atau motif yang mulia yang mana menggalakkan usaha perpaduan dan menghormati sesama manusia disebalik agama, budaya dan nilai masing-masing, maka artikel kali ini lebih kepada memberi penghargaan kepada usaha tersebut dan mengajak pembaca Khidhir dot Com untuk turut sama menonton video Made by Malaysians yang telah berjaya dihasilkan.

Teruskan Membaca

Opick – Tiada Duka Yang Abadi

Artikel kali ini hanya bertujuan untuk berkongsi satu lagu yang saya rasakan sangat menarik untuk dikongsi bersama iaitu lagu Tiada Duka Yang Abadi nyanyian Opick. Menarik bagi saya bukan sahaja dari segi muzikya, malah dari segi liriknya juga. Jika anda sedar, Tv3 juga sebenarnya selalu menggunakan lagu-lagu Opick sebagai lagu latar dalam cerita atau drama yang dihasilkan oleh mereka. Lagu Tiada Duka Yang Abadi ini pernah juga digunakan sebagai salah satu lagu latar dalam drama TV3 bertajuk Hani dalam slot Lestary yang dimainkan pada jam 9 malam hari selasa.

Oleh kerana lagu Tiada Duka Yang Abadi ini sangat menarik, maka dalam artikel kali ini bukan sahaja ingin berkongsi Mp3 dan lirik lagu ini, tetapi juga berkongsi dengan anda video lagu untuk lagu ini yang saya hasilkan sendiri.

Teruskan Membaca

Maher Zain – For the Rest of My Life (Video with Lyrics)

Lagu For the Rest of My Life nyanyian Maher Zain ini adalah lagu pertama sekali saya dengar daripada artis tersebut. Apa yang paling menarik tentang lagu ini adalah lirik lagu tersebut. Kekuatan lirik lagu tersebut digabungkan dengan melodi yang tidak kurang hebat telah menyebabkan saya benar-benar tertarik dengan lagu ini. Lirik lagu daripada album Thank You Allah ini secara keseluruhannya bercerita tentang cinta seorang hamba Allah terhadap isterinya dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Artikel ini akan berkongsi dengan anda lirik lagu tersebut, lagu dan video yang telah digabungkan dengan lirik oleh saya sendiri.

Teruskan Membaca

Azfar – Akan Ku Jumpa (OST Syurgamu Ramadhan)

Bulan Ramadhan yang baru berlalu ini, satu drama bersiri bertajuk Syurgamu Ramadhan ditayangkan di di dalam slot Samarinda oleh TV3. Lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Azfar bertajuk Akan ku Jumpa. Apabila saya melakukan sedikit research tentang lagu ini, sebenarnya lagu ini telah digunakan di dalam drama Tari Tirana di dalam slot Lestary yang juga ditayangkan di TV3 pada 25 Ogos 2009. Cuma lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi yang berbeza iaitu Nadia Aqilah Bajuri dan terdapat sedikit perbezaan di penghujung lirik tersebut. Artikel ini akan berkongsi dengan anda lagu berserta lirik Akan Ku Jumpa dan perbezaan lirik di antara versi nyanyian Azfar dan juga Nadia Aqilah Bajuri.

Teruskan Membaca

Ika Nabella AF6 ft Aliff Razali – Tiada Rasa (OST Ilusi)

 

Lagu Tiada Rasa dinyanyikan oleh Ika Nabella AF6 feat Aliff Razali merupakan salah satu OST  Ilusi yang ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia. Tengah tengok cerita ni terasa menarik pulak lagu ni. Setelah melakukan pencarian akhirnya dapat lah lirik lagu dan mp3 lagu ini untuk dikongsi bersama anda.

Teruskan Membaca

Page 1 of 3123»