Cara Tambah Memory Limit Hosting (WordPress)

Memory Limit adalah salah satu perkara yang penting apabila anda memilih hosting. Memory limit yang terlalu rendah akan menyeksa jiwa anda. Banyak masalah akan timbul dan kerja anda akan menjadi susah. Artikel ini akan menerangkan cara untuk check memory limit dan seterusnya increase memory limit hosting anda.

Cara check memory limit hosting anda:

Taipkan <?php phpinfo(); ?> di dalam notepad dan save sebagai nama.php. Upload ke dalam root website anda dan taipkan url di mana anda upload file tersebut. Anda akan dipaparkan dengan info tentang php anda . Scroll down sampai anda jumpa memory_limit seperti gambar di bawah.

Cara increase memory limit anda (contoh ini menunjukkan increase ke 64M) :

1. Jika anda mempunya access ke PHP.ini, tukar line berikut

memory_limit = 64M ;

2.  Jika anda tidak mempunyai access kepada PHP.ini, cuba tambahkan line berikut dalam file .htaccess anda:

php_value memory_limit 64M

3. Tambahkan line berikut di dalam file wp-config.php

define(‘WP_MEMORY_LIMIT’, ’64M’);

4. Jika masih tidak berjaya, tanya kepada host website anda. Hosting anda mungkin meletakkan limit kepada memory anda terutama jika anda pengguna free hosting.

Sekian..

2 Replies to “Cara Tambah Memory Limit Hosting (WordPress)”

  1. tutorial berguna bagi mereka yg baru berjinak-jinak dengan WP Self-Host… thanks bro… buat rujukan anak2 dan generasi masa depan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *