Khidhir dot Com

Cara Menambah Kelajuan PC


12,154 makhluk telah membaca artikel ini

Artikel kali ini akan bercerita tentang cara bagaimana untuk menambah kelajuan pc atau laptop anda. Kalau orang kampung cakap cara nak speedup pc atau laptop. Tambah kelajuan komputer atau mungkin perkataan yang lebih tepat pada saya ialah cara untuk optimize pc atau dalam bahasa melayu kita sebut mengoptimumkan pc atau laptop anda. Disebabkan kelajuan sesebuah pc atau laptop memang sangat penting, maka isu ini selalu dibahaskan di kalangan pengguna komputer dan terdapat pelbagai pandangan dan cara untuk menambah kelajuan pc atau laptop masing-masing. Laptop atau PC yang lembap mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang dalam jiwa anda sehingga boleh menyebabkan perasaan ingin membaling, melempar,memukul atau segala jenis cara yang boleh memusnahkan  PC atau laptop. Kewujudan artikel menambah kelajuan PC ini, tidak lain bagi membantu anda mendapatkan ketenangan semasa menggunakan laptop atau PC anda seterusnya menceriakan hari anda.

 

Sebenarnya, terdapat banyak artikel di dalam blog-blog komputer dengan pelbagai tips bagi menambah kelajuan laptop atau PC sehingga saya rasa kurang berminat untuk tulis artikel tentang tips tambah kelajuan komputer ini. Tapi disebabkan ada permintaan dari una kita ni dan sedikit kelapangan masa saya setelah menamatkan exam CCNA baru-baru ini, maka saya cuba tunaikan juga permintaan beliau untuk meringankan pc atau laptop. Walaupun terdapat lambakan artikel speedup pc di internet atau laman sesawang, saya cuba menulis artikel ini daripada perspektif pandangan saya sendiri dan cuba menjelaskan sebaik mungkin tentang isu menambah kelajuan komputer ini.

 

Dibawah terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan dalam usaha menambah kelajuan pc atau laptop anda

 

1. Application, Processes dan Services.

Pemahaman tentang perkara asas sangat penting. Kegagalan memahami perkara-perkara asas sebegini akan menyebabkan tiada satu website atau blog komputer dapat membantu anda meningkatkan kelajuan pc atau komputer anda. Pada pandangan peribadi saya, sebab kegagalan anda untuk menambah kelajuan pc atau laptop anda disebabkan anda tidak memahami sendiri application, processes dan serivces yang wujud dalam komputer anda. Komputer atau PC anda tidak sama dengan komputer penulis blog yang lain begitu dengan saya. Application yang anda install berbeza dengan saya, maka processes dan services yang run atau bergerak disebalik tabir dalam komputer kita juga berbeza. Maka, tiada siapa yang dapat membantu pc anda melainkan anda sendiri atau anda membayar seseorang melakukannya untuk anda. Kalau awek cun mungkin kurang masalah disebabkan mereka memang banyak pembantu yang boleh melaksanakan secara free. Tapi kalau bagi mereka yang kurang paras rupa dan kewangan ni, terpaksa lakukan sendiri ye.

 

Cara paling mudah ialah selepas startup komputer, tunggu sehingga anda rasakan semua telah selesai load.

  • Lihat task manager anda.
  • Klik pada tab process dan lihat sendiri processes yang menggunkan cpu dan memory yang tinggi. Klik pada bar memory atau CPU untuk susun mengikut aturan (sort) penggunaan memory atau CPU dari tinggi ke rendah.
  • Lihat processes atau application yang menggunakan memory atau CPU yang tinggi. Selepas itu, anda boleh cuba untuk end process tersebut.
  • Jika anda rasakan application yang menyebabkan processes itu wujud kurang berguna atau bermanfaat, anda boleh disable daripada startup atau uninstall terus application tersebut.

Perhatian: Sila pastikan anda tahu process apa yang anda end atau matikan. Sebahagian processes sangat penting digunakan untuk menjalankan Windows dan hardware komputer anda. Jika anda kurang pasti, sila tulis nama process tersebut di pak cik Google dan lihat application apa yang menjalankan processes tersebut. Tiada shortcut untuk perkara ini. Anda perlu belajar perlahan-lahan berdasarkan pengalaman dan kenalpasti sendiri process yang bergerak dalam komputer anda. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu anda jika komputer anda dijangkiti virus atau malware. Anda takut untuk end process tersebut? Jangan risau. Lihat tips saya nombor dua.

 

Selain daripada itu, pilih application yang anda gunakan bukan sekadar dari rupa paras dan features application sahaja, sila pertimbangkan dalaman application tersebut. Luaran itu bonus, dalaman itu penting. Maksud saya penggunaan memory dan CPU application tersebut juga penting. Selain daripda itu, services apa yang dijalankan oleh application tersebut juga penting. Sebagai contoh, lihat sendiri perbezaan antara iTunes, Windows Media Player dan Media Player Classic. Anda akan dapat lihat kesan kecantikan luaran kepada dalaman application tersebut. Pilihan di hujung jari anda.

 

2. Kawal Startup PC – Appication, Processes dan Services

Mengawal startup PC sebenarnya sangat berkait dengan perkara pertama tadi. Setiap processes dan services yang run dalam PC anda disebabkan process tersebut bergerak ketika anda execute atau menjalankan application tersebut atau process tersebut sememangnya bergerak bermula daripada startup PC anda. Biasanya process yang bermula ketika startup adalah hidden process yang sentiasa diperlukan untuk sentiasa bersedia dalam pc anda. Contoh third party software yang boleh menyebabkan perkara ini adalah software seperti autorun eater, software untuk protect usb, protect files dan pelbagai lagi. Kebanyakan software-software mahal yang anda ‘beli’ seperti Adobe Photoshop, Dreamweaver, Sony Sound Forge, Video editing software, Autocad, Orcad dan segala jenis software perlu run beberapa services untuk memastikan application tersebut dapat dijalankan dengan baik termasuk licensing application tersebut. Kadang-kadang, application-application sebegini sebahagiannya bukanlah application yang kita gunakan setiap hari. Maka kawalan terhadap services yang dijalankan oleh application sebegini ketika startup juga penting bagi menambah kelajuan PC apabila kita tidak menggunakan application-application berat ini.

 

Soluto

Maka bagi pembaca yang kurang yakin untuk melaksanakan tips nombor 1 saya, cara lain yang boleh anda lakukan adalah dengan kawal atau mematikan process tersebut daripada awal startup komputer lagi. Maka bagi membantu anda kali ini, saya cadangkan satu software memandangkan cara manual mungkin agak sukar untuk anda. Saya percaya anda tahu banyak software yang dapat mengawal startup komputer dengan mudah seperti ccleaner (lihat tips saya nombor 5), namun begitu saya cadangkan Soluto disebabkan kemampuan software ini yang agak advanced tapi sangat mudah untuk digunakan dan boleh membantu pengguna komputer yang kurang mahir.

 

Apa yang menarik tentang software ini, selain daripada kemampuan software ini untuk disable applications dan services, software ini memberi option untuk meletakkan sesuatu application atau service dalam mode ‘delay’. Kebaikan dalam mode ‘delay’ ini ialah application tersebut tidak akan terus load ketika startup. Terdapat situasi dimana kadang kala anda buka PC hanya untuk mengambil file dalam komputer sahaja atau buka internet sebentar. Maka anda dapat mencapai matlamat anda lebih pantas disebabkan anda tidak perlu menunggu semua application dan services untuk load. Trick dalam teknik delay yang biasa saya gunapakai adalah meletakkan services application-application berat yang saya jarang gunakan dalam keadaan delay. Apabila startup, sebaik sahaja semua application telah habis load, saya boleh exit soluto seterusnya membiarkan application yang berada dalam keadaan delay tidak load dalam startup. Andaikata, tiba-tiba saya berhasarat untuk menggunakan application berat tersebut, saya boleh open Soluto dan execute semua delay services.

Tambah menarik lagi disebabkan bukan sahaja software ini mampu mengenalpasti application atau services yang wujud dalam startup, malah memberi sedikit maklumat latar belakang dan memberi cadangan kepada anda apa yang patut anda lakukan dengan application atau services tersebut. Selain itu, Soluto memberi statistik tentang berapa peratus pengguna komputer lain yang mematikan, delay atau boot application atau services tersebut.

 

Apabila anda menggunakan software seperti ini, pastikan anda memanfaatkan sepenuhnya fungsi yang ada bagi memastikan ia berbaloi. Bukan berbaloi dari segi harga, tapi berbaloi dari segi masa startup. Hal ini kerana software sebegini terdapat satu kelemahan yang sangat nyata iaitu ia mesti turut sama dalam startup komputer anda. Maka jika anda tidak menggunakan Soluto dengan sepenuhnya, software seperti ini tidak lain hanya akan menambah berat dalam komputer anda. Selepas selesai load startup, anda boleh exit Soluto ini supaya ia tidak terpacak di toolbar komputer anda dan turut sama menyedut memory komputer anda.

Sila jangan contohi gambar di atas. Masa startup sampai seminit lebih. Hal ini disebabkan tuan punya komputer sangat malas untuk uninstall application-application berat bila tidak digunakan lagi. Maka services yang dimulakan semasa startup memang sangat banyak. Kalau tengok bilangan application pun anda boleh agak. Nasib baik tuan punya komputer penyabar orangnya. On komputer, lepas tu sempat pergi mandi dan breakfast sekejap.

 

MSconfig

Jika anda rasakan software seperti Soluto ini hanya menambah masa untuk load startup komputer anda, maka penyelesaian yang terbaik ialah msconfig. Gunakan msconfig untuk disable startup application dan services jika anda benar-benar mengenali komputer anda dan pasti akan applications dan processes yang patut wujud dalam komputer anda. Jika anda boleh menggunakan msconfig, saya percaya anda berada di tahap yang agak advance dalam komputer. Maka, saya tidak perlu bercerita panjang kepada pengguna msconfig. Anda patut tahu apa yang patut anda lakukan dan langkah-langkah selamat dalam menggunakan msconfig.

 

3. Antivirus

Masih lagi berkait dengan application, processes dan services sebab Antivirus juga merupakan suatu application. Cuma saya sengaja asingkan Antivirus disebabkan anda perlu beri perhatian yang lebih kepada isu Antivirus ini. Saya yakin ramai pengguna komputer tahu kepentingan antivirus. Komputer tanpa Antivirus ibarat kereta tanpa brek. Laju tapi merbahaya.

 

Isu yang sama diketengahkan iaitu CPU dan memory. Pernah tak anda ambil kira berapa banyak memory yang digunakan oleh perisian Antivirus anda? Antivirus adalah suatu aplikasi yang sentiasa bergerak disebalik tabir. Disebabkan fungsi seperti ini yang lebih dikenali sebagai real-time protection yang membuatkan ia mampu pop up apabila ia mengesan sebarang jenis program yang boleh mengancam keselamatan komputer anda. Semestinya fungsi real time protection ini diharapkan dari perisian Antivirus tetapi ia menggunakan cpu dan memory komputer anda pada kadar yang tinggi.

Hal ini tidak dapat dielakkan demi keselamatan komputer anda. Walaubagaimanapun, apa yang boleh anda lakukan ialah anda boleh memilih perisian Antivirus yang lebih ringan dan tidak menggunakan memory dan CPU yang tinggi dan keterlaluan. Saya pernah bercerita tentang Antivirus dalam artikel 5 Antivirus Terbaik.

 

Jika anda rasakan Antivirus anda benar-benar mengganggu, anda mungkin boleh cuba bermain dengan Linux. Jarang pengguna Linux menggunakan Antivirus disebabkan kurangnya virus yang dicipta untuk Linux.  Anda boleh rujuk artikel Install Fedora Dual Boot Bersama Windows, Install Ubuntu Dalam Thumbdrive dan 5 Langkah Install Ubuntu Dual Boot Bersama Windows di PC untuk mengetahui, mempelajari dan mencuba Linux.

 

4. Virus, spyware, malware dan Process Bug

Saya tidak perlu terangkan dengan terperinci tentang virus, spyware dan malware ini. Walaupun terdapat perbezaan di antara mereka, cukup lah untuk anda tahu bahawa ketiga-tiga ini adalah merbahaya. Selain daripada mereka boleh mengancam keselamatan komputer anda dan mampu mencuri maklumat dan data dalam komputer anda, mereka mempunyai persamaan. Virus, spyware dan malware turut sama menggunakan resources dalam komputer anda iaitu memory dan CPU. Bukan sahaja merbahaya, ia mampu menjejaskan kelajuan komputer anda secara tidak langsung.

 

Dalam hal ini, memang anda perlu pastikan komputer anda suci daripada segala jenis virus, spyware dan malware dengan penggunaan Antivirus. Anda sangat digalakkan untuk melaksanakan virus scan apabila ada kelapangan demi memastikan keselamatan dan kelajuan komputer anda.

 

Process bug adalah perkataan yang saya gunakan sendiri menggambarkan process yang bermasalah. Terdapat process yang bergerak dengan tujuan yang baik tetapi disebabkan bug atau kesilapan developer tersebut menyebabkan process tersebut mampu menjejaskan performance system anda.

 

Sebagai contoh, jika anda pengguna Windwos 7, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan PresentationFontCache.exe. Presentation Font Cache adalah sebahagian daripada Windows Presentation Foundation (WPF) yang membolehkan programmer develop aplikasi graphic. Jika anda kurang bernasib baik, anda akan menghadapi masalah dimana PresentationFontCache.exe menggunakan CPU pada tahap yang melampau sehingga 50% – 100% CPU yang mana sememangnya menjejaskan system.

 

Jika anda berhadapan dengan masalah PresentationFontCache.exe ini, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Pergi ke C: (Windows Directory) –> ServiceProfiles –> LocalService –> AppData –> Local
  • Delete semua file FontCachexxx.dat
  • Restart PC anda. WPF Font Cache akan rebuild diri mereka semula.

 

Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah anda, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Start –> View Local Services
  • Scroll ke bawah hingga anda jumpa ‘Windows Presentation Foundation Font Cache’
  • Double click. Disabled service ini dari startup.
  • Restart PC anda.

 

Ya, anda mungkin akan berhadapan dengan perkara sebegini kemudian hari. Akan wujud beberapa process yang bertujuan baik tetapi disebabkan kesilapan programmer dan developer, process tersebut boleh mengganggu system anda. Oleh kerana itu, anda perlu memahami dengan baik dan meneliti sendiri process yang bergerak dalam PC seperti yang saya nyatakan dalam tips nombor 1.

 

5. Cookies dan Cache

Jika anda kaki internet, saya percaya yang anda pernah dengar tentang kisah dua adik beradik ini. Secara ringkas cookies dan cache menyimpan maklumat session dan data semasa anda menggunakan internet, surfing atau browsing website. Tujuannya ialah untuk melancarkan perjalanan surfing atau browsing website anda. Menggunakan cookies anda tidak perlu login setiap kali anda masuk website seperti Facebook dan disebabkan cache surfing anda lebih pantas. Contohnya jika anda buka satu video di youtube seperti lagu Tiada Duka Yang Abadi kali pertama, anda akan terpaksa menunggu proses buffering agak lama. Tetapi anda tidak perlu menunggu lama proses buffering jika anda refresh kali kedua. Bukan sahaja video, website yang lain pun sama. Maksudnya, jika anda buka satu website seperti Khidhir dot Com kali pertama mungkin anda akan terasa lambat. Tetapi apabila anda refresh atau membuka website ini kali kedua, anda akan terasa ia lebih pantas disebabkan data seperti image banner dan sebagainya telah ada dalam simpanan komputer anda.

 

Sebahagian website seperti Facebook mungkin banyak faedahnya cache ni disimpan sebab anda buka Facebook hampir setiap hari. Tapi kalau website macam Khidhir dot Com ni, nak simpan cache pun bukan anda buka website ni hari-hari kan. Admin nya pun sibuk memanjang sampai tak sempat nak update. Ok, itu cerita lain. Tapi cookies dan cache ni sebenarnya agak merbahaya sebab boleh menggugat privasi anda. Clear atau buang cookies dan  cache sangat penting bagi menjaga privasi anda serta ruangan simpanan memory dan sedikit sebanyak sebenarnya dapat meringankan komputer anda.

 

CCleaner 

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya memang sangat menggalakkan anda menggunakan CCleaner. Anda boleh buang atau clear cookies dan cache dalam beberapa klik sahaja. Klik ‘Analyze’, kemudian ‘Run Cleaner’ dan selesai.

Software CCleaner ini juga menyediakan fungsi untuk registry fix yang boleh anda gunakan bagi meringankan lagi laptop atau PC anda. Selain itu, CCleaner juga mengandungi fungsi untuk enable atau disable startup. Mudah difahami daripada menggunakan msconfig atau soluto, tetapi sangat simple dan lebih kepada disable application daripada service. CCleaner bertindak seperti msconfig yang mana ccleaner tidak perlu load di startup. Maka ia tidak akan menambah masa load startup komputer anda. Sepanjang pengalaman saya bersama CCleaner, CCleaner selalu update aplikasi mereka. Hal ini sangat baik menunjukkan yang aplikasi ini sentiasa dijaga oleh developer.

 

6. Disk Defragmenter

Balik kepada asas. Rumah kena kemas. Barang-barang kalau dah bercampur dan bersepah memang susah nak cari. Begitu juga dengan komputer. File-file semua kena susun. Bila dah tersusun, baru system senang nak cari. Itulah tujuan disk defragmentation. Kalau nak guna  disk defragmenter yang memang telah sedia ada dalam windows boleh atau guna third party software pun boleh. Kalau saya, saya guna iobit smart defrag Smart Defrag.

Sedikit tips dalam defragmentation untuk optimumkan proses defragmentation ini. Defragmentation ini melibatkan peralihan kedudukan file. Nak alih atau move sesuatu file tidak boleh dilaksanakan kalau file sedang digunakan. Seeloknya, anda exit seberapa banyak application yang boleh termasuk antivirus supaya kurang application yang bergerak semasa proses defragmentation dilaksanakan. Secara tidak langsung, ini akan dapat membantu proses defragmentation bergerak dengan lebih cepat dan pantas.

 

Jika komputer anda mempunyai dual boot, anda boleh boot windows pertama dan defrag partition windows kedua, dan boot windows kedua untuk defrag partition windows pertama supaya file-file system dapat disusun sekali. Kalau rasa lama sangat, anda boleh tidur dulu dan set automatic shut down jika anda gunakan iobit smart defrag. Walaupun kadang-kadang memang malas nak buat disk defragmentation ini, tapi ia memang penting dan sangat membantu dalam mempercepatkan dan melancarkan lagi PC atau laptop anda.

 

7. Bersihkan Desktop

Ya. Sedikit sebanyak, icon, file dan folder mempengaruhi kelajuan pc anda terutama semasa startup. Desktop itu umpama atas meja anda. Kurangkan file dan folder di bahagian dekstop anda supaya proses startup komputer lebih cepat dan pantas.

 

Sila jangan contohi saya. Ketika ini ada 312 items di atas dekstop saya. Letak 3 monitor pun tak cukup nak display semua item yang ada kat desktop. Tak tau macam mana nak kemas dah.

8. Kelajuan vs Kecantikan

Kelajuan komputer tidak bergerak sekali dengan kecantikan dan gaya. Maka jika kelajuan yang anda impikan, anda perlu mengurangkan visual effects dalam komputer. Hal ini dapat menambah kelancaran komputer anda. Langkah-langkah berikut boleh anda lakukan untuk memilih dan mengurangkan kecantikan dalam komputer anda.

 

Windows 7

  • Pergi ke Start –> View Advanced System Settings
  • Pada bahagian Performance, klik Settings
  • Bahagian tab Visual Effects, klik Custom

 

Contoh yang saya pilih (tick). Anda bebas memilih mengikut keinginan anda sendiri.

  • Animate controls and elements inside Windows
  • Animations in the taskbar and start menu
  • Enable Aero Peek
  • Enable Deep Composition
  • Enable Transparent Glass
  • Fade out menu items after clicking
  • Show thumbnails instead of icons
  • Smooth edges of screen fonts
  • Smooth-scroll list boxes
  • Use visual styles on windows and buttons

 

Windows XP

  • Pergi ke Start -> Control Panel -> System –> Advanced
  • Pilih ‘Settings’ di bahagian ‘Performance’
  • Pilih ‘Custom’ di bahagian ‘Visual Effects’

Contoh yang saya buang (untick)

  • Animate window when minimizing anda maximizing
  • Fade in taskbar
  • Fade or slide menu into view
  • Fade out menu items after clicking
  • Show shadow under menu
  • Show shadow under mouse pointer
  • Show translucent selection rectangle
  • Show window content while dragging
  • Slide open combo boxes
  • Slide taskbar buttons
  • Use drop shadow for icon labels on desktop

 

Anda bebas memilih mengikut kesesuaian anda. Semakin banyak kecantikan yang anda korbankan, semakin lancar pc atau laptop anda. Dalam hal ini, ia bergantung kepada citarasa anda sendiri. Anda boleh klik Apply dan lihat sendiri kesannya kepada laptop atau PC anda.

 

9.  Game Booster

Game Booster adalah satu aplikasi yang digunakan untuk memberi kelajuan yang sementara kepada PC atau laptop anda. Ia akan mematikan beberapa services utama windows bagi memberi laluan kepada aplikasi lain untuk bergerak lebih pantas. Seperti namanya, Game Booster dicipta untuk memberi keutamaan memory dan processing kepada permainan komputer supaya game tersebut dapat bergerak dengan lancar. Selain daripada digunakan untuk tujuan game atau permainan komputer, aplikasi Game Booster ini juga boleh anda gunakan apabila ingin menjalankan aplikasi berat yang lain.

 

Jika anda memahami processes dan services yang saya terangkan pada tips nombor 1 tadi, anda boleh klik ‘configure’ untuk memilih dengan teliti processes dan services yang anda ingin matikan buat sementara waktu. Sila pastikan anda disable Game Booster setelah anda selesai menjalankan games atau aplikasi anda.

 

10. Virtual Memory

Virtual memory atau Paging Files digunakan untuk menambah kemampuan RAM (Random Access Memory) komputer anda. Jika RAM komputer anda penuh dan masih ada program yang memerlukan memory, data tersebut akan diletakkan di Virtual Memory atau Paging File. Windows cuba membuat fungsi ini secara dynamic. Maksudnya windows akan cuba untuk menambah atau mengurangkan saiz Paging Files secara automatik mengikut keadaan. Walaubagaimanapun, pengecilan dan pembesaran size Paging Files boleh menyebabkan Paging Files bertaburan dan tidak tersusun. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan kelajuan pc atau atau laptop anda.

 

Langkah penyelesaian adalah dengan menggunakan size Paging Files yang kekal atau fixed. Cara kiraan Page Files sebenar agak sukar kerana melibatkan private byte, margin space dan sebagainya. Namun begitu, biasanya kita boleh menganggap jumlah size Paging Files yang sepatutnya adalah 1.5 daripada RAM anda bagi memudahkan proses pengiraan. Hal ini bermakna jika RAM anda ialah 2.5 Gigabytes, nilai Page Files atau Virtual Memory anda ialah 3.75 Gigabytes. Namun begitu, jika RAM anda kurang daripada 1GB, adalah lebih baik jika anda tetapkan Page File atau Virtual Memory sama dengan jumlah RAM anda.

 

Walaubagaimanapun, cara yang saya biasa gunakan ialah dengan melihat recommended size yang dinyatakan. Kemudian, saya bundarkan kepada ratus yang teratas (ceiling). Sebagai contoh, jika recommended size yang diberikan Windows ialah 3741MB, maka saya akan tetapkan Page File atau Virtual Memory kepada 3800 MB. Jika anda perhatikan, jumlah size ini sebenarnya sepatutnya sama atau lebih kurang dengan cara pertama yang saya nyatakan di atas.

Anda boleh ubah size Page Files atau Virtual Memory dengan menggunakan performance options.

 

Windows XP

  • Pergi ke Start -> Control Panel -> System –> Advanced
  • Pilih ‘Settings’ di bahagian ‘Performance’
  • Pilih tab advanced.

Prosedur selepas ‘Pilih tab advanced’ sama dengan Windows 7. Sila rujuk bawah.

 

Windows 7

  • Pergi ke Start –> View Advanced System Settings
  • Pada bahagian Performance, klik Settings 
  • Pilih tab Advanced.
  • Klik ‘Change’ pada bahagian ‘Virtual Memory’ dan anda akan dipaparkan window ‘Virtual Memory’
  • Untick ‘Automatically manage paging file size for all drives’.
  • Pastikan ‘Selected Drive’ telah dipilih adalah partition system anda.
  • Tick pada ‘Custom size’.
  • Masukkan jumlah yang sesuai seperti yang anda telah kira di ruangan ‘Initial size’ dan ‘Maximum size’. Jumlah size yang anda tetapkan pada ruangan initial size dan maximum size seharusnya sama.
  • Klik ‘Set’ dan ‘OK’.
  • Anda perlu restart PC atau laptop anda.

 

11. 3rd Party Software

Selain daripada Soluto, Smart Defrag dan CCleaner yang telah saya nyatakan di atas, anda juga boleh menggunakan 3rd party software lain yang berada di pasaran samada berbayar atau percuma seperi TuneUp Utilities, Advanced System Care dan sebagainya. Software-software sebegini anda boleh cuba gunakan sendiri yang mana cara penyelesaian yang digunakan biasanya sama seperti yang saya nyatakan di atas. Cuma biasanya software-software ini hanya meletakkan semua fungsi dalam satu aplikasi bagi memudahkan anda untuk mencapai semua fungsi yang ada seperti Drive Defrag, Startup Manager, Process Manager, Disk Doctor dan sebagainya. Mereka hanya menggunakan nama dan interface sedikit berlainan untuk menjual produk mereka.

 

Walaubagaimanapun, saya kurang menggalakkan anda menggunakan terlalu banyak 3rd party software. Perlu anda ketahui, selain mengambil ruangan hard disk anda, terlalu banyak 3rd party software akan menyebabkan services bertambah dalam PC atau laptop yang mana secara tidak langsung boleh menjejaskan kelajuan komputer anda. Perlu juga saya tekankan sekali lagi, software sebegini jarang dapat menyelesaikan masalah kelajuan berpunca daripada processes dan services yang wujud dalam komputer anda. Sila fahami tips yang saya nyatakan di atas agar anda dapat mengoptimumkan penggunaan cpu dan memory seterusnya melajukan komputer anda.

 

12. Upgrade Hardware

Apabila anda telah menguruskan software komputer anda dengan baik, salah satu cara lain untuk memastikan kelajuan komputer anda adalah dengan upgrade hardware anda. Mungkin anda selalu dengar cara untuk lajukan komputer adalah dengan upgrade RAM anda. Ya, upgrade RAM adalah cara yang berkesan jika anda ingin menambah kelajuan komputer anda. Namun begitu, ramai yang terlepas pandang untuk meneliti adakah RAM yang menjadi punca komputer anda lembap atau perlahan? Maka, apa yang saya ingin tekankan disini adalah anda perlu pastikan dengan tepat hardware yang mana yang menjadi punca komputer anda perlahan. Cara yang mudah adalah dengan anda boleh rujuk task manager apabila anda sedang menjalankan banyak aplikasi atau apabila anda terasa komputer anda perlahan. Lihat kepada CPU usage dan Physical Memory.

Dalam contoh gambar di atas, sebenarnya RAM bukanlah punca masalah sebenar komputer anda perlahan. Seperti yang anda lihat, CPU usage telah mencapai 100% sedangkan penggunaan physical memory hanya 55%. Dalam kes sebegini upgrade RAM tidak akan memberi kesan yang besar kepada kelajuan komputer anda. Mungkin CPU yang perlu anda upgrade. Kalau PC mungkin berbaloi untuk anda upgrade CPU, tetapi kalau laptop yang menghadapi masalah sebegini, upgrade CPU kurang digalakkan. Daripada anda upgrade CPU laptop anda, saya lebih mencadangkan untuk anda beli laptop baru. Apabila masalah penggunaan CPU yang anda hadapi, anda perlu mengawal semua processes dan services serta software yang wujud dalam komputer anda seperti yang telah saya nyatakan dalam tips diatas untuk membantu mengurangkan penggunaan CPU.

 

Memandangkan saya rasa dah terlalu banyak yang saya tulis dan mungkin memenatkan kepada sesiapa yang membacanya, maka saya berhenti disini dahulu. Tangan pun dah penat menaip, kalau tulis semua nanti sampai esok pun tak habis. Selain daripada yang saya nyatakan di atas, banyak lagi tips melajukan pc atau laptop anda yang boleh anda cuba dalam usaha melajukan komputer anda. Jika anda ingin menambah atau berkongsi tips-tips yang lain yang pernah anda gunakan, anda boleh komen di ruangan di bawah.

Sekian

Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

52 Responses to “Cara Menambah Kelajuan PC”

  1. akubiomed says:

    Saya sudah mati akal untuk buat setting untuk lajukan laptop yang sudah berusia 9 tahun ini. 🙂
    akubiomed recently posted..My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

    • Khidhir says:

      9 tahun tu biomed. mantap. saya pun ada 1 laptop kat rumah pun da 9,10 tahun. Mati idea bila pusing-pusing dah loose skru dia. tak boleh bukak casing laptop tu

  2. gamep01nt says:

    Ccleaner je. TuneUp utilities lebih kpd advanced user dah. haha
    gamep01nt recently posted..Font : Klavika OTMy Profile

    • Khidhir says:

      yup. betul gak tu. tapi interface dia mudah so boleh la kot kalau ada user nak cuba. kalau tak reti, uninstall je la. hehe

  3. KiD says:

    Aku rasa macam nak tambah RAM laaa.. penuh! dan nak cari internal HD
    KiD recently posted..My Pinky MomentsMy Profile

  4. nizarazu says:

    wahh..memamg satu info yang sangat berguna ni..leh cuba thx bro 🙂
    nizarazu recently posted..Suara Merdu Yang Menyeramkan?My Profile

  5. putera says:

    terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat,,,
    putera recently posted..4 jenis lelaki ditarik ke neraka oleh perempuanMy Profile

  6. tehr says:

    Ccleaner tu aku biasa guna
    Dan itu je la yang aku tahu
    tehr recently posted..All England 2012 | Perlawanan AkhirMy Profile

    • Khidhir says:

      takpe tehr. bagus tu kalau tau ccleaner. yang penting tehr manfaatkan sepenuhnya ccleaner tu. Guna registry fix, startup control, clear cookies dan cache dan lain-lain

  7. zik says:

    Sangat lengkap bro… aku nak buat no1 tuh dulu….
    zik recently posted..Kelayakkan Olimpik 2012, Malaysia tewaskan Russia 6-2(Hoki)My Profile

  8. Din says:

    x penah lagi guna soluto tu..tq for the info..
    cara alternatif nak lajukan PC..upgrade jer ram tu..

    • Khidhir says:

      boleh try soluto tu. Yup. macam saya tulis atas tu upgrade hardware. cuma kena pastikan betul-betul adakah ram tu punca pc perlahan

  9. Fyzal says:

    Kalau sesiapa yang guna netbook dengan 1G RAM, lagging perkara biasa. So perkara-perkara yang bro tunjuk kat atas memang wajar dilakukan untuk pasti laptop/pc selalu laju. Kalau sesiapa yang guna netbook 1G RAM dan browse guna Firefox, kalau buka lebih dr 5tabs memang makan byk virtual memory. Ada pendapat mengatakan kalau nak elak lagging masa browsing guna Chrome, tp aku tak pasti sejauh mana kebenarannya sebab aku tetap guna Firefox. by the way good info bro.
    Fyzal recently posted..Sports: BPL Match Result Manchester United v WBAMy Profile

    • Khidhir says:

      yup. chrome dapat membantu. firefox sejak mula version 4 tu sangat berat. penggunaan memory firefox memang tinggi. Fyzal boleh check macam cara nombor 1 tu. Tapi tak dinafikan dalam beberapa perkara, firefox memang ada kelebihan dari chrome.

  10. CharmzLady says:

    mmg letih baca cos pjg berjela2…tp mmg info yg sgt bagus….trus buat step no.5 guna ccleaner & step no.10
    result xtau lg cos blom restart =D
    CharmzLady recently posted..Wild Romance-an Aggressive Love Story-in a cute & funny waysMy Profile

  11. suzierahman says:

    salam khindir, wah kamoo ni mmg terer. pnjg btul tutonya. pening sy memikirkan. hahai. by da way nice info.

    • Khidhir says:

      khidhir la. selalu salah eja suzie ni. 🙂
      penat menulis tu cara nak bagi ringan laptop. berehat lama sikit lepas ni.

  12. burnkelana says:

    wah.. berjela2 panjangnyer.. btw.. its a good info..tq for sharing..
    burnkelana recently posted..DNA Sah Milik Nurul Nadirah (Dirang)My Profile

  13. titan says:

    memang itu yang aku wat. hehe..
    titan recently posted..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012My Profile

  14. Jebeng Otai™ says:

    slalu jer pki tuneup tu..die wat sendri..hehe

    • Khidhir says:

      yup. tapi kena tengok jugak setting tuneup tu. kadang-kadang dia gerak pada background bergantung kepada schedule yang ada. default dia memang ada schedule maintenance tu. so kalau tengah buat kerja tiba-tiba terasa pc lembap, kena tengok process yang tengah run.

  15. hawiz says:

    terbaik..aku suka entry nih..

  16. lazaac says:

    info yg sgt berguna ni bro..
    lazaac recently posted..Tutorial : Setup Nginx Server Secara AutomatikMy Profile

  17. suri says:

    jika begini jangan tersalah tekan butang huhu kalu salah buang file kes parah jawabnya…

  18. suri says:

    selalau saya sllu klik uninstall jer.. tapi tulah kata org fail yg tak perlukan tu terkadang mash lekat dlm pc lagi kan hurm…

    harap cara ini bekesan utk mendietkan pc masing2.

  19. izah says:

    insyaallh… pasti best..

  20. arinaron40 says:

    salam, setting di virtual memory tu pada custom size nak diubah supaya memori jadi sama, mana dulu yang perlu diubah daripada initial size ke ataupun maximum size? cnth:initial size-1140 maximum size-2280 dan untuk game boost3 versi mana yang disarankan untuk install dikomputer game booster v3.4.0 ataupun v3.5.0 beta?

    • Khidhir says:

      Ikut saiz sebenar RAM dan darab dengan 1.5. Itu value yang patut diletakkan pada initial size dan maximum size.
      Letak value tu pada initial size dan maximum size tu serentak je. Sebab windows tak la letak-letak terus datang effect. Dah letak value yang sama pada initial size dan maximum size, baru klik OK. Lepas tu, mungkin kena restart.

      Apa-apa software pun, saya lebih suka dan galakkan untuk gunakan versi BUKAN beta atau alpha. v3.4.0 tu dah stabil. So lebih baik gunakan versi v3.4.0. Software atau aplikasi yang ada alpha atau beta dibelakang version, menunjukkan versi tersebut masih dalam percubaan dan belum stabil sepenuhnya

  21. anelkah says:

    terima kasih atas informasi yg panjang berjela n lengkap..aku dah bace sumenye n dah praktikkan…trs terang aku x pandai bab2 ni..aku ade 3 soalan…harap dpt mbantu..
    1)aku pakai compaq presario cq43-418tu 32bit windows 7,baru beli dalam 2 3 bulan lepas..aku ade tgk info ttg model ni kat internet pasal bluetooth..aku tgk driver dlm ni xde tp info mgatakan ade..so blh x aku install driver dari HP n gunakannye?
    2)tentang step virtual memory,aku dah buat step by step..aku pakai 2G RAM..aku nak tau,agak2 betul x pgiraan aku isi initial n maximum size 3000?
    3)aku x brapa paham ttg windows task manager..apakah yg dimaksudkan tentang CPU usage dah sampai 100%?apakah yg akan jadi kalo nilai bacaan cpu lebih atau kurang dari 100%?apakah yg dimaksudkan physical memory dan cpu usage perlu selari?
    terima kasih atas tunjuk ajar…

    • Khidhir says:

      1. Boleh. sebab memang compaq dan hp dah bergabung. Memang saya dah check untuk model compaq presario cq43-418 ada driver bluetooh dekat website HP.

      2. ya. tepat sekali.

      3. CPU usage ni tempat paling biasa orang dulu-dulu tengok memang kat bahagian bawah task manager. Windows 7 semua sekarang ni biasanya siap dia letakkan widget untuk tengok CPU usage kat tepi tu.
      Lebih dari 100% tak wujud. 100% adalah maximum. setakat ni tiada 101%. Bila dah sampai maximum, dan jika dipaksa(run application) lagi, ada kemungkinan laptop akan mudah tersangkut (hang).

      Kurang dari 100%. Memang itu yang sebaiknya.
      Bayangkan CPU usage tu macam meter kereta. Maximum meter kereta katalah 220km/j (100%). Anda bawa 110km/j, so kira ok la tu. Kalau sampai maksimum, teruklah enjin kereta tu kan.

      Tapi kadang-kadang CPU usage ni memang susah nak kawal. So kalau tiba-tiba rasa tersangkut, tengok-tengok la CPU usage tu. kalau dah sampai 100% jangan paksa lagi. Biarkan dia cool down.

      Physical memory dan CPU selari? rasanya saya tak ada sebut perkataan selari ni. Mungkin maksud Anelkah kaitan CPU dan Physical Memory yang saya sebutkan di atas berkaitan dengan upgrade hardware.
      Pada task manager kita boleh tengok CPU usage dan Physical Memory usage. Kadang-kadang bila pc tersangkut, dua perkara yang mungkin telah sampai 100%. samada physical memory atau CPU.
      Kalau anda ada CPU yang sangat bagus, tapi physical memory rendah, maka pc anda akan tersangkut disebabkan physical memory. Begitu juga sebaliknya. Maknanya, yang rendah tu akan jadi macam bottleneck kepada yang laju tu. so tak guna la CPU yang laju tu tadi. PC tu tetap tersangkut disebabkan RAM yang rendah. Kalau RAM tu tinggi tapi CPU rendah pun tak guna gak. Maka, physical memory tadi dengan CPU perlu lah selari kehebatannya baru kemampuan sesuatu PC dapat di optimumkan.
      Harap jelas.

  22. Oh! budu says:

    bro dah try ke? menjadi ke?
    Oh! budu recently posted..Segmen: Jom “Follow” Blog El Qashrin Qaisara untuk “Projek Amal EQQ”My Profile

    • Khidhir says:

      Semua yang saya tulis itu berdasarkan pengalaman. maksudnya memang saya pernah buat. Nak kata menjadi tu pada saya setakat ni pada saya menjadi lagi la. Sebab laptop yang saya gunakan ni pun dah 6 tahun. Laptop murah acer je. Lebih 3 tahun dah tak format. Kepantasan dan performance tu masih lagi rasa pantas.

      Ada perkara yang memang saya sendiri tak boleh/malas nak elak macam jumlah software yang memang melampau. 6 tahun guna, macam-macam software installed, lepas tu semua software pun rasa berguna dan sayang nak uninstalled. So,services yang run pada startup tu memang berlambak. Tapi alhamdulillah, performance masih lagi memuaskan untuk kategori laptop lama.

  23. Mama Murai says:

    Saya rasa kalu guna software lagi mudah berbanding menggunakan teknik manual. Silap end process boleh crash windows kita…
    Mama Murai recently posted..sikap orang Malaysia yang tidak boleh kita sangkalMy Profile

    • Khidhir says:

      Betul. lebih mudah dengan software. cuma bila guna software, software itu sendiri akan guna service dan process yang agak tinggi pada background macam tuneup.
      Kalau dalam blog ni kita boleh gambarkan macam masukkan code secara manual atau guna plugin. Plugin automatik dan mudah. Tapi akan guna resource server website.
      Apa pun, terpulang kepada kemahiran dan keselesaan pengguna tu sendiri

  24. abdy says:

    tq,, infonya sangat bermanfaat.. saya dah cuba

  25. aida says:

    PC selalu keluar perkataan Low disk space,macam mn nak buat yer?sama ke cara menambah kelajuan di atas tuh.
    saya ni x lah cun sangat tp hari admin blh bantu,ngeh ngeh ngeh

    • Khidhir says:

      low disk space sebab capacity hard disk atau partition tu da hampir penuh. Kalau dibiarkan memang boleh sampai hang PC dan certain application pun tak boleh run.
      Jadi bila hard disk penuh, kosongkan je la.. aha
      1. ccleaner boleh membantu clean kan semua temp file.
      2. delete atau transfer data ke external/partition lain terutama movie/lagu/gambar or apa2 yang size besar.
      3. beli hard disk capacity besar.

  26. Azizon says:

    Assalam. Bila saya guna software graphic maya 3d selalu tiba2 stop working,adakah kerana processor dan grafik kad saya kurang kelajuan? Terimakasih..

    • Khidhir says:

      salam. biasanya bila stop working / not responding ada pelbagai sebab. Apabila app tersebut stop working, adakah pc ada turut jadi hang? Cara paling mudah adalah cuba tengok minimium spec requirement utk app tersebut. bandingkan dengan spec pc tuan. jika spec pc tuan mencukupi dan hanya app tersebut shaja stop working (bukan PC hang), maka kebiasaannya app tersebut yg bermasalah. Cuba reinstall atau gunakan version yang lebih baru / stable. Jika rajin, boleh check changelog app tersebut utk version baru. Maybe ada mention bugs hang / crashes seperti yg dialami

Tinggalkan Komen Anda

CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

cara nak meringankan laptop, cara meringankan laptop, syurgamu ramadhan, model hp samsung, huawei x5 vs galaxy fit, sony handphone 2012, besar kan tetek, talking tom, cara nak ringankan laptop, cara nak lancarkan komputer, henpon x peria
Cara Menambah Kelajuan PC 10 out of 10 based on 62 ratings. 9 user reviews.