Khidhir dot Com

Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan





873 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Artikel ini dihasilkan lanjutan daripada Tutorial Bypass Website SKMM Block. Artikel tersebut menjelaskan langkah demi langkah bagaimana anda boleh mengubah DNS (Domain Name Server) yang anda gunakan seterusnya berjaya melepasi sekatan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Walaubagaimanapun, artikel tersebut hanya menggunakan contoh Windows 7 dan terdapat beberapa komen pembaca yang menghadapi masalah melepasi sekatan SKMM tersebut. Maka, dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan cara bagi anda memastikan DNS yang sedang anda gunakan bertujuan supaya anda dapat mengetahui samada configuration atau setting yang anda lakukan tersebut benar-benar berjaya.

Dalam artikel tersebut saya menjelaskan cara untuk mengubah dns yang anda gunakan. Jika anda gagal melepasi sekatan SKMM dan mendapat akses kepada website-website file sharing yang telah disekat seperti megauload, ada kemungkinan sebenarnya configuration atau setting yang anda lakukan tidak berjaya.

 

Cara Memastikan DNS Komputer Anda:

Cara  IP Configuration

1. Buka Command Prompt

Windows 7: Start > tulis “cmd” > Enter

Windows XP: Start > Run > tulis “cmd” > Enter

2. Tulis

ipconfig /all

3. Lihat pada connection yang aktif. Dalam contoh saya “Wireless LAN Adapter” kerana saya menggunakan connection secara wireless. Dalam ruangan DNS Servers, anda seharusnya dipaparkan dengan 8.8.8.8 dan 8.8.8.4 (Google DNS). Contoh seperti gambar di bawah

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

 

Cara Name Server Lookup

1. Buka command prompt

2. Tulis

nslookup

3. Anda akan dipaparkan dengan DNS Server yang anda sedang gunakan

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Untuk penggunaan command nslookup dengan lebih lanjut, anda boleh rujuk artikel DNS Resolve Domain


Cara Online Resolver

1. Pergi ke Website Myresolver

2. Anda akan dipaparkan dengan gambar di bawah. Klik pada tanda soal (?) di ruangan “DNS recursive resolver”. Perhatikan gambar di bawah.

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

3. Anda sepatutnya dipaparkan seperti gambar di bawah. Didalam ruangan “description”, tertera perkataan “Google Inc”

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

4. Jika anda dapat selain daripada Google, itu bermakna anda menggunakan DNS bukan milik Google. Jika anda menggunakan DNS Telekom Malaysia seperti biasa, gambar seperti dibawah akan dipaparkan.

 

gambar Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan

Jika anda menggunakan DNS daripada Telekom Malaysia seperti gambar di atas, itu bermakna terdapat kesilapan dalam setting atau configuration anda. Hal ini juga bermakna, anda masih berada dibawah sekatan SKMM dan tidak akan mendapat akses ke website-website file sharing yang telah dihalang seperti Megaupload dan sebagainya. Sila cuba semula ikuti langkah dalam artikel Tutorial Bypass Website SKMM Block dengan berhati-hati.

 

Jika anda ingin megikuti tutorial ini tetapi menghadapi masalah dengan command prompt berkaitan semua command anda not recognized, anda boleh ikuti tutorial artikel Command Prompt: Not Recognized As an Internal or External Command

Sekian. Semoga Berjaya.


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

11 Responses to “Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan”

  1. akubiomed says:

    Wah hebat-hebat. Boleh tersenyum lebas :-)r

  2. titan says:

    hoho. ini bagus. Mesti ramai orang cari tutorial camni..

    • Khidhir says:

      @titan,
      yeke. sy buat ni pasal masih ada yg xberjaya bypass skmm tu. so xtau mana silapnya. so cara ni dapat verify config dorang.

  3. mancai says:

    boleh juga di bypass kat router terus… tutorial menarik..

  4. ohcikgu says:

    emm..boleh gunalah yang ni kalau tak dapat masuk site yang bermasalah nih..

  5. haikal says:

    kalu guna broadband leh guna cara ni ker?
    kalau ada leh tolong tunjukan caranye ker?
    terima kasih…………..

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 15 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.
Cara Memastikan DNS Yang Anda Gunakan 10 out of 10 based on 73 ratings. 12 user reviews.