Khidhir dot Com

Cara Dapatkan Gambar Windows 10 Spotlight


32 makhluk telah membaca artikel ini

Gambar WIndows 10 Spotlight

Windows Spotlight adalah gambar yang anda boleh lihat pada logon screen windows 10. Ia selalunya auto download dan akan berubah mengikut masa. So bila anda startup windows 10, gambar tersebut akan dipaparkan. Jadi kalau anda suka gambar di login screen ini, macam mana cara nak ambil gambar ini dan simpan sebagai collection anda

Jika gambar ini boleh terpapar walaupun apabila anda offline, maka logiknya gambar ini telah download dan dimasukkan kedalam PC anda. Tapi persoalannya, dimana microsoft download dan letak gambar ini.

Jadi location sebenarnya disini:

C:\Users\[username]\AppData\Local\Packages\ Microsoft.Windows.ContentDeliveryManager_cw5n1h2txyewy\ LocalState\Assets

gambar-windows-10-spotlight-1

So disini bermulanya kerja kita. Since gambar ini semuanya tiada extension, maka berikut adalah cara orang malas.

  1. Sort ikut size. So saya akan select semua yang melebihi 400KB. Sebab saya gunakan laptop bukan windows 10 tab
  2. Select dan copy semua ke satu folder lain.
  3. Korang boleh rename ikut suka. Select all and rename
  4. The most important part is extension file tu. So saya malas nak rename satu2, maka saya bg command seperti dibawah. Change Directory dulu ke folder yang anda copy tadi la.

ren *.* *.jpg

command rename extension

Maka begini hasilnya

gambar-windows-10-spotlight-3

So selesai.

Since kita da bercerita tentang gambar windows 10 spotlight, saya selitkan juga masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang biasa tweak pc mereka. Gambar Windows 10 spotlight jadi hitam macam di bawah

windows 10 spotlight hitam

Pastikan anda dah enable “animate windows when minimizing and maximizing”. Jika sudah, uncheck, apply, check and apply smua.

gambar-windows-10-spotlight-4

So hope anda dah belajar mana location gambar windows 10 spotlight, command untuk rename file atau extension file serentak dalam 1 folder, dan masalah jika windws 10 logon screen and menjadi hitam.

Enjoy.

 

Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

Tinggalkan Komen Anda

CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.
Cara Dapatkan Gambar Windows 10 Spotlight 10 out of 10 based on 37 ratings. 9 user reviews.