Bayaran Daripada Churp Churp

2110120wtmk

Churp Churp nama yang tidak asing lagi dalam social advertisement. Artikel kali ini agak ringkas berkenaan dengan bukti pembayaran daripada Churp Churp. Artikel ini bukan bertujuan untuk berbangga diri atau pun riak dengan hasil kutipan daripada Churp Churp. Sebab apa yang saya peroleh dan paparkan ini tidaklah seberapa dan boleh kata cukup makan sahaja. Artikel ini tidak lain hanya bagi membuktikan yang krediabiliti syarikat pengiklanan ini dalam membuat pembayaran kepada publisher mereka. Mungkin terdapat sesetengah pihak berasa ragu atau kurang yakin dengan satu satu syarikat pengiklanan apabila pertama kali mendengar atau baru melibatkan diri dengan syarikat tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, memang wujud beberapa syarikat pengiklanan yang sentiasa melengah atau melambatkan pembayaran. Malah mereka sedaya upaya mengelak daripada membuat pembayaran walaupun menerima aduan dan kritikan daripada publisher mereka. Maka artikel ini dihasilkan hanya untuk membuktikan pembayaran daripada Churp Churp.

 

Apa itu Churp Churp

Saya percaya ramai yang tahu apa itu Churp Churp. Tetapi jika anda baru pertama kali mendengar nama Churp Churp, Churp Churp ialah sebuah syarikat pengiklanan yang saya suka kategorikan sebagai social advertisement. Sebab mereka meminta publisher mereka memaparkan iklan daripada Churp Churp melalui laman social networking seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Selain itu anda juga dibenarkan untuk share iklan-iklan tersebut dalam instant messaging, blog dan sebagainya.

 

Bukti bayaran daripada Churp Churp

Gambar di bawah menunjukkan bayaran daripada Churp Churp yang diterima melalui cek.

 

2110121wtmk

 

 

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Churp Churp

Dalam bahasa yang mudah, apa yang perlu anda lakukan hanya kongsi atau share link daripada Churp Churp dalam Facebook atau Twitter anda. Bayaran akan dibuat berdasarkan daripada kiraan jumlah klik yang anda peroleh daripada rakan anda. Maksudnya setiap kali ada rakan anda yang melihat iklan yang anda share link itu, maka anda akan mendapat bayaran yang telah ditetapkan. Jenis iklan seperti ini dikategorikan sebagai “per unique click”. Bergantung kepada jenis iklan yang anda paparkan atau share, sesetengah iklan termasuk dalam kategori “per deal”. Hal ini bermaksud anda hanya akan mendapat bayaran, jika berlaku pembelian daripada rakan anda melalui link yang anda share itu tadi.

 

Beberapa kaedah yang dikenali sebagai Social Sharing, Social Seeding dan Social Posting digunakan dalam Churp Churp. Social Sharing dan Social Posting Campaign boleh anda laksanakan terus tetapi bagi Social Seeding, anda akan dimaklumkan melalui email apabila anda terpilih untuk campaign Social Seeding ini. Jika anda kurang faham tentang campaign Social Sharing, Social Feeding dan Social Posting tidak mengapa. Apa yang penting adalah anda share link sahaja.

 

2110122wtmk

 

Jumlah minima cashout daripada Churp Churp agak tinggi iaitu RM100. Bermaksud, anda hanya boleh request atau memohon wang yang anda peroleh untuk dimasukkan ke dalam account anda apabila ia mencecah RM100. Permohonan untuk cashout pula akan diproses setiap hujung bulan. Hal ini bermakna jika anda memohon cashout pada 10 Jun, permohonan anda akan diproses pada akhir bulan Jun. Cek anda dianggarkan sampai pada bulan Julai. Maka sebaiknya permohonan atau request untuk cashout dilaksanakan mendekati penghujung setiap bulan.

 

Larangan Churp Churp

Walaupun anda bebas beriklan untuk menjana pendapatan anda, beberapa perkara yang dilarang oleh Churp Churp termasuk anda kongsi atau share iklan dengan mesej yang tidak berkaitan, bertukar link dan saling klik iklan antara satu sama lain dalam satu kumpulan yang mana semua tersebut bertujuan untuk menjana keuntungan. Anda juga dilarang untuk membina account Facebook atau Twitter semata-mata untuk mendapat keuntungan daripada ahli baru (new sign up).

 

Spamming

Apabila anda beriklan, pastikan jumlah iklan yang anda paparkan tidak terlalu banyak dan dikategorikan sebagai melampau. Perbuatan sebegini mungkin tidak disenangi oleh rakan anda yang mana akan merugikan anda sendiri. Pastikan iklan yang anda kongsi atau share memang mampu menarik perhatian dan minat rakan anda sendiri.

 

Kesimpulan

Selain daripada Churp Churp, antara syarikat lain yang juga cukup terkenal berada dalam kategori pengiklanan social adalah Says.my. Secara peribadi, saya melihat kedua-dua syarikat ini Churp Churp dan Says.my mempunyai kekuatan tersendiri dan sesetengah blogger telah membuktikan pembayaran yang dilaksanakan oleh Churp Churp dan Says.my.

 

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan Says.my akan block cashout dengan alasan melanggar syarat atau terms and condition tanpa menyatakan secara jelas dan spesifik syarat yang dilanggar. Hal ini biasanya terjadi apabila anda ingin cashout dengan jumlah pendapatan yang tinggi. Akibatnya account says.my tersebut akan gagal diakses. Jadi sesetengah publisher merasa tertipu dengan pihak Says.my. Jika mereka betul ingin block account tersebut, Saya.my patut block daripada awal dan bukannya membiarkan publisher tersebut terus beriklan sehingga mereka request untuk cashout. Perbuatan seperti ini menampakkan kurangnya ketelusan dan kejujuran dalam pengurusan Says.my. Saya juga dimaklumkan bahawa sebarang contact atau rayuan kepada pihak mereka berkenaan isu ini tidak akan mendapat respons dan tidak diendahkan. Maka, jika anda ingin menjadi publisher Says.my atau syarikat pengiklanan lain, ada baiknya jika anda cashout sebaik sahaja mencukupi jumlah minimum bagi mengelakkan kerugian yang besar.

 

Sekian.

7 Replies to “Bayaran Daripada Churp Churp”

  1. Assalamualaikum, tahniah sebab dah tunaikan bayaran… setakat nie saya masih belum berjaya menunaikan sebab malas beriklan dengan syarikat tu… kalau tak silap, dalam akaun tu pun hanya ada RM2…. he he he..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *