Angry Birds Space PC, Android, iOS dan Mac

Rovio developer permainan atau game Angry Birds yang tidak asing lagi kini kembali dengan versi terbaru iaitu Angry Birds Space di atas platform PC, Android, iOS dan Mac. Pelbagai versi permainan atau game Angry Birds telah dilancarkan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada mulanya game angry birds ini dihasilkan dikenali juga dengan nama Angry Birds Classic kemudian Angry Birds Seasons, Angry Birds Rio dan kini diikuti dengan Angry Birds Space. Konsep permainan atau games Angry Birds yang mudah difahami tetapi menarik dan mencabar membuatkan permainan Angry Birds digemari ramai. Berbalik kepada tajuk asal artikel ini iaitu Angry Birds Space untuk PC, Android, iOS dan Mac. Bila sebut iOS, maksudnya Angry Birds Space juga dibangunkan atas platform iPhone, iPad dan iPod touch. Sebenarnya artikel ini dihasilkan selain bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang Angry Birds Space yang baru dilancarkan, Khidhir dot Com juga berhasrat untuk memberikan anda peluang untuk mencuba games Angry Birds ini sendiri. Bagi peminat Angry Birds, Angry Birds Space sesuai dengan namanya memberikan sedikit kelainan daripada game Angry Birds sebelum ini dengan memasukkan faktor graviti. Anda perlu mencuba sendiri untuk mengetahui apa yang saya maksudkan dengan faktor graviti tersebut dan bagaimana graviti boleh mempengaruhi sasaran anda. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba permainan atau game Angry Birds sebelum ini, mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba permainan Angry Birds yang terbaru iaitu Angry Birds Space.

 

Angry Birds Space walaupun dibangunkan diatas platform PC, Android, iOS dan Mac, tetapi ia tidak diberikan secara percuma kepada semua platform. Satu-satunya platform Angry Birds Space diberikan secara percuma adalah Android. Angry Birds Space di atas platform PC, iOS dan Mac adalah berbayar. Walaubagaimanapun, disebabkan mungkin masih ramai yang belum mampu memiliki device Android atau mungkin device Android anda dalam saiz yang kecil menyebabkan nikmat bermain game tu berkurangan, saya menyediakan Angry Birds Space untuk PC dalam versi lanun untuk anda download. Walaubagaimanapun, jika anda merasakan permainan atau game Angry Birds Space ini sangat seronok dan berbaloi dengan harganya, saya menggalakkan anda untuk membeli Angry Birds Space ini dari menggunakan versi lanun.

 

Dibawah saya sediakan link untuk anda dapatkan permainan atau games Angry Birds Space mengikut platform yang anda gunakan samada PC, Android, iOS atau Mac.

 

Percuma (Free)

Android : Angry Birds Space Android

 

Berbayar

iOS : Angry Birds Space iOS

Mac : Angry Birds Space Mac

PC : Angry Birds Space PC

 

Lanun (Free)

PC

1. Download Angry Birds Space (Password: khidhirdotcom)

2. Dalam folder yang anda download tersebut terdapat file bernama β€˜patch’. Dengan menggunakan kemahiran dan bakat terpendam anda, gunakan patch tersebut dengan bijak.

3. Run game Angry Birds Space

4. Anda akan diminta serial atau activation key.

5. Masukkan serial THET-ALEV-LEFR-USWO. Supaya senang anda nak copy serial, anda boleh pergi ke Facebook Page copy serial yang diberikan disana. Paste dalam game Angry Birds Space anda.

 

Disclaimer: Khidhir dot Com tidak bertanggungjawab diatas tindakan anda. Sekali lagi diingatkan, jika anda rasakan game Angry Birds Space ini seronok dan berbaloi dengan harganya, duit nuffnang anda beribu-ribu, Khidhir dot Com sangat menggalakkan anda untuk membeli yang Angry Birds Space yang original.

 

Selamat Bermain Angry Birds Space. Enjoy..

35 Replies to “Angry Birds Space PC, Android, iOS dan Mac”

  1. Salam….dh lmaxmaen angry bird. huhu..main hr tu pon tmpg tblet adik.hihi..eh suzie slh taip nma khidhir. ya allah, sory erk. xperasan..

    1. tu la. ingat nak link ke fb je link lanun tu. tengok la nanti. harap-harap rovio tak jumpa sebab nak compete keyword angry birds ni memang banyak. sebenarnya dulu pernah try angry birds 1.5.1 letak kat blog ni. Sampai sekarang nampak selamat lagi. so ok la kot. hehe

  2. dulu hari-hari saya main angry birds,,,sekarang nie dah boleh main sebab anak-anak jer yang berebut nak main angry birds kat pc…

  3. salam..
    menarik untuk di cuba.. yang lama sudh mencuba kini yang baru harus hadaoi dg berani hee…

    skrg pi mana2 ada jer bunyi AB ini hurm…

  4. Wuaah!
    Angry Bird dah samapi ke angkasa lepas lah πŸ™‚
    Dulu masa tengah top game ni memang rajin main.
    Sekarang ni dah tak main since dah rasa jemu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *