Khidhir dot Com

Angry Birds 1.5.1 PC





2,703 makhluk telah membaca artikel ini

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Angry Birds 1.5.1 untuk PC adalah update kepada Angry Birds 1.0.0 atau dikenali sebagai Angry Birds 2011. Perbezaan Angry Birds 1.0.0 dengan Angry Birds 1.5.1 yang paling nyata adalah pertambahan chapter. Angry Birds 1.0.0 terhenti di chapter 4 “The Big Setup” level 11 tetapi dalam Angry Birds 1.5.1 penghujungnya ialah chapter 5 “Ham ‘Em High” level 13. Bagi sesiapa yang tak pernah bermain game Angry Birds ini, anda patut mencubanya. Angry Birds merupakan permainan atau game yang simple tetapi sangat menarik. Saya rasa memang ramai yang telah kenal dengan permainan yang dicipta oleh Rivio ini. Sebelum ini hanya pemilik smartphone, iphone atau sewaktu dengannya sahaja boleh bermain game atau permainan ini memandangkan game Angry Birds ini dicipta atas platform touchscreen smartphone pada mulanya, namun sekarang pemilik PC juga boleh mencuba permainan ini. Maka artikel kali ini akan berkongsi sedikit screenshot permainan ini, penyelesaian kepada isu-isu atau masalah dengan aplikasi ini dan link download di penghujung artikel ini.

Screenshot Angry Birds 1.5.1:


gambar Angry Birds 1.5.1 PC
gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Level 4 “The Big Setup”

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Level 5 “ Ham ‘Em High”

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Isu-isu yang mungkin timbul:

1. The app was unable to load a required component: MSVCR100.dll. Please contact the publisher of this app for more information

 

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Bagi penyelesaian kepada masalah ini, saya telah masukkan MSVCR100.dll di dalam folder yang saya berikan untuk anda download. Apa yang perlu anda lakukan, hanya copy file tersebut kedalam C:WindowsSystem32 (Anggapan bahawa windows anda dalam partition C:) bagi pengguna Windows 7 32 bit atau C:WindowsSysWOW64 bagi pengguna Windows 7 64 bit.

 

2. This application has failed to start because application configuration is incorrect. Reinstalling the app may fix this problem.

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

 

Bagi penyelesaian kepada masalah ini, ada yang mencadangkan untuk install Microsoft Visual C++ 2005 Redistributable Package. Walaubagaimanapun, ada PC yang berjaya dan ada yang tidak. Maka cara yang saya cadangkan ialah dengan install iTunes iTunes di PC anda. Cara ini telah diuji oleh saya sendiri di atas platform Windows XP dan berjaya menyelesaikan masalah ini.

Pengguna Windows Vista yang mengalami masalah error “The application has failed to start because its side-by-side configuration is incorrect” juga mungkin boleh menyelesaikan masalah ini dengan cara yang sama.

 

3. Texture is too large: 2048×2048, maximum supported size: 1024×1024

gambar Angry Birds 1.5.1 PC

Anda boleh cuba update graphic card driver melalui Windows Update. Masalah ini biasanya melanda pengguna graphic card nVidia. Cara ini boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa anda mengubah apa-apa setting dalam computer atau PC anda.

 

Nota: Jika anda pernah bermain menggunakan Angry Birds 1.0.0 sebelum ini, anda boleh sambung terus level anda menggunakan Angry Birds 1.5.1. Save file anda masih boleh digunakan.

Download Angry Birds 1.5.1 PC:

Link Mediafire: Angry Birds 1.5.1 PC

 

Enjoy guys..


Author:

Jika anda ingin dapatkan update artikel baru terus ke email anda, sila letakkan email anda di bawah. Serius, Free je.

26 Responses to “Angry Birds 1.5.1 PC”

  1. rotarykite says:

    terima kasih banyak!!!

  2. Ismail N says:

    ramai betul yg suka game nie.. Kawe jer yg tak tahu apa-apa.. he he.. Nanti ler ada masa cuba.. :D
    Ismail N recently posted..Fotografi Sekitar Kota Kinabalu SabahMy Profile

  3. zik says:

    mesti download.. yang lama tuh dah khatam…hehe
    zik recently posted..Pertapaan dalam perniagaan – ada kerMy Profile

  4. amirulfaiz says:

    Terbaek, tapi tak berani nak cuba main, takut nanti melekat kat depan komputer. :D

  5. MDHAFiZ.NET says:

    gua layan game bola je bro…nanti gua cube..hehe :)

  6. xdeath says:

    pergh…rajin blogwalking.. ahaha
    game ni haritu aku ade download.. tengok cam tak best je..

    • Khidhir says:

      @xdeath,
      yeke.. depend pd org gak kot. nampak mcam simple. tapi pas aku cuba mmg menarik. menguji minda gak game ni

  7. MEKAR says:

    Hi khid,

    Dulu zaman bujang seronok juga melayan game-game ni. Skrg dh kawin tak sempat nak kisah lagi. Sibuk layan laki,blog dan bla..bla… Nanti nasi lupa masak.huhu
    MEKAR recently posted..Memasak Juga Releven untuk Kanak-KanakMy Profile

  8. tehr says:

    dah lama tak main game
    memang tak sempat
    dan
    kalau dah mula
    memang payah nak berenti
    haha
    tehr recently posted..Lawak Janganlah Sampai…My Profile

    • Khidhir says:

      @tehr,
      yup. itu mmg adat resam game. sekali da start, mmg susah nak lepas. apa lagi tehr, wat la syair pasal main game lak.. :)

  9. suri says:

    lihat screen short kartun games ni comel2 belaka hii..sllu main games girl, didi games masa bosan heeeee

  10. suri says:

    nak dowlod leh heeeee

  11. nick says:

    nice! super nice! :)
    nick recently posted..Vicky and BobbyMy Profile

  12. Afzal Laidin says:

    Thanks for the info. sebelum ni main di Ipad, lepas ni boleh lah install kat PC pulak.
    Afzal Laidin recently posted..Komunikasi bukan semata kata-kataMy Profile

  13. suri says:

    dulu masa kolej asik main games kotak2 yang a,b,c tu jer..naik cemuh heee

Tinggalkan Komen Anda

PERHATIAN!! Sila jawab soalan math (syllabus tadika) di bawah bagi memastikan kemanusiaan anda :-)

What is 4 + 3 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Khidhir, Admin at Khidhir dot Com.

Search Khidhir dot Com:

THE APP WAS UNAble to load a required component msvcr100 dll, gambar kartun angry birds, gambar gambar angry birds, imej angry bird, angry birds 1 5 1, gambar angry bird kartun, gambar angribed, cara mengatasi kalau pc kita the application has failed to start because its side-by-side configuration is incorrect, gambar kartun angrybirds 2013, angry birds summer picnic, kartun angry birds, masalah configuration is incorrect, mengapa angry bird error di windows xp reinstalling the application may, gambar kartun angrybird
Angry Birds 1.5.1 PC 10 out of 10 based on 64 ratings. 21 user reviews.