Acid Test – Menguji Tahap Rendering Web Browser Terbaik

Acid Test yang saya maksudkan sama sekali tidak berkenaan dengan mana-mana bahan kimia. Pengujian web browser bagi mengetahui kemampuan sesuatu browser untuk render atau terjemah HTML dinamakan Acid Test. Sebenarnya sehingga kini, terdapat 3 test atau ujian rendering HTML web browser iaitu Acid1 Test, Acid2 Test dan Acid3 Test. Acid Test ini bukanlah perkara baru. Acid1 Test telah dibangunkan sejak October 1998 lagi yang juga dikenali sebagai Box Acid Test. Ia lebih kepada sebagai tanda aras bagi memastikan web browser mematuhi web standards atau asas yang ditetapkan termasuk mematuhi CSS 1 (Cascading Style Sheet 1) standard. Maka artikel kali ini akan memaparkan Acid3 test yang dilaksanakan terhadap web browser kegemaran kita iaitu Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer sebagai perbandingan kualiti rendering setiap web browser.

Acid2 dan Acid3 Test

Sebelum pergi lebih jauh, saya cerita sedikit tentang Acid2 dan Acid3 Test. Acid1 Test telah diceritakan sedikit di permulaan tadi. Acid2 Test dibangunkan oleh Web Standards Project (WaSP). Dengan asas dan tujuan yang sama, Acid2 Test lebih kepada menguji HTML, CSS 2.1 (Cascading Style Sheet 2.1), Imej PNG dan data URI. Acid3 Test mula dibangunkan pada April 2007 dan telah dilancarkan pada Mac 2008 oleh Ian Hickson iaitu orang yang sama bertanggungjawab membangunkan Acid2 Test. Acid3 Test lebih fokus kepada Web 2.0 seperti ECMAScript, Document Object Model (DOM) Level 2, Scalabale Vector Graphics (SVG), Extensible Markup Language (XML) dan data URI

Acid3 Test Bagi Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer

Gambar di bawah ialah Acid3 Test terhadap Mozilla Firefox 5.0

Acid3 Test Mozilla Firefox 7

Gambar di bawah ialah Acid3 Test terhadap Google Chrome 13

Acid3Test Google Chrome 14

Gambar di bawah ialah Acid3 Test terhadap Internet Explorer 8

Gambar di bawah ialah Acid3 Test terhadap Internet Explorer 9

Peratus yang rendah menunjukkan kegagalan rendering web browser yang akan mengakibatkan paparan yang anda lihat adalah tidak seperti yang sepatutnya. Dalam bahasa mudah, lain yang pereka web lakukan, lain yang anda akan nampak. Hal ini sememangnya menyukarkan pereka web dan anda sebagai tetamu kepada web tersebut.

Google Chrome Terbaik?

Untuk Acid3 Test dan hanya dibandingkan dengan Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Acid3 Test hanya menguji rendering sesebuah web browser. Daripada berpuluh-puluh web browser yang wujud, pelbagai faktor lain perlu diambil kira dalam pencarian web browser terbaik. Anatranya ialah Pop-up blocking, Ad filtering, Page Zooming, Mouse gesture, Text-to-Speech, Tab stacking, Voice Control, Tabbing, Spatial dan Caret Navigation.

Selain itu seiring dengan perkembangan teknologi, faktor support terhadap web teknologi seperti HTML5, CSS2.1, XSLT, XHTML, MathML, XForms, VoiceXML, SMIL dan VML perlu anda pastikan. Tidak ketinggalan, anda juga perlu mengambil kira fungsi tambahan seperti Plugin, Startup time, Memory, Speed, Mobile Web, Javascript, Image format dan Protocol.

Saya pengguna Mozilla Firefox dan Google Chrome. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kedua-dua web browser tersebut. Saya suka Mozilla Firefox disebabkan plugin dan ciri-ciri yang ada pada web browser tersebut tetapi Firefox akan menggunakan memory yang lebih berbanding Chrome. Maka, kedua-dua browser saya gunakan bergantung kepada tujuan atau aplikasi yang ingin saya buka semasa melayari internet.

Jika anda menggunakan browser lain seperti Opera, Safari, Avant, Netscape, Konqueror, SeaMonkey, Shiira, w3m, Arora, OmniWeb dan pelbagai lagi atau ingin melaksanakan Acid3 Test sendiri pada web browser yang anda gunakan juga Acid2 Test dan Acid1 Test, ada boleh layari laman web Acid Tests

p/s: Gambar atas sekali hanya hiasan semata-mata

Sekian..

4 Replies to “Acid Test – Menguji Tahap Rendering Web Browser Terbaik”

  1. Nice share tentang acid test ni.
    Sy guna Rockmelt as main web browser 🙂
    Yg lain dah jarang guna.
    Rasanya rockmelt relate dgn chrome kot as core

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *